Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Alquran / Allah, Al-Maula SWT Sebaik-Baik Pelindung
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Allah, Al-Maula SWT Sebaik-Baik Pelindung

Bersama: Prof. Dr. Syeikh Muhammad Ratib Nablusi حفظه الله

Disarikan oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

Termasuk nikmat anugerah Allah yang teragung, bahawa Allah ‘Azza wa Jalla adalah Pelindung anda. Sebaik-baik Maha Pelindung, sebaik-baik Maha Penolong (نعم المولى ونعم النصير). Salah satu antara dua sifat yang dua ini sahaja sudah sangat menciptakan ‘tuma’ninah‘, ketenangan dalam qalbu anda. Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, justeru itulah yang terbaik untuk kamu. Malah boleh jadi kamu menyukai sesuatu, justeru itulah yg tidak baik bagi kamu. Allah lebih mengetahui, malah kamu tidak tahu sesuatu yang diketahui oleh Allah (QS, al-Baqarah: 216). Saat Allah bukakan bagi anda ‘ilmu hikmah’ mengenai suatu sekatan, atau halangan, nescaya akan terlihat dan terang bagimu hakikat pemberian. ‘Boleh jadi anda diberi, tapi sebenarnya tersekat. Boleh jadi anda disekat, tapi sebenarnya diberi.’ (Ibnu ‘Ataillah).

Terdapat dalam Hadis Soheh, ‘Saya kagum melihat perihal si Mukmin. Baginya semua urusannya baik belaka. Hal ini hanya ada pada orang Mukmin. Jika ia mendapat kebaikan, ia bersyukur. Ini dilihatnya terbaik. Jika ia mendapat yang tidak baik, ia bersabar. Ini juga dilihatnya terbaik. (HR Muslim). Perihal ini hanya dimilik si Mukmin sahaja.

Wahai saudara, oleh yang demikian ‘Allah Maha Melindungi orang-orang beriman.’ (ذلك بأن الله مولى الذين آمنوا) [QS, Muhmmad: 11]. Maksudnya, Allah mengambil alih dengan sebaik-baiknya segala urusan orang beriman. Ada masanya, kita melalui kesempitan hidup. Terkadang hujan tak turun. Orang-orang Islam terpaksa solat istisqa’, mengharap belas kasihan Allah. Terkadang datang serangan penyakit. Penyakit ini merangsang untuk bertaubat dengan serius. Adakalanya ‘kemiskinan’ datang melanda. Ujian sebegini mendorong kita mendatangi pintu rahmat Allah.

Justeru keunggulan anda, bahawa anda mengetahui dan melihat hikmah Allah dibalik pelbagai musibah yang datang. Kehebatan anda, bahawa anda terlihat pelbagai hikmat dalam segala peristiwa. Allah ‘Azza wa jalla, Maha Bijaksana, Hakim. Segala yang terjadi, memang ditentukan Allah. Dikehendaki-Nya. Segala yang dikehendaki Allah pasti terjadi. Kehendak dan iradah Allah terkait dengan hikmah mutlak. Hikmah mutlak terkait dengan kebaikan mutlak. Allah SWT Sebaik-baik Pelindung, Maha Tahu, Maha Hakim, Maha Khabir (عليم حكيم خبير). Seandainya terjadi kemelut. Mudah-mudahan saja tidak. Jika anda berdoa, pertama Allah ada. Kedua, Allah mendengar. Ketiga, mampu melayan anda. Keempat, Allah sangat cinta kepada anda. Ada, Maha Mendengar, Maha Kuasa, Maha Rahim.

Oleh yang demikian, saat para sahabat dan pengikut Nabi Musa عليه السلام dilanda keresahan, lalu berkata ‘Kita sudah terkepung, di belakang kita Firaun; dihadapan lautan.’ Nabi Musa meyakinkan ‘Mana boleh, Bersama-Ku kan ada Rabbi. Allah akan menuntun diriku.’ (QS, al-Syu’ara:61-61). Nabi Yunus عليه السلام juga, semasa berada dalam perut ikan. Baginda berdoa dalam kegelapan yang berlapis tiga. (لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين). Lalu Allah kabulkan doa baginda. Baginda terselamat dari kegundahan yang melilitnya. Malah Allah juga akan menyelamatkan golongan mukminin.’ (QS, al-Anbiya’: 87-88).

(Manhajuna/IAN)

(Visited 212 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Hikmah Istighfar. Mari Semangat Ber-Istighfar!

Bersama: Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis (غفر الله له ولوالديه وللمؤنين) Seorang ‘belia sholeh’ berujar, …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *