Oleh: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis. (والله الموفق)
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَر: اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، اَللَّهُمّ ارْحَمْنِي، اَللَّهُمّ ارْزُقْنِي
Seorang Arab Badui mendatangi Rasulullah ﷺ seraya berkata, Ya Rasulullah ajarlah satu amalan. Lalu Rasulullah memegang tangan si Badui, terus mengajar satu zikir. Bacalah:
«سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ»
Kemudian Badui tersebut mengira dengan tangannya. Lalu beliau pergi. Lantas dia terfikir sesuatu, dan kembali semula menjumpai Rasulullah ﷺ. Baginda tersenyum, seraya berkata ‘Si faqir ini ada yang mengganjal fikirannya. Beliau berujar, ‘Ya Rasulullah, «سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ», Ini untuk Allah. Untuk saya belum ada?
Rasulullah ﷺ menjelaskan, wahai si Badui,
Jika engkau menyebut «سبحان الله» Allah menjawab «صَدَقْت» [Betullah katamu]. َ
Jika engkau menyebut « والحمد لله» Allah menjawab «صَدَقْت».
Jika engkau menyebut «ولا إله إلا الله» Allah menjawab «صَدَقْت».
Jika engkau menyebut «والله أكبر» Allah menjawab «صَدَقْت».
*** ***
Jika engkau menyebut « اللهم اغفر لي» Allah menjawab« قَدْ فَعَلْتُ» [Sudah Kulakukan].
Jika engkau menyebut « اللهم ارحمني» Allah menjawab « قَدْ فَعَلْتُ».
Jika engkau menyebut « اللهم ارزقني» Allah menjawab « قَدْ فَعَلْتُ».
Kemudian dari itu, Arab Badui itu menghitung dengan tangannya hingga tujuh kali, lantas dia pun pergi. (HR Baihaqi).
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَر
Subhanallah, walhamdulillah, lailaha illallah, Allahu akbar
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، اَللَّهُمّ ارْحَمْنِي، اَللَّهُمّ ارْزُقْنِي
Ya Allah, ampunilah aku, ya Allah, rahmatilah aku, ya Allah, berilah daku rezeki.
*** ***
SOROTAN RINGKAS terhadap bahagian dua zikir doa ini yang berkenaan dengan keampunan, rahmat, dan rezeki. Tiga perkara penting ini termasuk lapan perkara yang dipohon si Mukmin semasa solat, semasa berdoa duduk antara dua sujud, semasa membaca rabbighfirli (رب اغفر لي). Secara umumnya, zikir doa ini sangat perlu dibaca setiap masa secara bersendirian atau berjamaah. Bersama ahli keluarga. Khasnya dalam suasana umat manusia sekarang ini sedang menghadapi ujian serangan virus yang sangat merisaukan umat manusia, terutama sekali umat Islam. Dengan adanya keadaan sekarang umat Islam tersekat dari banyak aktiviti termasuk aktiviti keagamaan, seperti mendatangi rumah Allah.
- Ya Allah, ampunilah aku [اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي].
Dalam banyak nas Qur’an dan Hadis dinyatakan dan ditegaskan bahawa istighfar dan taubat adalah termasuk pendekatan penting keluar dari musibah atau wabak (QS, al-Anfal: 33). Perkara asas yang mengundang azab atau wabak adalah kejahatan dosa yang dilakukan manusia (QS, al-Syura: 30). Maka umat Islam khasnya sangat perlu memperbanyak doa dan istighfar. Dalam hal ini dengan jelas ditekankan bahawa Allah, al-Maula SWT terus melayan dan memenuhi doa istighfar ahli zikir. Oleh itu, sangat tepat sekali jika zikir ini diamalkan dalam suasana genting seperti sekarang ini. Maka semasa membaca zikir indah ini sangat baik diniatkan semoga Allah mencegah bala atau wabak dengan tercurahnya maghfirah yang dipinta dalam potongan doa ini, biiznillah!
- Ya Allah, rahmatilah aku, [اَللَّهُمّ ارْحَمْنِي].
Rahmat adalah perkataan yang sangat luas sekali rangkumannya dalam Islam. Rahmat adalah perkataan utama dalam Islam. Antara nama Allah yang berkenaan dengan rahmat adalah al-Rahman al-Rahim. Jika umat manusia dilimpahi rahmat Allah, biiznillah, bencana wabak akan berakhir dengan baik. Serta umat islam mendapat pengajaran dan pelajaran berharga dari wabak ini. Ulama melihat bahawa wabak yang berat bukan virus corona, malah manusia yang belum mendapat pelajaran dari wabak ini. Sangat tepat sekali potongan zikir doa ini diniatkan semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya yang luas dengan berakhirnya musibah wabak ini dan anda mendapat iktibar yang maksimum dari bencana ini. Rujuk contohnya (QS, al-Sajdah: 21; al-Rum: 41). Bahawa tujuan asas bala adalah supaya umat manusia bermuhasabah diri dan kembali ke jalan Allah (لعلهم يرجعون).
- Ya Allah, berilah daku rezeki. [اَللَّهُمّ ارْزُقْنِي].
Disamping rezeki yang berupa kebendaan dan kewangan, rezeki berupa kejiwaan dan kesihatan juga tidak kalah penting. Tidak berapa bermakna rezeki kebendaan jika kesihatan dan kerohanian terjejas. Maka dalam kontek suasana seperti sekarang ini, termasuk tujuan utama adalah semoga Allah menganugerahi rezeki kesihatan dan keafiatan. Malah dalam Hadis lain ditegaskan bahawa rezeki yang paling utama adalah ‘keyakinan.’ dan sesudahnya adalah ‘keafiatan.’ Keafiatan merangkumi jasmani dan rohani. Seperti dua petikan terdahulu, maka petikan ketiga ini sangat sesuai jika diaplikasikan untuk keluar dari musibah dan memohon semoga diberi Allah rezeki kesihatan dan keafiatan serta terhindar dari wabak yang melanda umat manusia.
MAKA secara kesimpulannya, zikir doa Nabawi nan indah dan padat ini sangat sesuat dan relevant sekali jika diaplikasikan untuk keluar dan berusaha mencegah wabah virus yang menimpa insan sejagat. Berzikir, berdoa, dan meraih ganjaran dan reda Allah. Maka sangat tepat sekalilah apa yang dipinta oleh si Arab Badui saat menjumpai Rasulullah, yang mengatakan ajarlah saya satu kebaikan yang hebat khairan (خيرا). Dalam Bahasa Arab perkataan khairan, kata nama ‘am atau nakirah. Perkataan nakirah disini rangkumannya sangat luas dan hebat sekali, litta’zim (النكرة للتعظيم). Zikir indah ini sesuai dibaca dan diamalkan setiap masa. Maka raihlah saat mustajab bersama insan tersayang dalam hidup anda, biiznillah!
**** ****
قال أنس رضي الله عنه: جاء أعرابي الى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله علمني خيرا؛ فأخذ النبي صلى الله عليه وسلم بيده فقال: قل: (سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله والله أكبر). قال: فعقد اﻷعرابي على يده، ومضى، فتفكر ثم رجع فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: تفكر البائس فجاء؛ فقال يا رسول الله: سبحان الله والحمد لله لا إله إلا الله والله أكبر، هذا لله، فمالي؟ فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: يا أعرابي: إذا قلت: سبحان الله، قال الله: صدقت. وإذا قلت: الحمد لله، قال الله: صدقت. وإذا قلت: لا إله الا الله، قال الله: صدقت. وإذا قلت: الله أكبر، قال الله: صدقت، وإذا قلت: اللهم اغفر لي، قال الله: فعلت. وإذا قلت: اللهم ارحمني، قال الله: فعلت. وإذا قلت: اللهم ارزقني، قال الله: قد فعلت. قال فعقد الأعرابي على سبع في يده، ثم ولى. (رواه البيهقي).
Anas bin Malik (رضي الله عنه) berkisah, Seorang Arab Badui pernah mendatangi Rasulullah ﷺ seraya berkata, Ya Rasulullah ajarlah satu ‘kebaikan.’ Lalu Rasulullah memegang tangan si Badui, terus mengajar satu zikir. Bacalah: «سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ» Kemudian Badui tersebut mengira dengan tangannya. Lalu beliau pergi. Lantas dia terfikir sesuatu, dan kembali semula menjumpai Rasulullah ﷺ. Baginda tersenyum, seraya berkata ‘Si faqir ini ada yang mengganjal fikirannya. Beliau berujar, ‘Ya Rasulullah, «سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ», Ini untuk Allah. Untuk saya belum ada? Rasulullah ﷺ menjelaskan, wahai si Badui, Jika engkau menyebut «سبحان الله» Allah menjawab «صَدَقْت» [Betullah katamu]. َ Jika engkau menyebut «والحمد لله» Allah menjawab «صَدَقْت». Jika engkau menyebut «ولا إله إلا الله» Allah menjawab «صَدَقْت». Jika engkau menyebut «والله أكبر» Allah menjawab «صَدَقْت». SETERUSNYA, jika engkau menyebut « اللهم اغفر لي» Allah menjawab« قَدْ فَعَلْتُ» [Sudah Kulakukan]. Jika engkau menyebut « اللهم ارحمني» Allah menjawab« قَدْ فَعَلْتُ».Jika engkau menyebut « اللهم ارزقني» Allah menjawab « قَدْ فَعَلْتُ». Kemudian dari itu, Arab Badui itu menghitung dengan tangannya hingga tujuh kali, lantas dia pun pergi dengan senang hati. (HR Baihaqi).
Tautan: http://www.saaid.net/Minute/790.htm & https://www.youtube.com/watch?v=iotNwrC9Yio&fbclid=IwAR0cEiQqGfrzg5KJmBZWK33xZ-bm3Htn_jszQ-5UCvEdGgMUZepNo2gVryo
(Manhajuna/IAN)