Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Bersama Muslimah Ahlul Jannah
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Bersama Muslimah Ahlul Jannah

Oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis

Nafisah Binti Al-Hasan bin Zaid bin Al-Hasan
bin Ali bin Abi Talib Radhiallahu ‘Anhum
(145-208 Hijrah)

Firman Allah swt:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً (97) النحل .

Barangsiapa beramal saleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman maka sungguh akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. (QS al-Nahl, ayat 97).

Beliau adalah (نفيسة بنت الحسن بن زيد بن الحسن بن علي بن أبي طالب رضي الله عنهم وعنا أجمعين), kisah ini dipetik dari ensikopedia khas mengenai tokok wanita Islam bertajuk A’alam al-Nisa’ (أعلام النساء), karya Umar Redha Kahhalah.

Nafisah termasuk dalam golongan tokoh yang rajin beribadat, beramal saleh, bersifat zuhud dan wara’. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 145 Hijrah dan dibesarkan di Madinah Munawarah. Nafisah berangkat ke Mesir bersama suaminya Ishak bin Ja’far al-Sadiq. Ada yang berpendapat bahawa kepergian beliau ke Mesir adalah bersama ayahnya Al-Hasan yang dilantik menjadi Govner di Mesir bagi pihak Khalifah Abu Ja’far al-Mansur (136-158 H / 754-775M). Al-Hasan menjalankan tugas sebagai gobener selama lima tahun. Khalifah lalu memecatnya dan merampas semua hartanya dan memenjarakannya. Di Baghdad. Al-Hasan tetap meringkuk di penjara sehingga al-Mansur wafat. Setelah Khalifah al-Mahdi (158-169 H / 755-785 M) mulai berkuasa, al-Hasan dibebaskan dan semua harta beliau dikembalikan semula.

Nafisah termasuk dalam gologan hafal al-Quran dan tafsirnya. Diceritakan bahawa ketika Imam Syafie RA. berkunjung ke Mesir beliau sempat menjumpai Nafisah dan mendengar kuliah Nafisah. Nafisah adalah seorang yang kuat menangis lantaran takutkan Allah. Tetap melakukan qiyamulail dan puasa di siang hari. Dalam tiga hari tiga malam beliau hanya makan sekali sahaja. Beliau tidak makan kecuali bersama suaminya. Semasa mengerjakan haji beliau mengangis bersangatan dan bergayut di kelambu Ka’abah sambil berkata:Oh Tuhanku, berilah aku kesenangan, berilah aku kegembiraan iaitu dengan menjadikan aku ini golongan yang engkau redhai.

Zainab binti Yahya al-Mutawwaj pernah berkisah: Aku pernah berkhidmat untuk ibu saudaraku, Nafisah, selama 40 tahun. Aku tak pernah melihatnya tidur malam dan tak pernah menyaksikannya makan minum di siang hari. Aku (Zainab) bertanya. Tidakkah kamu menaruh belaskasihan terhadap dirimu sendiri? Nafisah menjawab: Bagaimana aku akan belaskasihan terhadap diriku sedangkan dihadapanku ada berbagai rintangan ( عقبات) yang tidak mungkin mampu menembusinya selain hanya gologan al-Faizin (yang mencapai kejayaan).

Basyar bin al-Haris al-Hafi pernah melawat Nafisah. Pada suatu ketika Basyar jatuh sakit Nafisah datang menjenguknya. Ketika Nafisah berada di samping Basyar tiba-tiba Imam Ahmad bin Hanbal datang pula menziarahi Basyar. Imam Ahmad bertanya kepada Basyar: Siapakah wanita ini? Basyar menjawab.Dia adalah Nafisah. Lalu Imam Ahmad berkata kepada Basyar, mintalah kepada Nasifah supaya ia mendoakan kita. Lalu Basyar pun meminta Nafisah mendoakan mereka semua. Lalu Nafisah berdioa: Ya Allah, sesungguhnya Basyar bin al-Haris dan Ahmad bin Hanbal memohon perlindungan-Mu dari api neraka, berilah mereka perlindungan wahai Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Nafisah adalah seorang hartawan yang suka menolong orang sakit, orang yang menghadapi penyakit kronik dan penderita penyakit kusta. Nafisah juga memperlihatkan sifat permurah dan baik hatinya kepada Imam Syafii’ sewaktu beliau berada di Mesir. Barangkali Nafisah pernah berimamkan Imam Syafii’ dalam solat . Sewaktu Imam Syafii’ wafat, Nafisah meminta supaya jenazah beliau dibawa ke tempatnya lalu menyembahyangkannya.

Diceritakan bahawa seorang penguasa Mesir bernama Ahmad bin Tolon (Ibnu Tolon) pernah berkuasa secara zalim. Penduduk negeri itu pergi menghadap Nafisah lalu mengadukan perihal Ibnu Tolon. Nafisah bertanya kepada mereka: Bilakah penguasa ini keluar? Penduduk menjawab: Besok. Lalu Nafisah menulis satu lembaran dan mengintai Ibnu Tolon di tengah jalan. Apabila penguasa itu melaluinya, Nafisah memanggil beliau. Ibnu Tolon pun turun dari kenderaannya dengan berjalan kaki setelah mengetahui bahawa yang memanggilnya itu adalah Nafisah. Dia mengambil lembaran itu dan langsung membacanya.

Rupa-rupanya lembaran itu berbunyi:
Anda dilantik sebagai penguasa lalu anda memenjarakan rakyat. Diberi anda pangkat dan kedudukan lalu anda melakukan penindasan dan kekejaman. Diserahkan kepada anda tampuk kekuasaan dan kebijaksanaan lalu anda berlaku zalim. Anda pungut hasil negeri tetapi anda menghalangi rezki sesetengah pihak. Anda berbuat demikian sedangkan anda sendiri tahu bahawa anak panah (doa) di waktu sahur tetap mengena sasarannya dan tak pernah silap. Apalagi (doa rintihan ) hati mereka yang anda sakiti. Atau keluhan mereka yang rezki mereka anda halangi atau insan yang jasad mereka anda tidak berpakaian disebabkan perlakuan anda. Adalah mustahil jika orang yang dizalimi mati sedang orang yang menzalimi hidup kekal. Berbuatlah sekehendak hatimu, kami akan tetap tabah dan sabar. Berlaku curanglah, kami akan minta perlindungan Allah. Berbuat kezalimanlah, kami akan menuntut keadilan di Mahkamah Allah nanti. Ingatlah semua orang zalim akan tahu di manakah tempat kembalinya kelak.

Setelah membaca lembaran itu maka Ibnu Tolon sertamerta menerapkan keadilan.
Setelah Nafisah menetap di Mesir selama tujuh tahun lalu beliau jatuh sakit. Kemudian beliau menulis surat kepada suaminya.
Beliau menggali kubur di rumahnya dengan tangannya sendiri. Beliau sering memasuki kubur itu dan solat didalamnya serta membaca al-Quran sehingga 190 kali khatam. Beliau terus-menerus melakukan ibadat (solat, zikir dan tilawah al-Quran) di dalam kubur sehingga beliau menepuh saat nazak pada tahun 208 H malah pada masa itu beliau berpuasa. Sanak saudara dan sahabat handai beliau memaksanya berbuka puasa namun Nafisah menolaknya sambil berkata Sungguh suatu perkara yang aneh, sejak 30 tahun aku berdoa agar aku menemui-Nya dalam keadaan berpuasa, patutkah aku berbuka sekarang? Kemudian Nafisah membaca Surah al-An’am. Ketika itu waktu suasana malam mulai hening. Sewaktu bacaan beliau sampai ayat yang berbunyi:

لَهُمْ دَارُ السَّلاَمِ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (127) الأنعام .

Buat mereka tersedia Syurga Darussalam di sisi Tuhan, malah Dialah selaku Penolong, Pelindung dan Kekasih mereka, berkat amal saleh yang mereka lakukan (QS, al-An’am: 127).

Beliaupun terus pingsan kemudian Nafisah mengucapkan Kalimah Syahadah dan ruhnya dibawa kehadhrat Allah swt.

Pada hari kewafatan Nafisah, suaminya sampai dan berhasrat membawa jenazah isterinya ke Madinah Munawarah supaya dimakamkan diperkuburan al-Baqi’. Penduduk Mesir menghadap pihak penguasa supaya dapat menukar pendirian Ishak. Malangnya Ishak tetap dengan pendirian kerasnya. Akhirnya penduduk membujuknya dengan harta benda yang cukup banyak sehingga Ishak terpaksa menggunakan unta tunggangannya untuk membawa harta benda tersebut. Walaupun diberi dengan harta yang banyak namun pendirian Ishak masih juga tidak berubah dan ini menyedihkan penduduk negeri itu. Pada keesokan harinya mereka menemui Ishak lagi dan mendapati pendirian Ishak berubah secara total. Penduduk Mesir bertanya apakah yang menyebabkan Ishak berubah fikiran. Ishak lalu menjelaskan bahawa beliau semalam telah bermimpi didatangi oleh Rasulullah SAW dan Baginda berkata kepadanya Pulangkanlah segala hartabenda mereka dan kuburkanlah jenazah Nafisah di negeri Mesir ini.

Ishak mengkebumikan jenazah Nafisah di dalam rumah yang dihuninya yang dulunya bernama Darb al-Siba’. Tempat ini sekarang tidak berpenghuni lagi yang ada hanyalah makam Nafisah.

Kepercayaan penduduk Mesir mengenai tokoh wanita salaf ini memang sangat hebat dan ganjil. Mereka berpendapat berdoa di makam Nafisah sangat mustajab. Imam Zahabi pernah memberi pendapat bahawa katanya beliau tidak ada menemukan atau mendengar sesuatu yang berhubung kait dengan keutamaan tokoh salaf ini. Masyarakat jahil mempunyai kepercayaan yang bercanggah dengan agama mengenai Nafisah. Kepercayaan mereka ada yang membawa kepada syirik, ini kerana ada di kalangan mereka yang sujud dan memohon keampunan di makam Nafisah. Al-Yafii’ seorang tokoh terkemuka mazhab Syafie’ pernah bercerita mengenai makam Nafisah.
Katanya “Saya pernah menziarahi makam Nafisah, di makam ini saya temui golongan yang dianggap alim di kalangan lelaki dan perempuan dan orang yang sihat dan buta. Al-Nazhir (penjaga makam) berdiri menyambut kedatangan saya malah saya tidak menghiraukannya saya langsung menziarahi makam tersebut. Kemudian disampaikan orang keapada saya bahawa Nazhir mencela sikap saya yang sedemikian. Saya langsung menjawab bahawa saya tidak mahu mempercayai apa yang dipercayai golongan jahil mengenai keramat dan keutamaan makam seseorang.

(Manhajuna/IAN)

(Visited 157 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Iyas bin Mu’adz, Delegasi Aus Untuk Quraisy yang Masuk Islam

Manhajuna.com – Pada masa-masa awal dakwah Islam, Rasulullah salalllahu ‘alayhi wa sallam menawarkan Islam kepada …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *