Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Kisah Perjalanan Hidup
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Kisah Perjalanan Hidup

Oleh: Dr. Said Musfir (حفظه الله)

Alih Bahasa: Ust. Dr. HJ. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق).

Kisah ini berkenaan dengan keluarga yang terdiri dari si ayah atau suami bersama isteri dan anak-anak mereka lelaki perempuan. Keluarga ini dalam perjalanan atau safar. Sebelum safar mereka persiapkan segala keperluan dalam perjalanan.

Mereka memilih kenderaan besar, dilengkapi beberapa bilik, tempat duduk, dapur, bilik mandi. Bagai sebuah bus atau kenderaan  besar. Mereka juga membawa bersama bahan makanan dan keperluan secukupnya. Mereka pun memulakan perjalanan.

  • Bersama si FULUS

Dalam perjalanan mereka bertemu dengan seorang lelaki yang menyuruh kenderaan berhenti. Pemandu lalu berhenti. Beliau perhatikan si lelaki tersebut, dikelilingi oleh timbunan atau tumpukan wang kertas 500-an. Si lelaki berujar:

‘Saya ingin menumpang kenderaan awak.’

Anda ini siapa? Anda ingin kemana? Apa barang bawaan anda?

Wang yang banyak ini milik saya. Bolehkah saya menaiki kenderaan awak?

 Semuanya dengan sepakat mengatakan ‘Silakan naik.’

Mereka melapangkan tempat duduk si Fulus. Malah keluarga sendiri rela duduk bersempit. Semua wang yang dalam kotak karton dibawa bersama. Semua mereka merasa selesa dengan kewujudan si Fulus bersama mereka. Si Fulus berkata,

‘Semua wang ini adalah untuk kamu semua. Belilah apa yang kamu suka. Pakailah pakaian kegemaran. Makan minumlah mengikut selera. Semuanya adalah untuk kamu.

Mereka sangat senang dan gembira. Dalam perjalanan yang ditempuh mereka semua sangat merasa selesa. Semua hajat keperluan mereka boleh dimiliki. Demikianlah berlangsungnya perjalanan yang dilalui.

  • Bersama si PANGKAT

Dalam suatu titik perjalanan kedua mereka terjumpa seorang lelaki yang meminta mereka berhenti. Mereka pun berhenti. Si lelaki kedua ini kelihatan gagah, handsome, berpakaian kemas, berpenampilan khas. Lelaki kedua ini sedang menunggu, dan berkata:

Saya ingin menumpang dalam kenderaan kamu.

Anda ini siapa? Dan anda hendak kemana?

Saya adalah Pangkat, Kementerian, Pentadbir, dan Kedudukan. Adakah kamu mahu saya ini naik bersama kamu?

Semua mereka menjawab dengan serentak, Silakan.

Harta, Fulus, dan jawatan telah berhimpun, sumber segala kebaikan. Lalu jawatan pun berjalan bersama mereka. Mereka semua sangat suka dan sangat gembira. Sekarang segala-galanya sudah ada di tangan keluarga. Mereka menguasai pangkat. Semua anak-anak diberi jawatan, dan semua hajat keperluan mereka tertunai. Surat-surat bangunan, lesen yang diperlukan untuk perkerja pun terurus dengan sempurna. Segala sesuatu hanya melalui talipon. Dengan wang dan jawatan tiada yang tak selesai. Mereka semakin menikmati kehidupan. Perjalanan yang ditempuh lancar dan mulus. Dengan fulus semua mulus.

  • Terjumpa si DIEN

Setelah meneruskan perjalanan, mereka terjumpa si lelaki ketiga. Lelaki ini menyuruh berhenti. Mereka pun berhenti. Akan tetapi mereka perhatikan lelaki ini jauh berbeza dengan dua lelaki yang terdahulu. Yang ketiga ini kelihatan sangat disegani, berperibadi mulia, memiliki sifat khasyyah, mempunyai penampilan ikut sunnah, tangannya memegang sejadah, dan tongkat. Di hadapan beliau buku-buku dan mushaf al-Qur’an. Lalu berkata ‘Bolehkan saya naik kenderaan kamu?

Mereka bertanya, ‘Kamu ini siapa?

Katanya, Saya adalah Dien @ Agama. Adakah kamu suka sama saya. Saya ingin pergi bersama kamu.

Si suami berhenti. Lantas menatap wajah isterinya. Lalu bertanya, ‘Bagaimana menurut kamu?

Beliau menanya si isteri tentang kedudukan agama. Tadi tentang Fulus dan Jawatan beliau tak menanya pendapat si isteri. Justeru si isteri kelihatan agak ragu-ragu. Lalu berkata,

Agama memang baik, namun akan menghalangi dan menyekat kita dari banyak hal. Seperti perkara hijab, solat, dan sebagainya. Saya rasa tak perlulah.

Si ayah menoleh ke arah anak-anaknya. Lalu bertanya,

Wahai anak-anakku, bagaimana pendapat kamu mengenai Dien @ Agama? Kita bawakah atau tidak?

Tidak, cukuplah Fulus dan Jawatan. Tak perlu lah agama. Kita ini sudah cukup senang dan selesa. Agama akan melarang banyak hal. Agama akan menyuruh solat. Jangan menonton ini dan itu. Bagi si Dien, filem, drama, dan sebagainya juga tak usah. Kami suka mainan. Ingin begadang dan enjoy. Maaflah wahai ayah. Kami tak mahu agama.

Sebenarnya si ayah juga sependapat. Keinginan keagamaan pada dirinya sangat minima. Lalu beliau menegaskan kepada Agama,

Tak apalah. Terima kasih. Keluargaku tak suka agama. Ribuan maaf. Fi amanillah.

Mereka melanjutkan perjalanan, dengan adanya Fulus dan Jawatan, semuanya berada dalam kemuncak kebahagiaan. Diayun dan dibuai kelalaian, tenggelam dalam gelombang lautan hawa nafsu. Tanpa kawalan dan kekangan aturan agama.

  • Dihintai si MAUT

Tiba-tiba dalam perjalanan muncul si lelaki yang memasang penyekat atau pagar besi. Mereka terpaksa berhenti. Lelaki ini melingkari atau mengelilingi si ayah. Lalu memegang dengan kejam dan kuat. Seraya membentak

‘Turun.’

Ternyata lelaki ini sangat bengis, dari anak matanya memancar bunga api. Suaranya bagai petir dan halilintar. Penampilan jasadnya seram menakutkan. Si suami diliputi ketakutan. Si isteri dan anak-anak juga. Perasaan dan suasana berubah drastis. Si suami bertanya ketakutan. Saya turun kemana? Jawabnya bengis, Turun. Saya ini adalah si Maut. Ayo turun.

Adakah saya turun seorang diri?

Adakah isteri saya boleh ikut?

Jika dia mahu turun, turun lah.

Si suami menatap wajah isteri,

Bagaimana pendapatmu? Si Maut ingin merenggut nyawaku. Adakah kamu ikut pergi bersamaku.

Tidak. Saya tidak mahu mati. Semoga Allah menjaga dan melindungi kamu. Sehari dua kami akan menangisi kematian kamu. Setelah itu kami akan lupa.

Bagaimana kamu akan lupakan aku?

Siapa yang mahu alam kubur dan liang lahad? Saya sehidup semati bersama kamu dalam segala hal. Tapi maut, maaf, sorilah.

Kemudian si ayah menatap anak-anak beliau ke belakang. Semoga kamu semua dalam rahmat Allah SWT,

Adakah kamu mahu pergi bersamaku?

Kami belum siap wahai ayahanda. Kami suka bersama ibunda. Semoga ayahanda berada dalam keselamatan. Allah memelihara ayah.

Kemudian dari itu si ayah menoleh ke arah si Maut yang tak sabar menunggu. Sambil bertanya,

Adakah saya perlu membawa harta kesayangan?

Kata si Maut,

Tiada berguna sama sekali. (QS, al-Syu’ara’: 87-89).

Bagaimana dengan ‘Pangkat kedudukan?

Tiada berguna.

Apa yang perlu saya bawa?

Kamu ada agama?

Agama tertinggal di belakang. Perlukah saya mengambil agama lagi, perlukah saya mundur ke belakang? (QS, al-Mukminun: 99-100).

Kamu tak boleh kembali ke belakang lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Bawa sajalah apa yang ada.

Si maut memaksa si ayah turun kenderaan dengan kekerasan. Maka digalilah liang lahad dan dimasukkan sorang diri kedalam lubang yang gelap, pengap dan sempit.

Si maut berkata memberi peringatan kepada ahli keluarga,

 Kamu semua silakan melanjutkan perjalanan. Tunggulah giliran masing-masing. Saya siap menunggu kamu di hadapan sana. Saya pasti menunggu.

Mereka pun menangis sedih untuk beberapa ketika.

Namun yang jelas mereka hanyut dalam kelalaian dan kealpaan. Mereka sama sekali tidak mengambil pelajaran atau iktibar dari kematian si ayah atau si suami. Mereka tidak kembali ke belakang mengambil agama yang ditinggalkan si ayah.

Inilah yang dinamakan fenomena ghaflah, atau kealpaan. Kita sering menyaksikan kematian namun masih belum mengambil iktibar.

وكفى بالموت واعظا

Pengajaran yang diberi si maut memang sudah lebih dari cukup.

Justeru insan degil, yang tidak mengambil iktibar dari kematian, dan dari Qur’an, jika mereka dikepit oleh gunung pun, namun masih belum mengambil iktibar (QS, al-An’am: 111).

Anak-anak dan si ibu melanjutkan perjalanan mereka, si maut siap menunggu.

Ini adalah satu contoh kisah yang berkesan mengenai hakikat rihlah kehidupan. Kenderaan yang dinaiki berjalan membawa pelbagai harta keduniaan. Termasuk istana, villa, apartment, kebun, landscape, bilik tidur, bilik tamu, bilik dapur, tilam, makanan, dan pakaian, dan sebagainya yang semua akan tinggal (QS, al-Dukhan: 22-29). Kenderaan ini bergerak membawa kita semua hingga menuju satu titik perhentian, menjelang alam barzakh (QS, al-Araf: 168; al-Anbiya’: 35; al-Ali Imran: 185; al-Mulk: 2).

(Manhajuna/IAN)

(Visited 56 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Khutbah Jumat: Jangan Sombong

Oleh Ustadz Abdullah Haidir, Lc. Di antara sifat tercela yang harus kita jauhi dari diri …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *