Oleh: Dr. H. Ahmad Asri Lubis
Allah, al-Maula سبحانه وتعالى menguji manusia menerusi dua jenis nafsu ini. Nafsu ammarah, dan lawwamah. Allah, al-Maula سبحانه وتعالى juga memuliakan manusia dengan nafsu muthmainnah. Sebenarnya nafsu ini satu sahaja. Permulaannya nafsu ammarah, kemudian nafsu lawwamah, dan sesudah itu naik menjadi nafsu muthmainnah.
Partner nafsu muthmainnah
Nafsu muthmainnah inilah kemucak kesempurnaan nafsu Mukmin, malah kemuncak kebaikan nafsu juga. Allah, al-Maula سبحانه وتعالى menyokong dan memperkuat Nafsu Muthmainnah dengan pelbagai pasukan tentera. Allah, al-Maula سبحانه وتعالى menjadikan malaikat sebagai Partner atau qarin Nafsu Muthmainnah, dan teman setia yang akan mentadbir dan melaksanakan urusannya, membetulkan perjalanan hidup yang ditempuh. Malaikat sentiasa membawa ilham dan membisikkan “kebenaran” (al-haq) ke atas hamba yang memiliki tahap Nafsu Muthmainnah. Malaikat memberinya dorongan dan motivasi terhadap kebenaran, memperlihatkan gambaran terbaik tentang kebenaran. Dalam pada itu, malaikat juga menghalangi hamba dari perkara batil, menanamkan kebencian dalam dirinya terhadap kebatilan, dan ia memperlihatkan gambaran yang jelas buruk tentang kebatilan. Malaikat memberi kekuatan terhadap hamba yang memiliki Nafsu Muthmainnah dengan berkat pengetahuannya tentang al-Quran dan tentang zikir, dan pelbagai amal kebajikan. Dengan demikian akan bermunculan atau berdatanganlah pelbagai gagasan dan pandangan bernas dan bantuan taufiq dari segenap penjuru. [QS. 41:31-32].
Setiap hal tersebut diterima oleh Nafsu Muthmainnah dengan senang hati, dengan rasa syukur, sambil MEMUJI Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, dan memberinya prioriti yang utama dalam segala hal tersebut, maka semakin bertambah pula bantuan dan pertolongan yang diterimanya.
Panglima Perang
Dengan demikian Nafsu Muthmainnah akan berupaya dengan mudah memerangi Nafsu Ammarah. Maka di anatara bala tentera Nafsu Muthmainnah, bahkan panglima pasukan dan pengetua askarnya ialah iman dan keyakinan. Malah semua pasukan tentera Islam berada di bawah panji-panji iman dan kayakinan. [حديث].
Para pasukan tentera sentiasa memperhatikan panglima askar mereka, jika panglima berpendirian teguh dan kuat, mereka akan teguh dan kuat. Jika panglima kalah, mereka pun lari dari medan perjuangan.
Para Perwira Pasukan
Dalam pada itu, para perwira pasukan tentera ini, dan para pemimpin yang berada di gugusan atau barisan hadapan sekali adalah segala cabang iman yang berhubung kait dengan amalan zahir seperti: solat, zakat, shaum, haji, jihad, amar ma’ruf nahi munkar, saling menasihati dalam kalangan umat, berbuat baik sesama manusia, berbuat ihsan terhadap mereka dengan pelbagai jenis amalan ihsan.
Dan pelbagai cabang amalan batin yang berkenaan dengan pelbagai tugas hati, seperti: ikhlas, tawakal, inabah, taubat, muraqabah, sabar, hilm, tawadhu’, maskanah, hatinya penuh diisi dengan mahabbatullah (kecintaan kepada Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, kecintaan kepada Rasulullah SAW, memuliakan segala perintah Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, serta segala hak dan peraturan Allah, bersifat ghirah kerana Allah, dalam memuliakan agama Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, sifat berani, ‘iffah, benar dan jujur, dan kasih sayang.
Kunci Asas
Kunci keseluruhannya adalah ikhlas dan jujur. Hamba yang jujur yang ikhlas tidak akan merasa penat, kerana ia sendiri memang telah diberi ‘inayah dan pertolongan untuk tetap berada di atas jalur istiqamah (الصراط المستقيم). Ia sentiasa mendapat bantuan Allah, al-Maula سبحانه وتعالى sekalipun semasa tidur, ia sama sekali tidak akan merasa penat. Malah sesiapa tidak memiliki sifat kejujuran dan keikhlasan, nescaya jalannya menuju istiqamah akan tersekat. Insan sebegini hanya akan dimainkan syaitan, di atas permukaan bumi dalam keadaan kebingungan atau kehairanan tak tentu arah. Sama ada ia beramal atau tidak beramal, namun amal yang diperbuatnya hanya akan mejauhkannya daripada Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, wal ‘iyazu billah!
- Secara kesimpulannya, sesuatu yang berhubungkait dengan Allah, al-Maula سبحانه وتعالى dan dengan ‘inayah Allah, al-Maula سبحانه وتعالى adalah termasuk bala tentera nafsu muthmainnah. p. 340
Partner Nafsu Ammarah
Adapun nafsu ammarah Partnernya adalah syaitan yang terkutuk. Syaitan lah sahabat yang mengawasinya, menabur janji yang indah, membuai dalam mahligai angan-angan, menyemai kebatilan dalam nafsu manusia, menggesa melakukan kejahatan, menghiasi kejahatan [QS,35:8], menjadikan manusia hanyut dalam angan-angan kosong [QS, 4: 120]. Memperlihatkan perkara batil berupa gambaran yang dapat diterima nafsu dan dianggap baik. Syaitan juga membekali nafsu ammarah pelbagai bekalan batil, termasuk janji-janji palsu, dan perkara kesyahwatan yang membinasakan. Syaitan juga dalam hal ini memperalat ‘hawa nafsu dan kemahuan’ manusia. Melalui laluan inilah syaitan menanamkan setiap perkara kejahatan. Hawa nafsu dan keingian adalah sarana syaitan yang paling berkesan untuk menaklukkan nafsu ammarah [QS, Fatir: 6].
Syaitan Manusia
Hal ini juga diketahui oleh saudaranya dari kalangan syaitan manusia (شياطين الإنس) [QS, al-Anam: 142]. Maka pendekatan yang paling berkesan bagi mereka adalah hawa nafsu dan kemahuan. Jika satu pendekatan dianggap kurang berkesan, mereka bergiat mencari sesuatu yang diingini hawa nafsu. Mereka akan bertungkus lumus mendapatkannya. Mereka akan memanfaatkan pendekatan ini. Setiap terbuka bagi nafsu pintu kesukaannya, mereka akan memasuki pintu tersebut. Mereka akan menaburkan kebinasaan di serata negeri. Menyebar kefasadan, dan kebinasaan, melakukan tawanan dan sebagainya. Mereka akan melakukan apa yang dilakukan pihak musuh jika berjaya menawan suatu negeri yang ditakluki. Syaitan manusia akan meruntuh pelbagai mercu tanda iman, mercu tanda Kitabullah, zikir, dan solat. Malah mereka akan meruntuh masjid, meimarahkan rumah ibadat non-muslim, termasuk gereja, pusat maksiat. Mereka akan menemui penguasa dan raja, lalu dijadikan tawanan, merampas kekuasaan raja. Mengalihkan raja dari menyembah Allah, al-Maula سبحانه وتعالى kepada menyembah penjahat dan berhala; dari kemuliaan ketaatan menuju kehinaan maksiat; dari mendengar Kalamullah kepada mendengar sarana dan media syaitan [QS, al-Isra’: 64]. Malah dari kesediaan berjumpa dengan Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, Rabul alamin menuju kesediaan berjuma dengan saudara-saudara syaitan. Sebelumnya ia melindungi hak Allah, al-Maula سبحانه وتعالى dan hak suruhan Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, akhirnya mereka melindungi binatang babi (lihatlah sejarah Andalusia). Dulunya giat dalam berkhidmat untuk Allah, al-Maula سبحانه وتعالى SWT, malah akhirnya giat dalam berkhidmat untuk syaitan terkutuk.
Mengenali Partner Anda
Apa yang dimaksudkan ialah bahawa malaikat adalah Partner nafsu muthmainnah. Sementara syaitan adalah Partner nafsu ammarah [QS, 18: 50].
Abul Ahwas meriwayatkan Hadis daripada ‘Ata’ bin al-Saib daripada Murrah daripada Abdullah, beliau berujar Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:
«أن للشيطان لمة بأبن آدم، وللملك لمة، فأما الشيطان فإيعاد بالشر وتكذيب بالحق، وأما لمة الملك فايعاد بالخير وتصديق بالحق؛ فمن وجد ذلك فليعلم أنه من الله وليحمد الله، ومن وجد الآخر فليتعوذ بالله من الشيطان الرجيم، ثم قرأ: ﴿الشيطان يعدكم الفقر ويأمركم الفحشاء﴾.
Syaitan memiliki pengaruh terhadap anak Adam. Bagi malaikat juga ada pengaruh. Pengaruh syaitan adalah mejanjikan kejahatan dan mendustai kebenaran. Adapun pengaruh malaikat menjanjikan kebaikan dan membenarkan kebenaran. Siapa mendapati yang demikian ia hendaklah menyedari bahawa pengaruh tersebut daripada Allah, al-Maula سبحانه وتعالى. Ia hendaklah bertahmid memuji Allah, al-Maula سبحانه وتعالى. Siapa mendapati bisikan kejahatan ia hendaklah berta’awuz berlindung dengan Allah, al-Maula سبحانه وتعالى dari kejahatan syaitan yang terkutuk. Baginda lalu membaca ayat:
‘Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kepada kamu tentang kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan. [QS, al-Baqarah: 268].
Abdullah bin Umar (رضي الله عنهما) meriwayatkan Hadis daripada ‘Ato’ bi al-Saib dengan penambahan dalam Hadis ini. Kata beliau:
«إذا أحس أحدكم من لمة الملك شيئا فليحمد الله وليسأله من فضله، وإذا أحس من لمة الشيطان شيئا فليستغفر الله وليتعوذ من الشيطان»
‘Apabilah kamu menerima ilham daripada malaikat kamu perlu bertahmid memuji Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, malah hendaklah meminta kurnia Allah, al-Maula سبحانه وتعالى. Sebaliknya apabila kamu mendapati waswas syaitan, kamu hendaklah beristighfar dan berta’awuz.
Pertarungan dua Kekuatan
Nafsu muthmainnah yang merupakan Partner malaikat bersama bala tentera iman, nafsu ini bersama malaikat merangsang nafsu muthmainnah ke arah tauhid, ihsan, kebaikan, taqwa, sabar, tawakkul, taubat, inabah, menghadap Allah, al-Maula سبحانه وتعالى dengan gigih, melihat kedekatan ajal, bersiap menghadapi maut, dan menghadapi era sesudah mati.
Sebaliknya, syaitan bersama bala tenteranya berupa kufur, mendesak nafsu ammarah melakukan sebaliknya. Allah, al-Maula سبحانه وتعالى SWT telah memperuntukkan syaitan untuk sesuatu yang bukan redha Allah, dan bukan untuk ketaatan. Demikianlah habuan syaitan. Maka Allah, al-Maula سبحانه وتعالى menjadikan tugas nafsu ammarah melakukan tugas dan habuan ini. Dan sayitan mengambil amal ibadat dari nafsu muthmainah. Lalu dijadikannya sumber kekuatan baginya.
Sementara nafsu muthmainnah sangat giat merebut semua amal ibadat agar menjadi bahagiannya. Tugas nafsu muthmainnah yang berat adalah merebut amal ibadat dari syaitan dan dari nafsu ammarah. Jika ia berjaya merebut satu amal sahaja mengikut yang selayaknya nescaya si hamba akan terselamat pada sisi Allah, al-Maula سبحانه وتعالى. Namun nafsu ammarah dan syaitan tidak memberi peluang kepada nafsu muthmainnah, agar satu amal ibadat pun sahaja jangan sampai kepada Allah, al-Maula سبحانه وتعالى. Seperti yang pernah diutarakan segolongan arifin:
«والله لو أعلم أن لي عملا واحدا وصل إلى الله لكنت أفرح بالموت من الغائب يقدم على أهله».
Demi Allah, jika saya tahu bahawa saya miliki suatu amalan yang diterima Allah, nescaya saya akan lebih berasa gembira dari apa yang dirasakan kepulangan anggota ahli keluaraga kepada keluarganya.’
Abdullah bin Umar (رضي الله عنهما) berujar:
«لو أعلم أن الله تقبل مني سجدة واحدة لم يكن غائب أحب إلى من الموت إنما يتقبل الله من المتقين»
‘Jika saya dapat tahu bahawa Allah menerima satu amalan sujudku, nescaya saya tidak akan lebih mencintai ghaib daripada maut. Allah hanya menerima amalan dari ahli taqwa.’
Pertarungan Dua Nafsu
Nafsu ammarah sentiasa mengintai nafsu muthmainnah. Jika nafsu muthmainnah meraih satu kebaikan, nafsu ammarah akan mengimbangi kebaikan tersebut dengan kejahatan bagi tujuan merosak kebaikan yang dilakukan. Saat nafsu muthmainnah mengajukan perkara keimanan dan tauhid maka nafsu ammarah akan mengajukan sesuatu yang akan merosak keimanan tersebut melalui sesuatu perkara syak dan perkara nifak.
Perkara ketauhidan akan dirosak dengan kesyirikan, mahabbah selain Allah, khauf dan raja’ kepada selain Allah. Nafsu ammarah tak akan pernah puas sehinggalah dikemukakannya mahabbah selain Allah, khauf dan raja’ selain Allah, supaya lebih diutamakan daripada mahabbah, khauf, dan roja’ murni kepada Allah, al-Maula سبحانه وتعالى. Hal ini agar kepentingan agama Allah disingkirkan, malah kepentingan makhluk diutamakan. Juteru demikianlah perihal kebanyakan manusia.
Jika nafsu muthmainnah mengemukakan gagasan agar si mukmin mengikti sunnah Rasulullah SAW secara utuh dan murni, maka nafsu ammarah menyuruh si mukmin mengikuti pandangan orang kenamaan yang akan lebih diutamakan daripada wahyu Allah. Malah akan dikemukakannya aneka perkara syubhat yang mengelirukan untuk mencegah manusia dari mengikuti sunnah secara total agar menuruti gagasan seseorang kenamaan. Maka berkecamuklah peperangan antara dua front nafsu ini. Pihak yang meraih kemenangan adalah si mumin yang beroleh pertolongan Allah, al-Maula سبحانه وتعالى, al-Maula SWT [QS, al-A’raf: 196]. Seandainya nafsu muthmainnah mengemukakan perkara ikhlas, sidik, tawakkal, inabah, dan muraqabah, justeru nafsu ammarah akan mengemukakan lawan sifat-sifat terpuji tersebut. Nafsu ammarah akan mengemukakan pelbagai acuan dan pilihan menyesatkan, sembari bersumpah atas nama Allah bahawa ia hanya bermaksud baik dan menuju jalan taufik.
Namun Allah, al-Maula سبحانه وتعالى Maha Tahu bahawa yang demikian hanyalah tipu muslihat belaka. Maksud nafsu ammarah tak lain hanya meraih habuan jahat, memperkuda nafsu, dan terjauh dari mengikuti sunnah Rasulullah SAW, agar tidak berhukum hanya dengan sunnah, agar si hamba melaksanakan kehendak, dan habuan nafsu ammarah.
Demi Allah, anda hanya akan terselamat melalaui keluasan dan keselasaan mengikuti Sunnah dan tunduk patuh kepada ajaran Rasulullah. Dengan demikian anda akan terselamat dari penjara hawa nafsu, dan kehendak jahat, dan dari kesempitan, kegelapan, dan keliaran hawa nafsu.
Maka sebenarnya dalam alam fana’ ini nafsu yang jahat ini terpenjara. Demikian juga dalam alam barzakh yang lebih sempit, malah pada Hari Kiamat yang jauh lebih sempit dari alam fana’ dan alam barzakh.
Termasuk perkara aneh pada nafsu ammarah ini, bahawa nafsu jahat ini sangat licik dalam memukau akal dan hati manusia. Akan diperlihatkannya perkara yang sangat utama dan paling mulia, sehingga kelihatan tercela tak digemari.
- Justeru kebanyakan manusia akal dan mindanya masih anak-anak dibawah dua tahun. Belum berupaya meninggalkan adat kebiasaan dan kesukaannya.
Jauh sekali akan mencapai usia dewasa atau baligh yang dapat membezakan perkara terbaik antara dua kebaikan lalu diberinya keutamaan dengan bijak. Atau membezakan dua perkara yang tak baik lalu dijauhinya dengan cermat.
Nafsu jahat ini akan memperlihatkan gambaran tauhid yang murni yang lebih jelas dari matahari dan bulan, dalam bentuk leceh dan rendah yang dicela.
Meruntuh martabat dan kedudukan tokoh agama kenamaan, hingga jatuh berkecai kepada martabat kehambaan, kehinaan, kepapaan yang tak ada bagi mereka kekuasaan, kemahuan, dan hak bersyafaat tanpa seizin Allah, al-Maula سبحانه وتعالى.
Lantas nafsu ammarah yang jahat memukau ini memperlihatkan kedudukan ini yang jatuh sejatuh-jatuhnya, hak mereka terkubur, status mereka sangat rendah. Mereka tak dibezakan dengan kaum fakir miskin.
Demikianlah jiwa dan nafsu mereka lari dan liar sejauh-jauhnya dari penumpuan tauhid. Seakan-akan mereka berkata:
«أجعل الآلهة إلها واحدا إن هذا لشيء عجاب»
‘Adakah tuhan-tuhan yang banyak dijadikan satu sahaja, ini suatu sangat aneh sekali.’
Nafsu jahat pemukau ini juga bergiat menjauhkan manusia dari kemurnian mengikuti dan menuruti ajaran Rasulullah SAW dan mengikuti agama yang dibawa baginda. Iaitu dengan cara merendah-rendahkan golongan alim ulama. Menjadikan masyarakat membenci gagasan bernas mereka. Jijik terhadap fikrah kefahaman mereka dalam menyikapi dan memahami ajaran Allah, al-Maula سبحانه وتعالى dan Rasul.
Langkah jahat ini kononya adalah sebagai megajar mentarbiyah para alim ulama. Malah dianggap sebagai satu kemodenan. Justeru maksud tujuannya hanyalah menanamkan perasaan buruk sangka ke atas mereka. Bahawa mereka kononya insan yang tak siuman.
Usaha yang perlu difikirkan bagaimana caranya menangkis padangan mereka agar kita mengunggulinya. Malah agar kita menemui jalan benar dan mengucilkan mereka. Lantas nafsu ammarah sangat membenci dan merasa liar dan elergi. (Bersambung, biiznillah).
(Manhajuna/IAN)