Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Menyingkap Hikmah Dibalik Corona
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menyingkap Hikmah Dibalik Corona

Oleh: Prof. Dr. Muhammad Ratib Nablusi (حفظه الله تعالى)

Alih bahasa: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد، وعلى آل بيته الطيبين الطاهرين، وعلى صحابته الغر الميامين، أمناء دعوته، وقادة ألويته، وارض عنا وعنهم يا رب العالمين

Ungkapan kata bila disebut dan disorot berulang kali tentu ada variasinya. Namun bukan kerana bencana ini yang skopnya memang besar. Dan bukan pula kerana ketiadaan pendekatan yang dapat menyekat wabak ini. Bukan, hanyalah Allah yang mampu menyekat bencana ini.

  • Hakikat yang pahit boleh jadi beribu kali jauh lebih baik dari fatamorgana yang menyenangkan.

Justeru memang terdapat masalah virus pada hari ini sangat susah untuk difahami, hanya menerusi kaedah umum nilai agama Islam yang agung.

Termasuklah,

  • Segala sesuatu yang berlaku adalah dengan iradat Allah.
  • Segala yang dikehendaki Allah pasti berlaku.
  • Iradat Allah mesti berhubung kait dengan hikmah secara mutlak.
  • Hikmah yang mutlak berhubung kait dengan kebaikan mutlak.
  • Namun, iradat Allah berkenaan dengan bencana ini.
  • Bukan bermakna Allah yang menyuruhnya, hanya Allah memberi laluan.

Dua perkara ini memang berbeda. Ada sesuatu yang memang Allah tidak meridhainya, tapi kehendak  Allah lantaran berkenaan dengan hikmah yang besar. Oleh yang demikian kebaikan yang mutlak adalah mengenai tajuk keagamaan. Apa yang jelas bahawa kejahatan yang mutlak, atau Kejahatan demi kejahatan, tidak ada dalam alam ini, kerana sungguh bertentangan dengan kewujudan Zat Allah. Pada milik Allah, yang ada hanya kebaikan belaka.

  • Dikau beri kekuasaan kepada mereka yang Engkau kehendaki, Engkau cabut kekuasaan dari mereka yang Engkau kehendaki. Dikau muliakan mereka yang Engkau kehendaki. Dikau hina mereka yang Engkau kehendaki. Pada sisi-Mu yang ada hanya kebaikan belaka(QS, Ali Imran: 26). Tidak disebutkan kejahatan.

Allah juga memperingatkan,

  • Boleh jadi kamu membenci sesuatu, justeru itulah yang terbaik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, malah tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui justeru kamu tidak tahu (QS, al-Baqarah: 216).

Adapun hikmah wabak ini, jelasnya disebutkan Allah dalam al-Qur’an,

  • Pasti kami akan merasakan kepada mereka azab dunia, belum lagi azab akhirat. Agar mereka kembali ke jalan yang benar. (QS, al-Sajdah: 21).
  • Sebenarnya, Allah menjadikan umat manusia untuk menikmati syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi. Alasannya ialah,
  • Selain hanya mereka yang diberi rahmat oleh Allah, untuk itulah mereka dicipta oleh Allah. (QS, Hud: 119).

Maka tatkala umat manusia terkeluar dan lari dari jalur ajaran Allah, tentu mesti perlu ditangani (معالجة). Sungguh sangat agung dan mulia pengertian musibah dalam agama Islam. Oleh yang demikian, para penguasa yang kuat di bumi ini pada masa ini, pilihan yang ada pada mereka sangat terbatas. Justeru pilihan Allah yang Maha agung tiada had, malah mutlak. Oleh yang demikian Allah memperingatkan,

  • Ingatlah, penciptaan dan segala urusan makhluk adalah milik Allah. Maha Agung Allah penguasa alam semesta. (QS, al-A’raf: 54).
  • Allah mencipta segala sesuatu. Allah juga Maha Menjaga segala-galanya. (QS, al-Zumar: 62).
  • Tampuk urusan langit dan bumi adalah milik Allah. (QS, al-Syura: 12).

Point yang sangat penting sekali ialah,

  • Setiap musibah yang menimpa pasti seizin Allah. Si hamba yang beriman akan dibimbing Allah untuk menyingkap hikmahnya (QS, al-Taghabun:11).

Akhir kata:

  • Keunggulan diri jika memiliki ma’rifah untuk mengenali Allah.
  • Dan agar kita istiqamah dengan perintah Allah.
  • Seterusnya kita bergiat menabur ihsan dalam kalangan manusia.
  • Dengan demikian, kita semua akan terselamat dunia akhirat.

Dengan kata lain, Punca bala turun adalah dosa manusia. Bala hanya akan terangkat dengan taubat.

(Manhajuna/IAN)

(Visited 39 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Khutbah Jumat di Masjidil Haram

Oleh: Ustadz Ahmad Musyaddad Bagi segenap kaum muslimin yang berada di Masjidil Haram dan ingin …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *