Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Kaum Yahudi & Nasrani masuk Islam
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Kaum Yahudi & Nasrani masuk Islam

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

LEMBARAN HIDUP YANG ANEH MENAKJUBKAN

Bismillah, dalam solat fardhu dan sunat, semasa membaca Ummul Kitab (ayat 6-7) si mukmin berdoa agar Allah, al-Mawla SWT membimbingnya untuk menjalani kehidupan dan cara hidup para nabi, siddiqin, syuhada’, dan solihin. Berikut ini dikemukakan kisah solihin yang menarik dijadikan panduan hidup bagi diri (suami / isteri), anak dan ahli keluarga. Sejarah gemilang solihin bagi mukmin yang mengambil iktibar boleh menjadi ubat pelbagai penyakit hati, dan boleh melunakkan hati yang keras membatu, biiznillah.

Pengarang kitab Tabaqat al-Hanabilah berkisah bahawa ulama Hadis kenamaan, ABDUL GHANI AL-MAQDISI (رحمه الله) pernah dipenjara di Baitilmaqdis, Palestina. Pada malam hari beliau bersolat tahajud dengan ikhlas.
Dalam penjara terdapat tahanan dari kaum Yahudi dan Nasrni. ABDUL GHANI solat hingga pagi hari. Beliau solat dalam tangisan, atau menangis sambil solat. Pada pagi hari kaum Yahudi dan Nasrani menatap wajah hamba mukmin yang soleh ini; ahli ibadat yang ikhlas dan tulus. Lantas mereka menjumpai petugas penjara sambil merayu ‘Bebaskanlah kami, kami ingin memeluk Islam. Kami ingin memeluk agama yang dianut lelaki ini.’

Penjaga bertanya ‘Apa sebabnya? Adakah orang ini mengajak kamu memeluk Islam?’ Mereka menjelaskan ‘Orang soleh ini tidak ada mengajak kami masuk Islam. Tadi malam kami bersamanya, menyaksikan ibadat dan tangisannya. Hal ini mengingatkan kami dengan ‘Hari Kiamat.’

Pengajaran Tersirat Dibalik Yang Tersurat
1.Perlunya hidup bermuhasabah diri.
2.Buah manis lingkungan yang soleh dan kondusif.
3.Buah manis belajar dari amalan dan akhlak solihin.
4.Iman dan keyakinan boleh mencipta keajaiban dan keanehan.
5.Terbukanya pintu hidayah bagi si hamba yang dipilih Allah.
6.Bagaimana keikhlasan dan mujahadah solihin berqiyamullail?
7.Dakwah bilhal atau bilisanil hal mendatangkan kesan yang luar biasa.
8.Saat mendekati hamba yang soleh, rahmat Allah turun dan menyerap.
9.Kaitan dan jalinan ibadah khusyuk dan mujahadah tidak dapat terpisah.
10.Lumrah kehidupan dan perjuangan ahli ilmu diwarani pelbagai cobaan hidup.
11.Kejernihan dan potensi fitrah suci menjadi jelas dengan manyaksikan kelakuan.
12.Percaya kepada kematian dan ‘Hari Pembalasan’ memberi pengaruh yang besar.
13.Kesan raut muka dan wajah para solihin (menghidupkan hati yang mati dan ketandusan).
14.Dalam hal berinteraksi dengan Kalamullah perlu mengikut dan mencontohi amalan solihin.
15.Kesan ibadat pada waktu malam khasnya waktu Sang Maha Pencipta turun ke langit pertama.
16.Permasalahan hati (qalbu) adalah perkara utama dalam menyelesaikan segala kerumitan dan kekusutan.
17.Kesan solat, zikir, tilawah, tadabur sangat luar biasa dalam hal melenyapkan kekerasan dan kekotoran hati.
18.Kombinasi, solat, tilawah, tadabbur, doa, dan tangisan (solat ikut Sunnah Nabawi), adalah agenda mukmin.
19.Belenggu dosa, penjara nafsu, perdaya syaitan dan cinta dunia jauh lebih berbahaya daripada penjara ‘penguasa.’
20.Para solihin tetap meraih peluang beramal soleh dan beribadat dalam setiap kondisi walaupun dalam penjara ‘penguasa.’

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.
(Visited 101 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

ETIKA MENDENGAR, KAEDAH ‘8-M’ (Tafsir Qurtubi 11/176)

Bersama Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis (غفر الله له ولوالديه وللمؤنين). Menurut Imam Qurtubi, Ibnu …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *