Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Singsingkanlah Lengan Bajumu! Bersama Syeikh DR. Ratib Nablusi
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Singsingkanlah Lengan Bajumu! Bersama Syeikh DR. Ratib Nablusi

Oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Setelah malam berakhir yakin dan percayalah fajar akan menyusul. Usia yang panjang penghujungnya adalah tanah perkuburan. Demi Allah, insan yang paling tolol di muka bumi ini ialah yang tidak menjadikan ‘Allah dan maut’ dalam perhitungan dan prioritas utamanya.

Tanda si Mukmin yang benar ialah yang mendambakan Allah SWT dan negeri akhirat. Saat ‘kematian dan kepergian dari alam fana’ ini tetap diletakkan dalam perkiraannya. Malah ia hanya bergiat mencari redha Allah ‘Azza wa Jalla.

Saya (Syeikh Nablusi) pernah masuk ke rumah salah seorang Jemaah. Tuan rumah berkisah bahwa keluasan rumah tersebut 400 meter. Beliau bercerita mengenai perihal dan keadaan rumahnya termasuk perabot, hiasan dinding dan sebagainya. Segala kehidupannya tertumpu untuk rumah kesayangan.

Jibril pernah menemui Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) seraya berujar:

يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِىٌّ بِهِ وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مُفَارِقُهُ وَاعْلَمْ أَنَّ شَرَفَ الْمُؤْمِنِ صَلَاتُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ اسْتِغْنُاؤُهُ عَنِ النَّاسِ (رواه الطبرانى)

Artinya: Wahai Muhammad, hiduplah sesuka hatimu, namun yang jelas engkau akan mati. Berbuatlah sesuka hatimu engkau akan dibalas. Cintailah insan kesayanganmu engkau pasti akan berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa derjat kemuliaan si mukmin adalah jika ia berqiyamullail. Kemuliaan individu ialah saat ia tidak menggantungkan hajatnya kepada insan. (HR Tabarani).

Segala pangkat kedudukan di dunia akan berakhir saat panggilan maut telah tiba. Malah maut melenyapkan tenaga si kuat, harta benda si kaya, kesusahan si fakir, kedhaifan si lemah, paras muka si cantik, kecacatan si jelek, keilmuan si pintar, maut merampas segala-galanya.

Segala jenis penyakit jasmani berakhir saat maut sudah tiba. Justeru pelbagai penyakit hati akan bermula saat babak kematian menjelma. Malah dalam alam baqa penyakit hati akan membinasakan insan buat selama-lamanya.

Walau betapa kronik sekalipun semua penyakit jasmani akan sirna saat maut telah datang. Namun penyakit rohani akan memusnahkan insan hingga ke alam baqa. Termasuk lah sifat kibir, permusuhan, penipuan, dan lain lain. Penyakit rohani ini akan membinasakan insan tanpa had masa.

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ، إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Artinya: Pada hari itu harta benda dan anak pinak tak berguna lagi. Selain hanya si Mukmin yang menghadap Allah dengan qalbun salim. (QS, al-Syu’ara’: 88-89).

Oleh itu maka qalbun salim (قلب سليم) adalah anugerah pemberian Allah yang teragung dan termahal. Orang bijak bestari melihat bahawa qalbun salim ialah hati yang tidak tergiur kepada selain redha Allah. Tak mahu menerima khabar berita yang bercanggah dengan wahyu Allah. Qalbun salim ialah yang dalam segala hal hanya merujuk kepada hukum-hakam Allah. Hati yang hanya ingin mengabdi kepada Allah.

Pangkat kedudukan di dunia tak bermakna sama sekali, semuanya akan sirna sekejap mata. Berbeza dengan kedudukan di negeri akhirat, memang sepatutnya menjadi rebutan.

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَهَرٍ، فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقْتَدِرٍ

Artinya: Sungguh ahli taqwa berada dalam aneka syurga dan aneka sungai minuman. Malah berada dalam kedudukan mulia maq’ad sidqin pada sisi Maha Raja Gagah Perkasa (QS, al-Qamar: 55).

Tahniah lah bagi si Mukmin yang meraih kedudukan mulia ini pada sisi Sang Maha Raja Gagah Perkasa. Rebutlah hajat keperluan anda dengan jiwa yang mulia. Segala sesuatu berjalan mengikut ketentuan tersendiri. Bagi si Mukmin pada sisi Allah tersedia kedudukan yang tinggi. Inilah hakikat pencapaian agung yang direalisasikan insan di dunia yang fana ini.

Foto diambil dari: https://heruprasojo.files.wordpress.com/2011/01/love-allah.jpg

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.
(Visited 914 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Jadikan Orang Tuamu Raja, Maka Rezekimu Seperti Raja Juga

Oleh: Ustadz Satria Hadi Lubis Manhajuna.com – Sukses memang impian semua orang yang ada di …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *