Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Menentukan Pilihan Terbaik
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menentukan Pilihan Terbaik

Oleh: Dr. H. Ahmad Asri Lubis

Dalam Hadis Saheh Bukhari, sahabat kenamaan Ali bin Abi Talib (كرّم الله وجهه) berpesan,

«أَلا إِنَّ الدُّنْيَا قَدِ ارْتَحَلَتْ مُدْبِرَةً، وَالآخِرَةُ مُقْبِلَةً، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهَا بَنُونَ فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ، وَلا تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا، الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلا حِسَابٌ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلا عَمَلٌ»

Pelajaran & Iktibar:

  1. Dunia semakin pergi menjauh, malah akhirat semakin tiba mendekat. Usia semakin susut setiap hari. Kematian semakin mendekati anda. Maut tidak menunggu taubat. Maka sesalilah dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna. Dalam hal ini Abdullah bin Umar (رضي الله عنهما) berujar:‘Jika anda berada pada pagi hari, jangan kira usia anda sampai petang. Sebaliknya, jika anda berada pada waktu petang, jangan sangka anda akan hidup sampai pagi harinya. Rebutlah peluang beramal semasa sihat sebelum sakit, beramallah waktu hidup sebelum mati.’ (HR. Bukhari).
  2. Masing-masing keduanya ada warga atau penggemar tersendiri. Justeru anda hendaklah menjadi warga akhirat Secara garis besarnya, manusia dua kategori. Warga akhirat dan warga dunia. Warga akhirat selalu ingat kematian, alam kubur, dan pelbagai episod sesudahnya. Dekatilah si mukmin yang menjadikan anda sering memikirkan keakhiratan. ‘Tidak kah manusia sedar, bahawa Allah sentiasa memantau perlakuannya’ (maksud peringatan Allah ayat 15, QS, al-Insyiqaq). Warga akhirat ‘mengimani hal yang ghaib’ (QS, al-Baqarah, 3). Si mukmin yang mengimani hal yang ghaib sentiasa meraih keampunan Allah SWT. Ia sentiasa bertaubat, malah beroleh doa keampunan (QS, al-Mulk, 12), didoakan oleh para malaikat pemikul ‘Arasy (Surah Ghafir, ayat 7-9). bahkan saat akan meninggal dunia ia akan didatangi, malah dihibur dan diberi motivasi oleh malaikat (QS, Fussilat, 30-32; al-Fajr: 27-30), tiada sebarang kegundahan dan kebimbangan pada hari berbangkit (QS, al-Anbiya’: 103).
  3. Janganlah menjadi warga dunia. Warga dunia yang diingatnya hanyalah makan tidur, kerja, wang, keluarga, kenderaan, kediaman, dan pelbagai keperluan jasadi. Tatanan kehidupan mereka tidak atau kurang memikirkan faktor kerohanian. Adakah rohaninya ketandusan dan kegersangan? Hal ini tidak menjadi perhatian. Jauhilah manusia dan media yang menjadikan perhatian anda hanya keduniaan. Jauhilah faktor dan manusia yang mengalihkan perhatian anda dari ‘Hari Pembalasan’ (QS, Taha: 15-16). Kepahitan dan penyesalan yang akan membebani warga dunia dinyatakan dalam Kitabullah, sama ada saat perpisahan roh dengan jasad (QS, al-Mukminun: 99-100; al-Munafiqun: 10) atau pada Hari Pembalasan (QS, al-Mulk: 19; al-Inshiqaq: 10-15).
  4. Hari ini amal tanpa hisab, esok hisab tanpa amal. Era dunia negeri amal, beramallah sebanyak mungkin. Kautlah sebanyak-banyaknya kekayaan dan asset akhirat. Rebutlah amal singkat nilai berlipat. Malah raihlah amalan berkekalan nilainya setelah anda terbaring kesepian dalam liang lahad. Dekatilah rumah Allah, lubuk dan ladang amal yang tiada tara. Bacalah Kitabullah agar dosa anda terhapus, dan hati anda terawat dengan baik, kekosongan rohani terpenuhi. Jangan biarkan rumah anda menjadi kubur lantaran penghuninya hidup lalai dari zikrullah.
  5. Esok hisab tanpa amal. Era akhirat negeri hisab. Di sana tak ada kesempatan beramal. Kebanyakan manusia menyesali sikap dan kecuaiannya semasa di negeri amal, lantaran ternyata hisabnya susah (QS, al-Insyiqaq:10-13; al-Kahf: 49), kebaikan sedikit, kebaikan terhebah (Hadis si muflis), malah kebaikan hangus sedemikian rupa (Hadis Thauban) dll.

Doa Nabawi, Agar Meraih Taraf Nafsu Muthmainnah

«اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةٌ، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ»

Ya Allah, kurniailah diriku agar memperoleh nafsu muthmainnah: mengimani hari pertemuan dengan-Mu, meredhai ketentuan-Mu, dan qana’ah (senang hati) menerima pemberian-Mu (HR Tabarani).

(Manhajuna/IAN)

(Visited 54 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Lantunan Istimewa Ramadhan

Oleh: Ustadz Faris Jihady, Lc Ramadhan dan Al-Quran, dua kata yang sangat akrab, hubungan antar …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *