Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Alquran / Men-Charging Iman 30 Hari
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Men-Charging Iman 30 Hari

Oleh: Prof. M. Ratib Nablusi (حفظه الله)

Alih bahasa: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

Imam Syafii (رحمه الله تعالى) berkata bahawa,

«اَلْعِبَادَاتُ مُعَلَّلَةٌ بِمَصَالِحِ الْخَلْقِ»

Ibadat bertujuan untuk kemaslahatan umat manusia.

Maka apakah kemaslahatan yang kita target dari melakukan ibadat puasa atau ‘shiyam’ (الصيام) pada Bulan Mubarak, hari baik bulan baik ini? Maka dalam hal ini perlu kita semak seruan Allah dalam Al-Qur’an,

﴿خُذُوا مَا آتَيْنَاكُم بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾

Ambillah wahyu yang Kami kurniakan untukmu, ingatlah isinya, agar kamu mengawasinya. (QS, al-Baqarah: 63).

Maka seakan-akan Allah merangsang kita semua untuk menyingkap hikmah bershiyam agar kita berusaha menilai diri kita masing-masing. Adakah perjalanan ibadat yang kita tempuh betul? Adakah kita bershiyam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT?

Terkadang dengan peralihan hari silih berganti, ibadah shiyam boleh berubah menjadi adat kebiasaan belaka. Bukan lagi ibadat khas. Malah terkeluar dari ibadat yang sebenar. Begadang bercampur baur semalaman hingga pagi. Menikmati makan minum yang lezat digemari. Duduk bersama bercerita tanpa kawalan, berbaur ghibah dan namimah. Kita sudah terbiasa pada bulan Ramadhan berkumpul hingga larut malam. Ahirnya, seakan-akan bulan mulia ini jadi bulan makan minum, bulan gerai Ramadhan. Beginilah keadaan kita. Kehidupan umat sudah keliru.

Jika kehidupan kita semakin menjauh dari inti ajaran Islam, terjauh dari hakikat agama, akhirnya ibadat yang kita lakukan hanya pada umumnya formaliti belaka. Malah kosong tiada berisi. Nah, satu soalan besar yang perlu kita tanya,

Saat Allah menyuruh kita melakukan ibadat shiyam pada hari baik bulan baik ini, apakah yang dikehendaki oleh Allah? Apakah hikmat utama yang akan dicapai dari ibadat shiyam pada bulan mulia ini?

Apa yang jelas ialah Al-Qur’an menyeru kita,

 ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾

Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu ibadat shiyam seperti yang pernah diwajibkan ke atas umat terdahulu. Agar supaya kamu mengawasinya dengan baik. (QS, al-Baqarah:183).

Agar kamu menjaga ibadat ini dengan baik. Kamu berhadapan dengan kesyahwatan. Kamu juga berhadapan dengan banyak perkara syubhat. Perkara syubhat ini memang tersebar dengan dahsyat dalam lapangan kehidupan, tiada habisnya. Semuanya adalah tergolong kesesatan (ضلالات). Termasuk pemikiran anti tuhan atau atheist. Pemikiran kebendaan, dan menghalalkan segala cara. Malah sangat banyak lagi pelbagai pemikiran yang sangat berpengaruh di dunia masa kini. Pada kebanyakan terjauh dari jalan agama Allah.

Maka sudah jelas bahawa hikmah utama ibadat shiyam agar anda menjaga dan mengawasi segala perkara syubahat dengan yakiniyat, yaitu ajaran agama yang jelas dan wajib diyakini. Menjaga kesyirikan dengan ajaran tauhid. Mengawasi kemaksiatan dengan ketaatan. Memelihara su’uzon dengan ma’rifatullah.

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Agar kamu menjaga ibadat ini dengan baik.

Apa yang perlu dijaga, dan diawasi?

  • Tentulah dari perkara yang sangat ditakuti.
  • Perkara yang sangat berbahaya,
  • Serta gejala dan faktor-faktor keruntuhan.

Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu ibadat shiyam seperti yang pernah diwajibkan ke atas umat terdahulu. Agar supaya kamu mengawasinya dengan baik.

Saudara, sangat perlu sekali kita analisa dan teliti. Sebelum anda bergerak melakukan sesuatu, apakah yang mendahului gerak langkah anda? Contohnya, jika anda ingin pergi berziarah ke rumah teman. Tentulah ada pemikiran dan tasawur atau gambaran sesuatu yang mengerakkan anda. Jika gambaran ini betul, gerak langkah anda akan betul. Sebaliknya, jika tasawur anda tidak betul, gerak langkah anda juga akhirnya akan tidak betul. Manusia adalah makhluk yang sentiasa bergerak. Pada biasanya apakah faktor yang mendorong manusia bergerak? Biasanya kerana hajat kepada makan minum. Inilah hajat keperluan asas. Bagi tujuan memelihara kelangsungan hidup sebagai individu dalam masyarakat. Apa lagi faktor penggerak bagi manusia? Mungkin ada hajat kepada lawan jenis atau berkahwin. Ini bagi tujuan memelihara kelangsungan anak keturunan. Jika tidak ada keinginan kepada keturunan, umat manusia akan pupus. Inilah naluri suci yang diberikan oleh Allah pada kaum lelaki. Lantas mengapa keturunan tidak pupus? Tentulah menerusi naluri suci ini. Maka keinginan makan minum bermaksud menjaga kelangsungan hidup diri. Keinginan seksual dengan maksud menjaga keturunan umat manusia. Ada lagi keinginan kepada ketinggian. Agar anda mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat. Ini adalah bagi menjaga nama baik. Tanpa ada keinginan positif ini tentulah tidak akan wujud insan-insan ternama di bumi ini.

Maka anda perlu makan agar anda hidup selesa. Anda juga perlu melayan keperluan seksual supaya keturunan bersambung. Malah anda juga ingin ada status dalam masyarakat supaya anda memiliki nama yang harum.

Saudara, pelbagai hajat keperluan ini boleh dipenuhi mengikut garis panduan yang ditetapkan Allah. Justeru akhirnya anda akan menjadi insan yang berkedudukan tinggi dan mulia pada sisi Allah. Sebaliknya, hajat keperluan ini mungkin saja dipenuhi secara tidak baik atau menyalahi aturan agama Allah. Inilah inti kehidupan umat manusia.

Anda ada hajat keperluan yang diakui oleh agama. Lalu anda memenuhi hajat anda mengikut peraturan agama Allah.

  • Maka dengan demikian anda adalah insan mukmin,
  • Muttaqi, bertakwa, perjalanan anda betul.
  • Malah anda selamat di dunia ini,
  • Hidup dengan aman, tenteram,
  • Berada dalam pemeliharaan Allah.
  • Allah memberi anda taufik
  • Dan Allah membela anda.

Maka jika anda terangsang oleh keinginan mencari pasangan mengikut agama Allah, anda ingin memiliki harta benda, lalu anda bekerja secara sah. Anda juga ingin memiliki nama baik, lantas anda giat melakukan pelbagai usaha dan amal soleh.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu ibadat shiyam seperti yang pernah diwajibkan ke atas umat terdahulu. Agar supaya kamu mengawasinya dengan baik.

  • Agar supaya kamu mengawasinya dengan baik.
  • Mengawasi dan menjauhi perkara syubhat dengan yaqiniyat, perkara yang jelas dan diyakini.
  • Mengawasi kemarahan dan kemurkaan Allah dengan melakukan keredhaan Allah.
  • Mengawasi kemaksiatan dengan ketaatan.
  • Menjaga su’u zon dengan husnu zon.
  • Justeru husnu zon ini adalah ‘Nilai Taruhan Jannah’.

Malah seakan-akan Allah menginginkan supaya solat fardhu lima waktu berfungsi sebagai alat charger bagi tenaga kekuatan harian anda.

Saya rasa tepat sekali pada zaman kini jika anda menyerupakan diri anda dengan mobile. Mobile perlu di charging. Jika tidak dicas, tentu skrin akan gelap maka mobile tidak berfungsi. Mesti dicas, anda ada cas harian iaitu solat lima waktu. Cas mingguan, power atau tenaga cas solat lima waktu akan berfungsi hingga ke solat fardhu berikutnya.

Dari satu solat ke solat berikutnya adalah sekali cas. Proses cas khutbah jumaat sepatutnya bertahan hingga hari Khamis berikutnya. Khutbah disediakan dengan kajian yang kemas, ada ayat al-Qur’an, Hadis Nabi, tamsil dan ibarat, dan dilengkapi kisah-kisah menarik.

  • Malah berbagai pemikiran membangun dikemukakan.
  • Ini semua akan meningkatkan keyakinan diri anda.
  • Meningkatkan orientasi anda.
  • Rasa takut juga akan bertambah.
  • Kegairahan melakukan ketaatan turut berkembang.
  • Demikianlah fungsi charging mingguan, khutbah Jumaat.

Proses charging tahunan ini tempohnya tigapuluh hari. Maka ibadat Ramadhan adalah satu usaha mencas, solat lima waktu juga, khutbah, ibadat shiyam, masanya 30 hari. Sementara cas semasa melakukan ibadat haji adalah charging untuk seumur hidup. Sehingga setelah melakukan ibadat haji,

  • Si Mukmin Kembali bersih seperti baru keluar dari rahim ibunya.

Sangat perlu dikemukakan disini satu berita gembira. Atau kisah menarik,

  • Ada manusia yang dililit hutang sebanyak 37 juta Dolar. Rumah kediamannya ditarik atau disita oleh bank. Dia meringkuk dalam penjara. Malah sedang menunggu dihadapkan ke meja pengadilan. Hidup dalam penjara. Inilah musibah dan bencana besar yang menimpa dirinya. Lantas, ada pihak yang mendekati si miskin ini. Seraya berkata, jika anda bergiat bekerja selama satu bulan 30 hari, anda akan dimaafkan dari lilitan hutang yang banyak. 37 juta terselamat, rumah kediaman akan dikembalikan, anda akan bebas dari penjara. Pengadilan di mahkamah diberi pengampunan. Anda hidup bebas dan selesa.

Berita gembira ini bukan rekaan, memang terdapat dalam Hadis Nabi Muhammad SAW. Tapi sebelum dikemukakan Hadis ini, ada baiknya didahului dengan kesan manis sahabat baginda, Sa’ad bin Abi Waqqash (رضي الله عنه).

Saya (Nablusi) rasa saya tidak pernah jemu menghidangkan kesan manis sahabat kenamaan ini, Sa’ad berkata:

«ثَلَاثَةٌ أَنَا فِيهِنَّ رَجُلٌ، وَفِيمَا سِوَى ذَلِكَ فَأَنَا وَاحِدٌ مِنَ النَّاسِ»

Ada tiga perkara, dalam tiga perkara ini saya mesti hero. Atau katanya saya adalah individu yang terunggul. Tapi dalam perkara lain, saya ini biasa-biasa sahaja seperti kebanyakan orang.

Di antara yang tiga ini,

«مَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثًا قَطُّ إِلَّا عَلِمْتُ أَنَّهُ حَقٌّ مِنَ اللَّهِ تَعَالَى».

 ‘Setiap kali saya terdengar suatu Hadis Rasulullah SAW, saya yakin bahawa Hadis ini adalah ‘benar’ dari sisi Allah.

Nah, pesan Rasulullah tersebut ialah,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Siapa yang bershiyam Ramadhan atas dasar iman dan ihtisab, nescaya Allah mengampuni dosanya terdahulu. (HR Bukhari Muslim).

Sekiranya anda mempunyai dosa menggunung, lalu anda bershiyam ramadahan seperti yang dikehendaki oleh Allah.

  • Puasa ketaatan bukan puasa cerita drama.
  • Shiyam ibadat bukan shiyam adat.
  • Shiyam takwa bukan maksiat.
  • Shiyam insan berhijrah kepada Allah bukan menjauhi.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Siapa yang bershiyam Ramadhan atas dasar iman dan ihtisab, nescaya Allah mengampuni dosanya terdahulu.

Rasulullah SAW tidak bertutur kata sesuka hatinya. Tutur kata baginda adalah bersumber dari wahyu (QS, al-Najm: 3-4).

Ada Hadis lain,

«مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»

Siapa yang berqiyam Ramadhan atas dasar iman dan ihtisab, nescaya Allah mengampuni dosanya terdahulu. (HR Bukhari Muslim).

Maksudnya dilakukannya ibadat solat tarawih. Ulama berkata bahawa darjat tilawah al-Qur’an yang paling tinggi ialah jika anda membaca al-Qur’an berdiri dalam solat di rumah Allah. Inilah darjat pahala membaca al-Qur’an yang tertinggi. Dibaca semasa berdiri, di masjid dalam solat. Maksudnya solat tarawih.

Alhamdulillah, dengan berkat kurnia Allah, kita di masjid ini (di Syria) sejak sekitar 35 tahun hingga saat ini, kita membaca al-Qur’an khatam 30 juz dalam solat bulan Ramadhan. Caranya ialah, dalam solat subuh kita baca 4 halaman. Semasa tarawih 16 halaman. Dalam sehari dapat membaca satu juz, biiznillah.

Jemaah yang bersolat Subuh, Isyak, dan solat tarawih di masjid ini, dirinya berpeluang mendengar seluruh kandungan al-Qur’an.

Dengan demikian bulan Ramadhan ini adalah

  • Bulan al-Qur’an.
  • Bulan keampunan.
  • Bulan bertaubat.
  • Bulan membaiki hubungan dengan Allah.
  • Bergiat mendekati Allah.
  • Bulan qiyamullail.
  • Bulan solat Fajar berjamaah.

«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»

Siapa yang bersiyam Ramadhan atas dasar iman dan ihtisab, nescaya Allah mengampuni dosanya terdahulu.

(Manhajuna/IAN)

(Visited 258 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%

Kajian Kisah Sholihin MASIH terasa segar kisah fakta yang terjadi lebih dua dasawarsa berlalu, persisnya …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *