Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Mengenal Status Diri Anda
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Mengenal Status Diri Anda

Oleh: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

Imam Hasan Basri (رحمه الله) berujar:

لَوْلَا الْعُلَمَاءُ لَصَارَ النَّاسُ كَالْبَهَائِمِ

“Jika bukan kerana ulama justeru keadaan manusia persis seperti binatang.”

LEMBU hanya mencari keperluan biologi: makan, tidur, istirahat, mencari kerja mencari sesuap nasi, kemudian makan-minum, saat malam berlabuh haiwan ini berehat, bergaul dengan pasangan dan kelompok masing-masing.

Namun jika ‘A’ bergiat menyisihkan masanya sejenak duduk menikmati majlis ilmu bersama ulama, majlis zikir, solat berjamaah dan sebagainya, bagi mengisi sisi kehidupan rohani, di sinilah perbezaan ‘manusia’ dengan ‘lembu.’ Subhanallah

Allah memperingatkan,

ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

“Biarkanlah mereka, makan dan besenang-lenang, hanyut dibuai angan-angan. Namun kelak mereka akan menyedarinya.” (QS, al-Hijr: 3).

Allah juga memperingatkan,

وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ

“Mereka yang kufur ini hanya makan-minum, dan bersenang-senang persis laksanan binatang ternak. Namun nerakalah kediaman mereka kelak.”(QS, Muhammad:12).

Maka harga diri manusia dapat diukur mengikut kedekatan hatinya dengan ‘ulama.’ Ulama biasanya akan bergiat membimbing manusia mejalankan risalah atau mesej mulianya sebagai ‘hamba’ dan ‘khalifah’ Allah. Agar individu hidup selaku manusia yang soleh dan solehah.

Manusia yang hanya menjadi hamba keperluan jamsmani atau biologi tidak banyak berbeza dengan makhluk yang bernama ‘lembu’ tadi. Justeru Kalamullah sejak awal telah memberi peringatan agar si mukmin jangan hanya hidup seperti binatang ternak. Begiatlah memperbaiki status dan harga diri anda.

﴿وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Sungguh Allah telah memperuntukkan bagi habuan neraka Jahannam, ramai dalam kalangan jin dan manusia. Mereka ada qalbu tapi tidak untuk memahami. Mata bukan untuk melihat, telinga juga bukan untuk mendengar peringatan Allah. Mereka yang sedemikian persis seperti binatang ternak. Malah jauh lebih sesat. Mereka inilah ahlul ghaflah, manusia yang lengah dan lalai.(QS, al-A‘raf:179).

Menghormati ahli ilmu,

Menghormati para ulama adalah dengan mendoakan mereka. Menyanjung perjuangannya. Menanya perihal dan keadaan mereka. Memantau dan mengawasi perihalnya. Menziarahi mereka. Menimba ilmunya. Menyebarkan buah fikiran dan gagasan mereka. Membela mereka. Menasihatinya jika perlu. Menyokong perjuangan mereka atas dasar kebaikan dan ketakwaan. Memuliakan kedudukan dan darjat para ahli ilmu pada sisi masyarakat awam dan khas.

(Manhajuna/IAN)

(Visited 1.006 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Realitas Peristiwa Hari Kiamat yang Pasti

Oleh: Prof. Dr. Syeikh Muhammad Ratib Nablusi (أكرمه الله وأسعده) Alih bahasa: Ahmad Asri Lubis …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *