Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Alquran / Ketika Terhalang Mendatangi Masjid
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Ketika Terhalang Mendatangi Masjid

Oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

Sepatutnya kehidupan muhibb (kekasih) tak mungkin renggang dengan rumah Allah, atau masjid. Bagaimana si kekasih menjauh dari rumah Sang Kekasih, al-Maula SWT? Dalam hal ini boleh disemak, contohnya: (QS, al-Taubah: 18; al-Nur: 36-38). Selain fadilat solat berjamaah, fadilah zikir wirid, dan majlis ilmu, meraih fadilat azan adalah termasuk tujuan utama mendekati rumah Allah.

Maka dalam keadaan seperti kondisi sekarang ini, saat si Muhibb terhalang mendatangi masjid, Islam sangat menggalakkan supaya azan dikumandangkan oleh si muhibb di kediaman masing-masing. Biiznillah!

Azan Penggembala dan Penghuni Dusun

Saya lihat kamu suka memelihara kambing dan hidup di pelosok. Jika engkau berada bersama kambing atau ketika berada di pelosok, sebaikanya engkau azan semasa masuk waktu solat. Sepatutnya engkau kuatkanlah suaramu ketika azan. Jika suara muazzin didengar oleh jin Islam, manusia, dan sesuatu yang lain (termasuk malaikat), semuanya akan bersaksi bagi muazzin kelak pada Hari Kiamat. (HR Bukhari).

*** ***

Pertanyaan,

Saya terpaksa solat di rumah disebabkan penyakit kronik yang saya alami. Saya tak berupaya keluar rumah. Apa yang saya lakukan ialah, saya hanya beriqamat kemudian bersolat. Adakah ini betul? Ataukan saya perlu azan, iqamat, kemudian bersolat? Jazakumullah khairan!

Penjelasan,

Alhamdulillah…Semoga tuan diberi kesembuhan dan pahala berganda. Amalan yang tuan lakukan memang sudah betul. Sebenarnya azan dan iqamat sangat dituntut, mustahab bagi yang solat sendirian. Ini berdasarkan keumuman nas tentang keutamaan dan fadilat azan dan iqamat. Jika sesorang solat tanpa azan dan iqamat, solatnya sah.

Namun untuk lebih sempurna sepatutnya anda perlu juga azan, memandangkan betapa besarnya fadilat azan.Terdapat beberapa Hadis mengenai fadilat azan, termasuk:

Pertama, Meraih ampunan & selamat dari neraka

Hadis daripada Anas (ض) bahawa Rasulullah pada suatu hari terdengar suara azan. Baginda mendengar suara muazzin (الله أكبر الله أكبر). Baginda mejawab (على الفطرة) kamu berada dalam agama suci atau fitrah. Seterusnya (أشهد أن لا إله إلا الله). Lalu baginda mejawab (خرجت من النار). Kamu terselamat dari azab neraka. Saat para sahabat memerhati, ternyata yang azan itu adalah seorang pengembala kambing. (HR Muslim).

Kedua, Meraih ampunan & syurga

Dari ‘Uqbah ini ‘Amir, katanya: saya dengar Rasulullah SAW berpesan, Allah SWT kagum melihat pengembala kambing di puncak pegunungan. Dia malah azan dan bersolat. Allah berfirman ‘Lihatlah hambaKu ini. Dia azan dan menegakkan solat. Dilakukannya hanya kerana takut kepad-Ku. Daku telah mengampuninya, dan memasukkannya ke syurga. (HR Abu Daud, Ahmad, Nasa’i).

Ketiga, Para malaikat menjadi Makmum

Apabila seseorang berada di tanah kosong tak berpenghuni, lalu masuk waktu solat, ia hendaklah berwuduk. Jika air tidak ada, ia hendaklah bertayammum. Jika ia beriqamat dan bersolat, nescaya bersamanya akan turut bersolat dua malaikat. Jika ia azan dan iqamat, kemudian bersolat, nescaya akan turut bersolat dibelakangnya para malaikat sejauh mata memandang. (HR Abdu Razzaq, dan Baihaqi).

Selaras dengan pendapat Mazhab Syafii & Mazhab Hanafi

Imam Syafii (ح) dan para pengikut beliau mengatakan berpandukan kepada Hadis-Hadis ini, digalakkan atau disyariatkan azan bagi yang solat sendirian. Seperti di padang pasir atau di dusun. Imam Syafii berkata: ‘Si lelaki yang azan dan iqamat di rumahnya adalah seperti di luar rumah. Sama ada didengar oleh jemaah sekitarnya yang diseru atau tidak.

Dalam kitab Syarah Muslim dinyatakan, bahawa demikian inilah pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafii. Mengikut mazhab lain bahawa azan juga disunatkan. Sama juga dengan pendapat mazhab Hanafi.

Pengajaran & ibrah

  1. Sangat dituntut melaungkan azan di kediaman masing-masing, di pejabat, malah di kebun, ladang dsb.
  2. Melaungkan azan (الله أكبر) yang bermaksud pengakuan akan keagungan dan kebesaran Allah, adalah selaras dengan fitrah suci kejadian manusia (على الفطرة).
  3. Sementara melaungkan syahadah (أشهد أن لا إله إلا الله) menyelamatkan diri dari azab neraka.
  4. Kekaguman Allah, al-Maula SWT terhadap muazzin yang azan, iqamat, dan solat di tempat sunyi atau terpencil.
  5. Si muazzin meraih keampunan Allah.
  6. Muazzin meraih syurga Allah, al-Maula SWT.
  7. Si muhibb yang azan, iqamat, dan solat, para malaikat turut solat bersamanya. Keramaian para malaikat sejauh-jauh mata memandang.
  8. Jika anda qamat dan solat sahaja, hanya dua malaikat yang turut menyaksikan.
  9. Jika anda azan di kediaman, segala yang mendengar azan turut serta memberi kesaksian bagi diri anda pada Hari Kiamat.
  10. Sunnah atau amalan azan saat sunyi di rumah kediaman anda selaras dengan pandangan Mazhab Syafii dan Mazhab Hanafi.
  11. Peluang baik bagi ahli keluarga utk melatih diri melakukan azan, termasuk si ayah, anak, menantu, cucu dsb.
  12. Doa antara azan dan iqamat sangat mustajab.
  13. Syaitan iblis lari saat azan berkumandang.

Sumber:

https://www.ajurry.com/vb/showthread.php?t=30169

https://www.islamweb.net/ar/fatwa/278119/

(Manhajuna/IAN)

(Visited 144 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%

Kajian Kisah Sholihin MASIH terasa segar kisah fakta yang terjadi lebih dua dasawarsa berlalu, persisnya …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *