Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Self Management
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Self Management

Oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Mantan dosen UKM, KUIS (Malaysia); UNISSA, KUPU SB (Brunei).

Management waktu adalah satu-satunya cara atau kaedah yang mendorong untuk meraih kemanfaatan yang maksimal dalam merealisasikan tujuan atau objektif. Demikian juga perlu ada keseimbangan antara tugasan, keinginan, dan objektif.

Meraih kemanfaatan dari waktu dengan baik adalah faktor utama yang menentukan perbedaan antara mereka yang sukses dan gagal dalam kehidupan.

Justeru terdapat kesamaan ciri-ciri antara mereka yang sukses dalam kecekapan mereka menyesuaikan antara objektif yang mesti dicapai dan tugas serta kewajiban yang mesti dilakukan terhadap aneka relasi.

Kesesuaian ini datang dari self-management yang sangat memerlukan anda menggariskan objektif dan risalah yang anda tempuh dalam perjalanan hidup.

Malah, tidak perlu anda menata waktu atau self- management tanpa adanya sasaran atau objektif yang mesti dicapai seseorang bagi kejayaan hidup dirinya. Justeru akhirnya perjalanan hidup akan tak tentu arah. Hal ini penyebab kehidupan seseorang tak terurus tiada pencapaian. Jika ada pun pencapaian namun hasilnya minimal atau bernilai rendah.

Ini adalah akibat ketiadaan penumpuan terhadap objektif tertentu. Justeru penyebab kegagalan yang menghalang anda dari penataan waktu memang banyak. Hal ini sangat perlu anda jauhi. Termasuklah:

  1. Ketiadaan sasaran atau target yang jelas atau ketiadaan perencanaan.
  2. Sifat malas dan suka menangguh. Malah inilah kendala terbesar pengurusan waktu. Anda perlu menjauhi sifat negatif ini.
  3. Lupa atau terlupa. Hal ini terjadi kerana anda tidak menulis atau mencatat sasaran yang mesti dicapai. Lantas kebanyakan tugas dan kerjaan anda hilang sedemikian rupa.
  4. Menyingkirkan hubungan dengan orang lain. Malah terkadang sangat penting atau mendesak. Anda perlu meminta maaf dengan bijak. Belajarlah mengatakan tidak’ bagi sebahagian urusan sosial.
  5. Tidak menyelesaikan sasaran yang mesti dicapai. Atau kerana tidak konsisten dalam pengurusan waktu lantaran malas atau sebab pemikiarn negatif terhadap pengaturan waktu.
  6. Berlaku faktor kurang kesefahaman dengan orang lain, yang mungkin penyebab berbagai masalah yang akan menyita waktu anda.

Berikut beberapa perkara dan langkah membantu anda mengelola waktu.

Cobalah terapkan sebelum anda memulakan usaha mengelola waktu.

  1. Susun dan buatlah perencanaan anda. Gariskan perencanaan anda bagi hidup anda terlebih dahulu. Lalu anda susun tujuan dan sasaran yang jelas, tentulah memudahkan anda mengelola waktu. Demikian juga sebaliknya. Jika anda tidak menggariskan perencanaan yang jelas, maka pengelolaan waktu akan susah.
  2. Anda sangat perlu menulis pemikiran, perencanaan, dan sasaran di atas kertas dengan jelas. Selain yang tercatat di atas kertas hanyalah merupakan pandangan yang datang sepintas lalu dan akan pergi menghilang. Malah anda akan lupa dengan segera. Terkecuali jika anda memang memiliki daya ingatan yang luar biasa. Dengan mencatat pemikiran, anda akan mudah membuat pembetulan, tambahan, dan memadam apa yang diperlukan.
  3. Setelah anda selesai menggariskan perencanaan, dijangkakan anda akan memerlukan beberapa perubahan yang banyak. Anda jangan gundah, lalu apa yang telah digariskan itu anda buang. Jangan demikian, ini adalah lumrah.
  4. Kegagalan adalah suatu yang lumrah dalam hidup ini. Maka, jangan pernah putus asa. Orang bijak mengatakan: Saya belajar dari kesilapan saya lebih dari kejayaan saya.
  5. Anda perlu melakukan perbandingan antara awlawiyat. Justeru terkadang peluang dan tugas datang pada waktu yang sama. Lalu mana satu yang akan anda pilih. Secara ringkasnya, pilihlah perkara yang anda lihat bermanfaat bagi waktu depan anda dan tidak mejejaskan orang lain.
  6. Baca dan semaklah perencanaan dan tujuan anda jika ada kesempatan dalam keseharian anda.
  7. Cobalah gunakan sarana modern bagi meraih peluang, dan merealisasikan kejayaan anda. Seperti internet dan komputer.
  8. Anda juga perlu menata dengan baik, perpustakaan, kamar dan mobil anda. Malah segala yang berhubungan dengan kehidupan anda. Perkara ini akan membantu anda lebih banyak agar tidak banyak waktu terbuang. Segalanya akan kemas indah dan teratur. Malah giatlah menata segala keadaan dan persekitaran anda.
  9. Perencanaan dan jadwal bukan ini saja yang membuat anda teratur dan berjaya. Anda perlu lebih fleksibel semasa menjalankan apa yang tertera dalam perencanaan anda.

Buatlah penumpuan. Pemikiran anda jangan biarkan tak tentu arah lebih dari satu arah. Nasehat ini jika anda terapkan nescaya akan anda dapati bahwa kebanyakan waktu anda dimanfaatkan bagi perkara lain yang lebih penting dan lebih diperlukan.

Anda perlu ingat, bahwa kejayaan bukan mengikut amal usaha yang anda lakukan. Malah mengikut sampai dimana amal usaha ini berpengaruh secara positif bagi mereka yang berada dalam lingkungan anda sendiri.

سُورَةُ العَصۡرِ

﴿وَٱلۡعَصۡرِ. إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ، إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ  وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ﴾

Demi masa. Sungguh kebanyakan manusia terpuruk dalam kerugian. Terkecuali mereka yang merealisasikan imannya, mereka yang beramal sholeh, dan yang saling memperingatkan tentang perkara haq, dan tentang kesabaran.

(Manhajuna/IAN)

(Visited 174 times, 2 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%

Kajian Kisah Sholihin MASIH terasa segar kisah fakta yang terjadi lebih dua dasawarsa berlalu, persisnya …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *