Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Husnuzon adalah Buah Manis Makrifah
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Husnuzon adalah Buah Manis Makrifah

Oleh: Murobbi Syeikh Prof. Dr. Muhammad Ratib Nablusi (hafizhahullah)

Alihbahasa : Ahmad Asri Lubis

Saudara, Allah ﷻ adalah Zat Yang Maha Sempurna. Allah adalah Zat al-Wajibul wujud. Sesuatu yang selain Allah adalah mumkin al-wujud. Contohnya, langit, bumi, dan segala sesuat selain Allah, adalah mumkin al-wujud. Maksud mumkin al-wujud ialah boleh jadi wujud, atau tidak wujud. Malah boleh juga wujud dalam bentuk yang bukan seperti yang ada.

Dalam alam ini hanya ada satu hakikat sahaja. Iaitu Allah. Kebahagiaan, kedamaian, dan taufik, ialah jika anda memiliki ma’rifah kepada Allah. Kecelakaan, kebinasaan, dan kesempitan hidup, jika anda lalai daripada Allah. Saat manusia mengingati Allah, dia mengingat hakikat yang esa dalam alam ini. Oleh itu terdapat dalam hadis qudsi, riwayat Bukhari Muslim:

Allah berfirman: Daku mengikut zon si hamba terhadap-Ku. Daku bersamanya saat ia berzikir kepada-Ku. Jika ia berzikir sendirian, nescaya Kuingat dia sendirian. Jika ia berzikir dalam kalangan jemaah, Kuingat pula ia dalam kalangan jemaah yang jauh lebih baik. Jika si hamba cuba mendekatiKu sejengkal, nescaya Kudekati dia sehesta. Jika ia mendekatiKu sehasta, Kudekati ia sedepa. Jika ia datang berjalan, Kudatangi berlari.

Bagaimana pandangan dan zon anda terhadap Allah? Terdapat dalam sebahagian ayat, firman Allah ‘Justeru mereka memiliki zon yang tak baik kepada Allah’. (QS, Ali Imran: 154).

Dalam ayat lain, ‘Mereka  memeliki suuzon kepada Allah. Semoga mereka ditimpa sesuatu yang tak baik. Malah Allah murka kepada mereka. (QS, al-Fath: 6).

Pada hakikatnya, jika anda memiliki makrifah terhadap Allah, nescaya anda memiliki husnu zon. Husnu zon adalah buah manis makrifah. Sebaliknya, suu zon, satu gejala kejahilan.

Jika anda melakukan dosa besar adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan kesilapan anda saat anda berkata sesuatu tentang Allah mengenai perkara yang anda tidak ketahui.

Contohnya, usaha individu yang menyebabkan masyarakat merasa liar terhadap Allah, lantaran dia menyebarkan akidah jabariah. Bahawa Allah menjadikan si kafir. Allah telah menetapkan kekufuran ke atas si kafir sebelum dia diciptakan. Allah akan menempatkannaya dalam neraka kekal abadi. Maka melakukan dosa besar adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan kesilapan anda tentang berkata mengenai hal yang tidak anda ketahui, tentang Allah SWT. Husnu zon terhadap Allah adalah persyaratan masuk syurga.

Saudara, husnu zon terhadap Allah adalah syarat anda masuk syurga. Ini adalah satu hakikat. Sementara suu zon adalah lantaran kejahilan. Dalam hubungan sosial, boleh jadi anda memiliki husnu zon terhadap seseorang, justeru dia sendiri berbeza dengan sangkakan anda.

Hal ini bebeza dengan Zat Allah SWT, husnu zon terhadap Allah adalah hakikat yang benar. Sebaliknya, suu zon terhadap Allah adalah gejala kejahilan.

Oleh yang demikian, tanda anda bermakrifah atau mengenal Allah bahawa anda memiliki husnu zon terhadap Allah. Dan tanda anda bermakrifah bahawa anda memiliki kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah tidak akan mengabaikan hamba mukmin. Allah tidak akan menyia-nyiakan mereka. Tidak akan menghampakan amal usaha mereka. Balasan baik di akhirat adalah bagi ahli takwa.

Daku, mengikut asas pemikiran atau zon si hamba terhadapKu. (HR Bukhari-Muslim).

Bagaimana seharusnya sikap si Mukmin terhadap Allah? Contohnya, jika mereka mentaati Allah, musuh agama akan membinasakannya. Dia akan kehilangan jawatan dan pangkat. Hartanya akan dicuri dengan berbagai cara. Malah ia bergiat mengelabui mata masyarakat bahwa ketaatan kepada Allah penyebab kerugian. Keadaan yang menimpa umat dewasa ini, mengenai kesesatan, penyelewengan, terjauh dari agama Allah, hal ini adalah alternatif yang paling selamat. Minda negatif seperti ini adalah buah pahit suu zon.

‘Mereka menduga, jika kami mengikuti jalan hidyah bersamamu, nescaya kami ini akan disingkirkan dari tanahair kami’ (QS, Surah al-Qasas, 57).

Saat mereka dulu menganuti akidah syirik, mereka hidup aman tenteram. Apabila mereka beriman kepada Allah, mereka akan disingkirkan dari negeri sendiri.

Mereka dililit kefahaman bahawa jika mereka mentaati Allah, jawatan dan pangkat mereka akan hilang. Jika tidak mengamalkan system riba, mereka akan mati kelaparan. Jika wangnya tidak disimpat dalam institusi kewngan yang mengamalkan riba, jika tidak melakukan kemaksiatan, asetnya akan hilang lenyap. Beginilah minda kaum muslimin dewasa ini. Inilah contoh suu zon terhadap Allah.

Andaikata si gadis menduga jika ia tidak mempamerkan auratnya, jika ia tidak mempamerkan kecantikannya, nescaya ia tidak menemukan jodoh.

Terdapat ratusan pandangan, malah ribuan perilaku, semua menggambarkan suuz zon terhadap Allah. Contoh lain, jika anda tidak bersandar atau bergantung kepada institusi atau negara kuasa besar, jelas anda akan lemah dan kalah. Dalam arena politik, jika negara anda tidak bergantung kepada negara super power, anda mesti mengikutinya, tunduk di bawah arahannya, akur dengan keinginannya, nescaya anda akan kalah. Lantas dimana Allah dalam kehidupan anda?

ما ترك عبد شيئاً لله إلا عوضه الله خيراً منه في دينه ودنياه

Yakinilah, jika si hamba meninggalkan sesuatu perkara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikan suatu yang terbaik bagi kemaslahatan agama dan keduniaannya.

Ratusan, malah ribuan pemikiran malah gaya hidup, semuanya membuktikan perihal suu zon terhadap Allah.

Allah tidak akan mengabaikan iman kamu. (QS, al-Baqarah: 143).

Bahawa Allah mengabaikan iman si hamba. Ini adalah suatu yang mustahil, sejuta kali mustahil. Termasuk husnu zon terhadap Allah, sejuta kali mustahil anda melakukan kemaksiatan lantas anda akan menarik keuntungan. Perlu anda yakini bahawa sejuta mustahil bahawa anda berbuat taat lantas anda terhina; anda bermaksiat lantas anda meraih kemuliaan. Jika anda menyingkirkan sesuatu kerana Allah, pasti Allah akan menggantikan yang lebih baik di dunia dan di akhirat. Subhanallah, tidak akan terhina si Mukmin yang setia kepada Allah; dan tidak akan mulia si hamba yang memusuhi Allah. ‘Jika si hamba meninggalkan sesuatu demi redha Allah, pasti Allah akan memberi alternatif yang terbaik di dunia dan akhirat.’

Subhanallah, tidak akan terhina si Mukmin yang dicintai Allah. Dan tidak akan mulia si hamba yang memusuhi Allah.

Yakinilah, jika si hamba meninggalkan sesuatu ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikan suatu yang terbaik bagi agama dan keduniaannya.

Saya tegaskan lagi, Minda yang meluas dalam kalangan umat Islam adalah suu zon terhadap Allah. Perlakuan yang meluas dalam kalangan umat adalah suu zon terhadap Allah. Statistik terakhir tiga ribu milyar dollar USA aset kekayaan umat Islam disimpan dalam negara musuh umat sendiri. Justeru umat Islam sangat memerlukan aset ini. Bukankah ini termasuk suu zon terhadap Allah? Sekiranya aset ini disimpan dalam negeri umat Islam, aset tersebut akan hilang lenyap.

Sebenarnya bukan, bukan sedemikian. Malah terdapat kisah yang sungguh banyak. Saat anda memiliki keyakinan kepada Allah, Allah tidak akan mengabaikan anda. Saat anda menjauhi perkara haram, sungguhpun mengikut anda sangat anda perlukan hingga ke akhir hayat, lalu anda berkata ma’azallah, sungguh Rabbi memberi tempat terbaik bagiku. Maka saat anda menjauhi kemaksiatan, pasti Allah akan memudahkan ketaatan buat anda. Iman ini bolah jadi intipatinya husnu zon kepada Allah. Sebaliknya, iman yang lemah adalah suuz zon kepada Allah. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi,

Daku, mengikut zon–prasangka si hamba terhadap Zatku. HR Bukhari-Muslim.

Terserah kepada zon prasangka Anda kepada Allah.

ظن به كما شئت، بربكم -مثل تركيبي- لو أن جندياً والده قائد الجيش، وكل الرتب بالجيش بإمرة والده، وأن عريفاً هدده فارتعدت فرائصه خوفاً، أليس في عقله خلل؟ إذا كانت كل قوى الأرض هي لله وكل الطغاة عصي بيد الله فأي تهديد جاءك؟

Sebagai contoh, jika seorang perajurit ayahnya Ketua Tentera dalam kerajaan. Semua pangkat dalam ketenteraan adalah dalam tangan dan kuasa ayahnya.

Lalu si anak ini diugut oleh seorang pegawai tentera. Lantas si anak gementar ketakukan. Bukankah si anak ini terdapat gangguan pada akalnya. Nah, jika semua kekuatan dan tenaga yang ada di bumi ini adalah milik Allah, semua penguasa juga Allah yang menguasainya, mengapa anda bimbang tak selamat. ‘Kekuasaan Allah adalah di atas kekuasaan mereka.’

Pada suatu kali saya sendiri masuk masjid. Ayat Kalamullah ini terpampang di bahagian hadapan masjid. Tertulis dengan kaligrafi yang sangat indah, dan dengan khat yang cukup besar.

Ancaman yang kita dengar sejak sekian lama tidak terlupakan. Justeru kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Segala sesuatu dalam kuasa Allah. Inilah yang dikatakan ‘iman.’

Daku mengikut sangkaan dan pemikira si hamba terhadap Zat-ku. Dalam satu riwayat ‘Maka terserah kepada si hamba mengenai thinking yang dipilihnya terhadap Zat-ku.’

Anda jangan bersangka yang tak baik kepada Allah. Jangan sekali-kali anda mengatakan ‘Boleh jadi manusia beribadat kepada Allah sepanjang hayatnya, lalu boleh jadi Allah memasukkannya ke dalam neraka.’ Dari manakah sumber thinking seperti ini anda dapati? ‘Boleh jadi sepanjang hidupnya taat kepada Allah, lantas Allah memasukkannya ke dalam neraka.’ Yang sedemikian pendapat siapa? Bukankah Allah berfirman ‘????

Akidah anutan ahli Jabariyah jelas sesat sejelasnya.

Merasa bimbang menghadapi penguasa zalim di muka bumi. Mengamalkan amalan riba demi keselamatan aset kekayaan anda. Ini semuanya adalah termasuk gejala suu zon terhadap Allah.

Adakah si pelaku kejahatan menduga bahawa mereka akan diperlakukan seperti hamba mukmin dan beramal soleh?

 أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

سورة الجاثية: 21

Allah bersama anda pada setiap tempat, setiap zaman, rezim, era, iklim, dan keadaan.

Adakah si pelaku kejahatan menduga bahawa mereka akan diperlakukan seperti mereka yang mukmin dan beramal soleh? Lalu hidup mati mereka sama saja. Sungguh jelek sekali minda dan pemikiran mereka itu.’

والله في أي مكان وزمان ونظام وعصر وأي إقليم وظرف

 أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ   [سورة الجاثية: 21 ]

هذه الآية أصل في عدل الله عز وجل، كلما عرفته أحسنت الظن به، ووثقت به، وتوكلت عليه، وصدقت تطمينه

Ayat ini adalah mengenai keadilan Allah SWT. Semakin tinggi makrifah anda terhadap Allah, anda akan memiliki husnu zon, anda akan semakin yakin, tawakkal semakin bernilai, malah anda akan membenari jaminan keamanan Allah.

Jelaskanlah, yang akan menimpa kami hanya suatu yang diperuntukkan Allah.

Semakin tinggi makrifah anda, kecintaan anda semakin meningkat. Yang sangat aneh, anda memiliki makrifah, lalu kecintaan anda kosong. Malah yang paling dan lebih aneh, anda memiliki makrifah, lalu anda tidak mentaati Allah.

 قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا

   سورة التوبة: 51

 وكلما عرفته ازددت حباً له، من أعجب الأشياء أن تعرفه ثم لا تحبه، ومن أعجبها أن تحبه ثم لا تطيعه. أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي

(البخاري عن أبي هريرة)

Daku berdasarkan thinking si hamba terhadap Zat-Ku. Daku bersamanya saat dia mengingati-Ku.

Amal usaha yang paling penting dan agung pada sisi Allah adalah menyemai makrifah terhadap Allah dalam hati manusia. Boleh jadi terdapat fenomena geografi tertentu yang penting kita kaitkan dengan Allah.

Apa makna zikrullah? Bahawa peri perlunya mengikat dan mendekatkan manusia kepada Allah. Bukan dengan penguasa yang zalim. Gejala dan pertanda era kesyirikan bahawa manusia terkait dan terikat dengan penguasa yang zalim, atau thaghut. Boleh jadi anda mendengar berita berjam-jam pada masa yang cukup lama, anda hanya mendengar ‘si penguasa’ dan kenyataan dan ucapannya. Seakan-akan ‘Allah’ lenyap dan tiada kelihatan. Justeru anda perlu mengingati Allah. Bahawa Allah Zat yang Maha Esa. Tunggal tempat menunaikan hajat keperluan. Segala urusan dalam kekuasaan Allah. Tiada yang memberi suatu yang dicegah Allah. Tiada yang mencegah suatu yang diberi Allah. Allah berkuasa di langit dan di bumi. Anda perlu menghubungkan manusia dengan Allah. Dalam hal peri laku manusia perlu dikaitkan dengan syariat Allah. Dalam hal akidah kaitkanlah manusia dengan al-Qur’an. Dalam pelbagai fenomena alam kaitkanlah manusia dengan Allah, al-Mawla SWT. Jika anda mengatakan ‘Kita diberi kunia oleh negara tertentu.’, ungkapan ini berbau kekufuran. Cukuplah kita mengatakan ‘Allah telah mecurahkan rahmat ke atas kita.’ Ungkapan ini ungkapan keimanan. Anda perlu menyebut Allah pada segala sesuatu. Pada segala peristiwa dan tindak tanduk. Jika anda membaca artikel bercanggah dengan Kitabullah, anda amat perlu mengingatkan umat bahawa artikel tersebut tidak betul. Lantaran bercanggah dengan ketentuan Allah, al-Maula SWT. Amal usaha yang paling agung adalah bahawa anda memperkenalkan Allah kepada umat. Ungkapan baik adalah sejenis sedekah. Wahai Ali, ‘Demi Allah, jika anda berjaya membimbing si hamba ke jalan hidayah, lebih baik bagimu jika dibandingkan dengan memiliki unta merah.’

Yang bermaksud harta yang mahal. (فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ). HR Bukhari.

‘Lebih baik dari segala aset kekayaan yang disinari matahari.’ HR Tabarani. ‘Lebih baik dari dunia dan segala isinya.’

Daku bersamanya saat ia mengingati-Ku.’ HR Bukhari.

Apa maksud Hadis Qudsi ini? ‘Kebersamaan di sini bermaksud ‘kebersamaan khas.’ Dalam Qur’an ada dua corak kebersamaan. ‘Am dan khas. Kebersamaan ‘Am, seperti (وهو معكم أينما كنتم). Allah bersama si kafir, si atheis, si taghut, si Mukmin, Nabiyullah,..

Kebersamaan di sini bermaksud kebersamaan khas. Ana bersama kamu, dalam penjagaan, memberi taufik, sokongan, dan dukungan. ‘Jika Allah mencintai si hamba, nescaya Allah akan menyemai cinta dalam hati umat terhadap diri si hamba itu.’

Allah memperingatkan ‘Daku sentiasa bersama kamu, jika kamu menegakkan solat, menunaikan zakat, dan mengimani para rasul-Ku.’ (QS, al-Maidah:12).

Jika Allah bersamamu siapakah yang akan menyakitimu? Jika seorang penduduk dalam kerajaan si Raja yang gagah perkasa, jutaan manusia dari kalangan penduduk tiada bermakna. Jika Allah, Penguasa segala sesuatu bersama si hamba, apakah lagi nilai rakyat jelata? Tentu tiada makna sama sekali. Jika Allah bersama anda tiada yang mampu menyakiti anda. Jika Allah tidak melindungi anda tiada yang mampu menolong.

Jika Allah bersama anda musuh anda sendiri mahu tidak mahu akan tunduk patuh. Jika Allah tidak melindungi anda, justeru insan yang terdekat dengan anda akan berleluasa. ‘Sesiapa dihina Allah tiada yang akan memberi kemuliaan.’ (QS, al-Hajj:18). ‘Daku bersama si hamba saat dia mengingati dan berzikrullah.’

Ungkapan ‘mengingati-Ku.’ Sangat luas sekali maksudnya. Bahawa si Mukmin mengingati Allah dalam setiap fenomena alam yang luas. Semasa gerhana matahari, gerhana bulan, saat hujan, pada setiap keadaan, gerak geri, pada setiap hukum atau perlakuan. Si Mukmin sentiasa mengingati Allah. Satu-satu hakikat yang tunggal di alam ini hanya Allah. Jika anda mengingati Allah, anda berada dalam kebenaran. Jika anda lalai dari zikrullah, anda dalam kebatilan. Ikatkanlah umat manusia dengan Allah dalam akidah, sikap, dan gerak geri. Daku bersama si hamba saat dia mengingati-Ku atau berzikrullah. Jika ia mengingati-Ku dalam dirinya sendiri… (HR Bukhari).

Semasa berdiam diri anda berbicara tanpa suara ‘Alangkah hebat dan agungnya alam semesta ini. Betapa indahnya tanaman ini. Sungguh indah  makhluk ciptaan Allah ini. Termasuk hujan, pepohonan, ikan, demikian juga tentang keindahan bumi, nikmat yang banyak tak terhingga, air yang cukup banyak.’

‘Jika si hamba berzikrullah dalam dirinya sendiri, Daku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika ia mengingati-Ku semasa dalam kumpulan manusia, nescaya Daku mengingatinya dalam kumpulan malaikat, iaitu kumpulan yang jauh lebih baik. Terdapat dua contoh individu. Pertama, insan yang hanya fikiran dan perhatiannya ingin menyebut tentang dirinya sendiri. Keperibadian dirinya, keheroan dirinya, pencapaian, perjalanan dan lawatan, kebodohan sendiri. Terkadang sedemikianlah isi pembicaraan dirinya. Kedua, insan yang kesibukan dan kegundahannya tertumpu kepada menanamkan ‘makrifah’ tentang zat Allah kepada umat. Malah dia tidak berbicara mengenai diri dan peribadinya sendiri. ‘Saat si hamba mengingati-Ku dalam satu kumpulan, Daku mengingatnya dalam kumpulan terbaik.’ (HR Bukhari).

Jika anda menyebut Allah, dan berzikrullah, jika anda mengajar masyarakat tentang zikrullah, nescaya Allah sendiri akan mengingati anda dengan rekod terbaik. Dengan kisah terindah, malah dalam level tertinggi. Oleh yang demikian, Allah akan mencintai si hamba yang bergiat menanam dan menyemai mahabbatullah dalam hati umat manusia. Anda dapati Mukmin seperti ini, sangat dicintai dan disayangi. Masyarakat menjadi tertarik kepadanya, lantaran dia tidak berbicara tentang diri sendiri. Malah pembicaraannya hanya mengenai Allah, al-Maula SWT. Hal ini selaras dengan Hadis Qudsi di atas (.وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ).

Allah, al-Maula SWT dengan segala sifat ketinggian dan keagungan Zat-Nya, sentiasa berinteraksi dengan setiap gerakan dan usaha mengenai Zat-Nya. Dengan ungkapan lain, tindak balas Allah terhadap anda, sebaik saja anda berbicara mengenai cinta Ilahi tentang suatu tajuk, nescaya Allah memelihara anda. Contohnya mengenai sedekah, dua rakaat solat rawatib, ungkapan yang baik, tasbih, ta’zim, kebahagiaan, ketenangan jiwa, nescaya Allah akan memudahkan segala urusan anda. Yakinilah, bahawa Allah SWT, Zat yang Maha agung, yang Maha tinggi, pasti akan memberi respon terhadap anda dengan adanya sebarang gerakan dan langkah menuju kecintaan dan ketaatan Allah.

Sahabat Rasulullah ﷺ, pernah mencabut ‘bulu’ dari pakaian baginda, lantas baginda menadahkan tangan ke langit seraya berdoa (جزاك الله خيراً) ‘Semoga Allah memberi anda balasan baik.’

Termasuk pertanda mukmin, jika seseorang memberi satu khidmat kepadanya, ia akan teringat sepanjang hayat. Jika anda melakukan amal usaha dalam perjuangan terhadap masyarakat boleh jadi dalam tempoh singkat anda akan melupakannya. Justeru Allah SWT dengan sifat kesempurnaan dan keagungannya jika anda melakukan ibadat seperti sedekah, malah sedekah itu akan memadamkan api kemarahan Allah.

‘Bersedekahlah pada awal pagi, kerana bala bencana yang datang tidak berani melangkahi sedekah.’ (HR Baihaqi).

Jika anda melakukan amal contohnya solat sunat dua rakaat, puasa sunat sehari, menghafaz Kitabullah, atau mengajar ilmu, nescaya Allah akan membalas di dunia dan akhirat. Anda akan menerima reaksi. Sebaik anda beramal soleh atau sebarang taqarrub kepada Allah, anda akan mendapati segala sesuatu akan bergerak bagi kemaslahatan anda.

‘Jika anda mendekatkan diri beribadat kepada Allah sejengkal, Daku akan mendekatinya sehesta. Jika ia mendekatiKu sehesta, Daku mendekatinya sedepa. Jika ia datang berjalan, Daku datangi berlari.’ (HR Bukhari).

Sebaik sahaja anda ingin bertaubat kepada Allah, anda akan merasa ketenangan. Sebaik sahaja anda bersedekah, nescaya akan dibalas Allah berlipat ganda. Tak akan berkurang harta lantaran sedekah. Hal ini satu hakikat yang nyata. Jika anda dianggap pemurah, malah Allah lebih pemurah dari anda.

Berinfaklah wahai Bilal, kamu jangan bimbang dengan kekayaan Allah. (HR Tabarani).

Berinfaklah, Kutanggung biayamu. (HR Ibnu Majah).

Demi Allah, pada suatu kali seorang jemaah berada di tempat pengumpulan wang di masjid. Katanya wangnya ada 50 Pounds Syria (SYP). Dia teragak-agak menginfakkannya. Berinfak atau tidak. Jika yang SYP 50 ini diinfakkannya, duit yang baki hanya SYP 5 Pounds lagi. Akhirnya yang SYP 50  ini diinfakkannya juga. Beliau bersumpah, sesudah dua hari dia beroleh SYP 5,000.

‘Berinfaklah, pasti Kutanggung biayamu.’

Pendek kata, sebaik sahaja anda berkeinginan mendekati Allah, anda akan dilimpahi pelbagai limpah kurnia Allah, limpahan taufik, kemudahan, kemuliaan yang tak terkira dan tak terhitung. Golongan arifin akan menikmati kedekatan dengan Allah, kedekatan yang tiada tara.

Saya menanya anda, apakah faktor yang menjadikan si mukmin menelusuri lalaun iman dengan keazaman yang kuat dan tinggi?

Bukan hanya lantaran pemikiran dan idea Islam sesuai dengan logika. Bukan pula kerana Islam mengemukakan perspektif yang tinggi dan agung mengenai alam ciptaan Allah, dan insan.

Justeru, kerana Allah saat anda bertaubat menuju redha Allah, nescaya perinteraksian Allah terhadap anda pasti turut berubah. Di rumah, anda akan menyaksikan persekitaran anda berada pada tahap cinta mahabbah yang tinggi. Si isteri akan mengatakan ungkapan yang belum pernah anda dengar. Isteri akan mengalami perubahan mendasar yang belum pernah berlaku. Jika Allah mencintai anda, Allah akan menabur cinta dalam hati makhluk terhadap anda. Allah akan memudahkan segala urusan anda.

Beginilah selayaknya berinteraksi dengan Allah. Perbaikilah hubungan anda dengan Allah. Bertaubatlah kepada Allah. Belajarlah mencintai Allah. Jika anda cintai makhluk yang akan mati, rugilah anda. Seyogianya anda mencintai Allah yang hidup kekal selamanya, abadi tidak mati. Jika anda mencintai insan yang akan mati, anda kehidupan anda tergadai. Oleh itu, Rasulullah ﷺ pernah menyatakan:

‘Jika saya memilih kekasih, Khalil, tentunyalah kupilih Abu Bakar. Namun beliau tak lebih selaku saudara dan sahabat fillah.’  Alhamdulillah.

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.
(Visited 385 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Khutbah Jumat di Masjidil Haram

Oleh: Ustadz Ahmad Musyaddad Bagi segenap kaum muslimin yang berada di Masjidil Haram dan ingin …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *