Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Hadist / Menyingkap Makna Tasbih Yang Sangat Agung
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menyingkap Makna Tasbih Yang Sangat Agung

Oleh: Prof. M. Ratib Nablusi (حفظه الله)

Alih bahasa: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ

 ‘Segala isi langit dan isi bumi bertasbih kepada Allah.’ (QS, al-Taghabun: 1).

Imam Shafi‘i (rahimahullah) menegaskan,

«فَعَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَنْ يَتَعَلَّمَ مِنْ لِسَانِ الْعَرَبِ مَا بَلَغَهُ جُهْدُهُ، حَتَّى يَشْهَدَ بِهِ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ،

وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَيَتْلُوا بِهِ كِتَابَ اللَّهِ، وَينْطِقُ بِالذِّكْرِ فِيمَا افْتُرِضَ عَلَيْهِ مِنَ التَّكْبِيرِ،

وَأُمِرَ بِهِ مِنَ التَّسْبِيحِ وَالتَّشَهُّدِ وَغَيْرِ ذَلِكَ».

Setiap Muslim wajib belajar bahasa Arab mengikut kemampuannya. Sehingga dengan bahasa Arab lah ia dapat mengetahui Dua Kalimah Syahadah, ia memahami maksud Kitabullah. Dengan bahasa Arab juga ia dapat menuturkan dan memahami kalimah-kalimah takbir, tasbih, tasyahud, dan lain-lain yang diwajibkan ke atasnya [terutama semasa solat] (Shafi‘i, 1385H / 1940M: 1/43).

Ungkapan tasbih, subhanallah, satu ungkapan yang sangat besar dan agung. Bermaksud bahawa anda:

  • Mentanzihkan dan mensucikan Allah dari segala sifat yang tak layak bagi Allah.
  • Anda menyakini Allah memiliki segala sifat kamalat dan kesempurnaan yang layak bagi Allah.
  • Malah anda taat setia dan tunduk kepada Allah.

Dalam pada itu, Allah SWT menyatakan bahawa al-kaun, segala alam ciptaan Allah, atau segala yang ada di langit dan di bumi, segala sesuatu selain Allah, semuanya bertasbih kepada Allah. ‘Segala isi langit dan bumi’ ini adalah satu ‘Istilah Qur’ani’ yang bermaksud al-kaun, segala sesuatu selain Allah. Semuanya bertasbih memuji Allah. Segala makhluk ciptaan dalam segala level. Segala-galanya secara am. Malah segala zarah atau molekul juga bertasbih.

وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ

‘Segala-galanya bertasbih kepada Allah. Malah kamu tidak mengerti tasbihnya.’ (QS, al-Isra’: 44).

Segala molekul bertasbih, bertahmid, dan tunduk kepada Allah.

وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

‘Kelak umat manusia akan menggugat kulit badan mereka. Mengapa kamu mengemukakan kesaksian menentang kami. Kulit badan menyatakan ‘Allah lah yang membuat kami boleh berbicara. Justeru Allah menjadikan segalanya mampu berbicara. Allah juga lah yang menciptakan kamu sejak pertama kali, hanya kepada Allah semua kamu akan dikembalikan.’ (QS, Fussilat: 21).

Kandungan ayat ini membuktikan bahawa kulit badan adalah termasuk al-kainat, makhluk ciptaan Allah.

Hal ini bermaksud bahawa kulit badan terdiri dari sel-sel. Setiap sel adalah makhluk yang bertasbih. Malah kulit badan ini akan bersaksi kelak di hadapan Allah.

‘Mengapa kamu bersaksi menyalahkan kami?’ (QS, Fussilat: 21).

Hakikat ini bermaksud bahawa pada level atom pun makhluk ini bertasbih kepada Allah, al-Maula SWT. Pada ujung clip atau stypler ada berapa banyak atom? Berpuluh juta atom. Lantas dalam alam semesta ini ada berapa banyak atom. Setiap atom bertasbih kepada Allah.

Nah, makna Kalamullah

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ

‘Segala isi langit dan isi bumi bertasbih kepada Allah.’ (QS, al-Taghabun: 1).

Maksudnya, bertanzih, bertamjid, dan taat setia secara total. Selain hanya umat manusia. Semuanya mensucikan, mengagungkan dan patuh secara total.

Umat manusia, yang diciptakan segala isi langit dan bumi bagi kemudahan dan bagi kemaslahatannya, merekalah yang lengah dari bertasbih. Mereka yang tidak taat setia.

Manusia adalah makhluk cipataan Allah nomor satu yang bagi kemaslahatan mereka dicipta segala isi langit dan bumi; makhluk yang mulia dan dimuliakan,

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ

وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً

Sungguh Kami memuliakan anak Adam. Kami mudahkan bagi mereka menaiki kenderaan di darat dan di laut. Kami beri mereka aneka rezeki yang lezat. Malah, Kami beri mereka keutamaan yang istimewa ke atas kebanyakan makhluk yang lain. (QS, al-Isra’: 70).

Makhluk pertama yang diberi taklif yang mulia,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Kuciptakan jin dan manusia hanya agar mereka menjalankan tugas ubudiyah, untuk beribadah kepada-Ku. (QS, al-Zariyat:56).

Makhluk yang diberi segala kemudahan, makhluk yang dimuliakan, menyandang tugas khilafah (QS, al-Baqarah: 30), menyandang tugas imarah (QS, Hud: 61), justeru makhluk inilah yang ingkar dan degil dan menyalahi aturan Allah (QS, al-Ahzab: 72).

Insan yang tidak bertasbih adalah insan yang tidak normal. Menyalahi semua makhluk. Di sinilah terletaknya makna yang penting dalam ayat pada awal surah ini

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ

‘Segala isi langit dan isi bumi bertasbih kepada Allah.’ (QS, al-Taghabun: 1).

Pada ayat ini terdapat pengertian yang mendalam.

Sebagai contoh, untuk lebih jelas, ada seorang pelajar di sekolah. Pelajar ini belum menyelesaikan tugas sekolah yang diberikan guru. Lalu sang guru berkata,

‘Semua pelajar sudah melaksanakan tugas mereka. Hanya kamu yang belum.’

Ungkapan ini jelas satu celaan dan tamparan bagi pelajar tersebut. Semua pelajar tanpa kecuali telah menyelesaikan tugas masing-masing. Hanya kamu sahaja yang belum.

Maka makna yang terkandung dalam ayat ini bahawa insan yang tidak bertasbih, tahap dan kedudukannya adalah jauh dibawah makhluk-makhluk yang lain. Padahal makhluk-makhluk ini tahap atau martabatnya jauh lebih rendah dibandingkan dengan anak Adam.

(Manhajuna/IAN)

(Visited 174 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%

Kajian Kisah Sholihin MASIH terasa segar kisah fakta yang terjadi lebih dua dasawarsa berlalu, persisnya …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *