Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Menuju Ramadhan 1439 H Berkualitas & Cemerlang
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menuju Ramadhan 1439 H Berkualitas & Cemerlang

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Bulan Ramadhan adalah satu peluang emas yang sangat mahal. Beginilah seharusnya sikap dan keyakinan penganut Islam. Demikianlah sikap dan kepercayaan golongan salaf yakni generasi awal radhialllahu ‘anhum. Bagi mereka Bulan Ramadhan bukan hanya semata-mata salah satu bulan di antara bulan yang duabelas. Malahan bulan yang mulia ini menempati tempat yang istimewa di hati mereka. Hal ini terbukti dari peristiwa yang mereka lakukan untuk menanti-nanti bulan Ramadhan, penghormatan mereka terhadap bulan mulia ini, dan munajat mereka kepada Allah agar usia mereka dilanjutkan hingga ke bulan Ramadhan (yang dinanti-nanti kedatangannya). Hal ini adalah kerana hamba mukmin menyedari keutamaan, kemuliaan dan kedudukan bulan mulia ini di sisi Allah swt. Ikutilah apa yang pernah dikatakan oleh Ma’la bin Fadhal, katanya “Generasi awal (yakni para sahabat Rasul saw) berdoa kepada Allah selama enam bulan (sebelum bulan Ramadhan) agar usia mereka dilanjutkan hingga ke bulan Ramadhan. Kemudian  setelah (bulan Ramadhan)  mereka berdoa selama enam bulan lagi agar Allah menerima ibadat yang telah mereka lakukan di bulan Ramadhan”. Yahya bin Abi Kastir berkata “Termasuk doa generasi awal ialah

اَللَّهُمَّ سَلِّمْنِي إِلَى رَمَضَانَ ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ لِي رَمَضَانَ ، وَتُسَلِّمُهُ مِنِّي مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, serahkanlah diriku kepada bulan Ramadhan. Ya Allah serahkanlah kepadaku bulan Ramadhan. Terimalah Ramadhan daripadaku dengan penerimaan yang baik”.

Doa agar dilanjutkan usia hingga bulan Ramadhan (yang ditunggu-tunggu); dan persiapan untuk menanti kedatangan bulan Ramadhan adalah salah satu sunnah dan amalan Rasulullah saw. Imam Thabarani meriwayatkan daripada Anas ra, daripada Rasulullah saw, bahawa saat Baginda memasuki bulan Rejab, Baginda berdoa:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

“Ya Allah, berilah kami keberkatan di bulan Rejab dan Sya’ban. Dan lanjutkanlah usia kami hingga ke bulan Ramadhan”.

Aisyah, Ummul Mukminin radhallahu ‘anha mengkisahkan perihal Rasulullah saw dan persiapan Baginda untuk menyambut bulan Ramadhan, beliau berkata “Terkadang Baginda puasa sebulan penuh di bulan Sya’ban. Terkadang Baginda tidak puasa pada bulan Sya’ban melainkan beberapa hari sahaja”.

*  *  *

Demikianlah serba sedikit mengenai persiapan dan sambutan generasi awal terhadap bulan Ramadhan. Sekarang bagaimana pula dengan persiapan yang sepatutnya kita lakukan ?.

Saudara, saya telah cuba menghimpunkan beberapa pendapat yang menurut hemat saya sangat penting sekali (kita terapkan) untuk menyambut bulan Ramadhan. Boleh jadi ada pendapat lain yang lebih utama daripadanya. Namun tetapi buah fikiran saya ini adalah hidayah dan petunjuk daripada Allah. Harapan saya semoga Allah memberi saya dan anda manfaat daripadanya. Gagasan yang dimaksudkan ialah:

  • Mengikhlaskan dan memperbetulkan niat.
  • Melakukan taubat dengan betul.
  • Memanfaatkan masa dengan tepat.
  • Membaca dan mempelajari hukum hakam puasa.
  • Mengurangkan makanan setakat yang boleh.
  • Melatih diri melakukan puasa, qiyamullail, membaca Al-Quran, zikir dan sedekah.

(Bersambung…)

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 72 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Hukum Puasa Syawal

Apa hukumnya puasa enam hari bulan Syawal, apakah wajib? jawaban : Puasa enam hari bulan …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *