Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Alquran / Agar Akal Dan Pikiran Lebih Jernih
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Agar Akal Dan Pikiran Lebih Jernih

Oleh: Dr. Aiman Rushdi Suwaid

Penerjemah: Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Demi Allah sebenarnya saya lah yang lebih memerlukan naishat ini. Saya berdoa semoga Allah memudahkan saya dan anda mengamalkan nasihat ini, amin! Demi Allah, saya malu kepada Allah mengemukakan nasihat ini kerana Allah tahu persis keadaan diri saya. Tapi saya yakin bahawa anda lebih baik dari diri saya. Allah (سبحانه وتعالى) memperingatkan (يُؤفك عنه مَن أُفك) akan terjauh dari Quran mereka yang dikucilkan Allah. Ayat ini bermaksud bahawa akan terjauh dari Quran mereka yang dijauhkan Allah sebagai sikasaan ke atas mereka lantaran kepahitan dosa yang mereka lakukan dan memang kerana mereka menjauh dari Allah.

Wahai saudara yang dikasihi. Sesiapa yang masih belum ingin bermula menghafal Quran, mulalah sekarang tunggu apa lagi! Sesiapa yang bersikap acuh dalam melakukan ulangkaji, maka rebutlah segera! Sesiapa yang masih belum mempunyai wirid tilawah Quran, maka ia hendaklah giat melakukannya. Bersabarlah dan tinggatkan kesabaran anda. Kelazatan menghafal Quran, meugulang bacaaan, dan kelazatan tilawah Quran siang malam, adalah satu kelazatan khas yang menjadikan anda lupa kepenatan yang anda lalui.

Pandai-pandailah menyisihkan waktu kesibukan anda. Rebutlah beberapa minit dari waktu anda. Bangkitlah dari tidur yang anda gemari pada malam hari. Agar anda dapat mengejar kafilah ahli taubat, meraih kemanisan ibadat ahli ibadat, bersujudlah dan nikmatilah rasa kemanisan kedekatan kepada Allah. Sisih dan tetapkanlah bagi diri anda wirid tertentu bersama Kitabullah. Anda jangan mengabaikannya. Rebut jugalah wirid bertasbih secara istiqamah setiap hari. Nikmatilah kemanisan bertasbih, istighfar, bertahlil, selawat Nabi (صلى الله عليه وسلم). Berdoalah bagi diri anda, bagi ibubapa, malah bagi mereka yang anda sukai dan tak suka. Dan bergiat jugalah dalam memberi peringatan terhadap orang lain.

Termasuk keberkatan Quran yang luar biasa, bahawa Allah (سبحانه وتعالى) akan memberkati akal si pembaca dan penghafal Quran. diriwayatkan daripada Abdul Malik bin ‘Umair:

كان يقال أن أبقى الناس عقولا قراء القرآن

Manusia yang paling kuat dan mantap akalnya adalah orang yang membaca Quran. Menurut satu riwayat:

أنقى الناس عقولا قراء القرآن

Manusia yang lebih jernih akalnya adalah yang membaca Quran.

Imam Qurtubi (رحمه الله) berujar:

من قرأ القرآن متع بعقله وإن بلغ مئة

Orang yang membaca Quran akan menikmati akal yang cerdas meskipun berusai 100 tahun.

Terbukti menurut kajian ilmiyah bahawa menghafal dan membaca Kitabullah akan membina dan menguatkan daya ingatan. Ulama masa silam (الإمام إبراهيم المقدسي) berpesan kepada murid beliau (عباس بن عبد الدايم رحمهم الله) katanya: Perbanyaklah membaca Quran kamu jangan tidak membaca Quran, nescaya kamu akan mudah mendapatkan apa yang kamu ingini mengikut kadar Quran yang kamu  baca.

Imam Ibnu Solah (رحمه الله) berujar: Terdapat dalam riwayat bahawa Para malaikat tidak  diberi fadilah membaca Quran justeru mereka sangat menginginkan hal ini hanya kerana mereka suka mendengar manusia membaca Quran.

Membaca Quran adalah satu kemuliaan khas yang hanya diberikan kepada anak Adam. Abu Zinad berkisah: Saat saya keluar menuju Masjid Nabawi pada waktu sahur, setiap saya melalui satu rumah kediaman, terdapat di dalam rumah tersebut penduduk yang membaca Quran.

Syeikh Islam (شيخ الإسلام) berujar:

ما رأيت شيئا يغذّي العقل والروح ويحفظ الجسم ويضمن السعادة أكثر من إدامة النظر في كتاب الله تعالى

Sesuatu amalan ajaib yang mampu membekali akal dan roh ‘makanan’ yang diperlukan, dan juga yang dapat memelihara kesihatan jasmani, malah menjamin ‘kebahagiaan’ hidup, adalah ibadat mengekali menatap lembaran Kitabullah.

Maka cintailah Quran, nescaya anda akan meraih barakah. Allah (سبحانه وتعالى) memberi peringatan: كتاب أنزلناه اليك مبارك

Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu sarat dengan barakah (QS, Sad: 29).

Ulama tafsir berpendapat ‘Kami bergiat membaca, menghafaz, dan mengajar Quran, lantas di dunia ini kami dilimpahi pelbagai keberkatan, dan kebaikan.’

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تُلْزِمَ قُلُوبَنَا حِفْظَ كِتَابِكَ ، وَتَرْزُقَنَا أَنْ نَتْلُوَهُ وَنَتَدَبَّرَهُ عَلَى الْوَجْهِ الَّذِي يُرْضَيَكَ عَنَّا وَنَعْمَلَ بِهِ

Artinya: Ya Allah, kurniakanlah kami ‘hati’ yang menikmati kemanisan menghafaz Quran. kurniailah kami kemanisan bertilawah dan bertadabbur mengikut cara yang Engkau redhai, malah juga agar kami menerapkan ajaran Quran.

Anda jangan pernah mengabaikan wirid harian anda. Demi Allah, wirid seperti inilah yang merupakan punca keberkatan pada hari-hari yang anda lalui. Namun, sangat diperlukan niat yang ikhlas, kerana Allah.

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.
(Visited 872 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Khutbah Jumat di Masjidil Haram

Oleh: Ustadz Ahmad Musyaddad Bagi segenap kaum muslimin yang berada di Masjidil Haram dan ingin …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *