Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Lembaran Emas Kisah Puteri Solehah
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Lembaran Emas Kisah Puteri Solehah

Diterjemahkan oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Si ayah berkisah, sudah sepuluh tahun saya tinggal di kota Damam, Saudi Arabia. Allah memberiku anugerah seorang puteri bernama Yasmin. Sebelumnya telah lahir putera tunggal kami, Ahmad yang lebih tua lapan tahun. Di bandar Damam saya bekerja dalam lapangan kejuruteraan. Saya seorang jurutera. Ahamdulillah, saya memiliki kelulusan kedoktoran.

Yasmin seorang puteri yang terbilang sangat cantik, wajahnya indah bersinar, cerah, dan ceria. Sejak usia Sembilan tahun saya lihat beliau memakai hijab dengan kemahuan sendiri tanpa disuruh. Tekun bersolat, malah mengekali bacaan Qur’an. Bacan tartil Qur’annya sangat luar biasa mengagumkan.

Sebaik sahaja puteriku ini menyelesaikan tugas dan kerja sekolah, dia akan bergegas membentangkan sajadah kecil miliknya sembari mengambli Mushaf al-Qur’an, dan membaca Qur’an. Bacaan tartil beliau setentunya adalah bacaan anak kecil yang sangat mengusik hati. Si ayah menambahkan, saya pernah cuba mengujinya ‘Bangkitlah nak, pergilah bermain bersama rakan-rakanmu. Justeru jawabannya ‘Temanku Qur’an, temanku adalah Rabbi, sebaik-baik teman. Lantas Yasmin melanjutkan tilawahnya.

Pada suatu hari Yasmin mengadu kesakitan dibahagian perutnya saat beliau tidur. Saya membawanya ke pusat kesihatan terdekat. Doktor memberi ubat penahan sakit. Dalam beberapa hari Yasmin merasa selesa. Kemudian rasa sakit datang lagi. Demikianlah perihal yang terus berlaku. Pada masa itu saya agak kurang peduli.

Kebetulan, perusahaan atau syarikat tempat saya bekerja membubuka cawangan di USA. Saya ditawarkan lantikan sebagai ketua pengarah, saya pun bersetuju. Setelah sebulan berlalu, kami pun telah berada di USA didampingi isteri, Ahmad, dan Yasmin. Saya tak tahu mengungkapkan rasa kebahagiaan mendapat peluang emas pergi dan bekerja di Amerika, negara raksasa yang semua manusia pasti bermimpi mendatanginya.

Dua bulan setelah kami tiba di Amerika, Yasmin kembali merasa sakit. Saya membawa puteri saya ini berubat ke doktor spesialis penyakit dalaman. Doktor pun melakukan pemeriksaan. Lalu menyatakan bahawa ‘Hasil pemeriksaan akan diketahui setelah seminggu, perkara ini tak perlu merisaukan tuan.’ Ungkapan ini membuat saya tenang dan tenteram. Saya menempah tiket secepatnya untuk betolak ke kota permainan, Orlando. Di kota ini kami menghabiskan masa dengan enjoi bersama Yasmin, tentunya. Kami bermain, dan bersiar-siar ke sana sini. Saat kami sedang menikmati rasa gembira dalam berkelah ini, hp saya berbunyi. Hati berkata, tak ada yang mengenali no hp saya di Amerika. Aneh, pasti ini tersalah dail. Saya ragu-ragu untuk menerima panggilan. Akhirnya saya terima juga.

‘Hallo, anda ini siapa?’

Ahlan, tuan engineer. Maaf kerana saya mengganggu. Saya Dr. Steepen, yang merawat Yasmin. Saya harap besok petang anda menemui saya di klinik ini.’

‘Adakah hasil pemeriksaan agak kurang menggembirakan?’

‘Sebenarnya, memang demikian. Maka saya perlu berjumpa Yasmin.’ Steepen sempat mengajukan beberapa pertanyaan sebelum menyatakan hasil pemeriksaan terakhir.

‘Baiklah besok jam 5.00 petang kami akan tiba di klinik anda. Semoga selamat berjumpa lagi.’

Pelbagai rasa takut dan pemikiran yang menggelisahkan menggamit fikiranku. Saya sungguh tak tahu apa yang akan dilakukan. Tempoh berkelah masih ada dua hari lagi. Yasmin kelihatan sangat bahagia sekali. Ini kali pertama kami keluar berkelah setelah kami tiba di Amerika.

Akhirnya saya terpaksa beralasan bahawa syarikat tempat saya bekerja menghendaki kehadiran saya besok disebabkan suatu perkara mendadak. Sebenarnya ini peluang baik untuk mengikuti hasil pemeriksaan kesihatan puteriku, Yasmin. Semua ahli keluarga setuju kami kembali dengan syarat pada cuti musim panas kami mesti ke Orlando lagi.

Sebaik saja tiba di klinik, doktor mengawali pembicaraan menyapa Yasmin: ‘Selamat datang Yasmin. Apa khabarmu?

‘Saya baik belaka. Namun masih terasa sakit. Badan saya lemah. Saya pun tak tahu kenapa?’

Doktor mengajukan pertanyaan demi pertanyaan. Akhirnya beliau mengaggukan kepala. Sambil berkata ‘Tuan, silakan masuk ke bilik sebelah.’ Dalam bilik ini Steepen meluahkan dengan terus terang tentang penyakit yang dialami Yasmin. Kepala saya bagai disumbat beban mental yang berat. Saya terfikir, seandainya bumi terbelah lalu terus menelan diri saya, tentu akan lebih baik bagiku.

Doktor melanjutkan ‘Sejak bila Yasmin terasa sakit?’ Jelas saya ‘Sejak lebih kurang satu tahun. Selama ini kami hanya menggunakan ubat penahan sakit. Yasmin biasanya akan selesa.

Doktor menambahkan ‘Akan tetapi penyakit Yasmin ini tidak dapat sembuh hanya dengan ubat penahan sakit. Sebenarnya Yasmin terjangkit virus dalam darah, malah sudah pada tahap akhir. Usianya hanya tersisa enam bulan lagi. Sebelum tuan datang, hasil penelitian telah pun di bentangkan kepada team penyakit kanser di kota ini. Semua anggota unit pakar kanser mengesahkan realiti hasil penelitian ini.’

Saya tak terdaya menahan diri. Saya hanya mampu menangis. Hatiku berkata ‘Sedih sekali. Demi Allah menyedihkan sekali. Kuntum bungaku nan indah, Yasmin. Betapa buah hatiku ini akan meninggal, akan pergi tak kan kembali. Si isteri terdengar tangisanku. Beliau masuk ke bilik. Umi Yasmin langsung pingsan, sebaik saja mengetahui perkara ini. Lantas Yasmin pun masuk. Abangnya. Ahmad pun juga masuk. Saat Ahmad mengetahui, terus dipeluknya adiknya.

Ahmad berujar ‘Tak mungkin lah adinda meninggal, wahai Yasmin.’ Yasmin berujar dengan sifat dan minda jernihnya yang selama ini memang ketara ‘Saya akan meninggal. Apa maksudnya saya ini akan meninggal? Lalu semua mereka terdiam seribu Bahasa, lantaran pertanyaan Yasmin.

Doktor meyakinkan ‘Kamu akan berpulang ke rahmatullah.’ Yasmin meyakinkan ‘Ya memang saya akan pergi ke hadrat Allah. Adakah kepergian ini tidak baik? Wahai ayahandaku. Bukankah ayah dan ibuku tersayang sentiasa mengajarku.  ‘Bahawa Allah, al-Maula SWT jauh lebih baik dibandingkan dengan kedua ibubapa, semua manusia, malah dari dunia dan isinya? Patutukah kepergian diriku ini kepada Allah, menyebabkan ayah sampai menangis, dan penyebab ibu sampai jatuh pingsan?

Ungkapan indah nan bernas ini sangat berkesan pada diriku. Ungkapan ini bagaikan ‘halilintar’ kedua. Puteriku ini melihat bahawa maut adalah perjalanan indah. Perjalanan indah yang akan menemukan dirinya dengan Sang Kekasih. Anakku sekarang perlu menjalani rawatan intensif. Yasmin berhujah ‘Jika saya jelas akan mati, buat apa lagi rawatan, tak perlu ubat dan belanja yang banyak.’

‘Betul wahai Yasmin, malah kita yang sihat ini juga akan mati. Adakah hal ini bermaksud kita tak usah lagi makan, berubat, safar, tidur, dan membina masa hadapan? Jika kita melakukan hal ini, nescaya struktur kehidupan ini akan runtuh secara total. Satu makhluk hidup pun tak akan ada lagi di muka bumi ini.’ Doktor mencelah.

Jelas doktor selanjutnya, ‘Yasmin, kamu kan tahu bahawa dalam badan manusia terdapat pelbagai organ dan perkakas. Semuanya adalah amanah Allah. Allah anugerahkan supaya kita ini menjaga kurnia ini dengan baik. Sebagai contoh, jika kamu diberi oleh seorang teman sebuah permainan, adakah permainan ini akan kemu pecahkan, atau akan kamu jaga dengan baik?

Jelas Yasmin ‘Sudah tentu saya akan menjaga hadiah ini dengan baik.’ Tegas doktor ‘Demikian juga halnya mengenai anugerah Allah berkenaan dengan system penghadaman, system saraf, jantung hati, usus, mata, dan telinga. Semua anugerah ini pelbagai alat dan organ yang perlu kamu jaga dengan baik. Jangan sampai rosak binasa.

Maka pelbagai ubat dan bahan-bahan kimia yang akan kami berikan kepada kamu, tujuannya ada dua. Pertama bagi meringankan kesakitan. Dan kedua, bagi memelihara pelbagai organ dalaman dari sebarang kerusakan saat kamu akan menemui Allah, al-Maula SWT. Lantas kamu akan mengatakan ‘Daku telah memelihara dan menjaga dengan baik pelbagai alat dan organ yang Dikau anugerahkan. Daku telah berusaha menjaga amanah ini dengan baik. Sekarang daku serahkan semula kepada-Mu. Kecuali beberapa kerusakan yang terjadi tanpa disengaja.’

Yasmin berusaha meyakinkan ‘Jika sedemikian duduk masalahnya, maka saya siap untuk menjalani rawatan. Nanti agar saya tampil di hadapan Allah, tidak seperti perihal diriku bersama si teman sejati yang memberiku ‘permainan’ jika seandainya kurosakkan permainan dan harta miliknya.

Tempoh yang enam bulan berlalu terlalu terasa berat, pahit, dan sangat menyedihkan bagi keluarga yang akan kehilangan anak emas kesayangan mereka. Malah bagi Yasmin sendiri hal ini berlaku sebaliknya. Pada setiap hari yang berlalu beliau semakin ceria, kelihatan semakin cantik, malah bertambah dekat kepda Allah. Yasmin tekun menghafaz beberapa surah Qur’an. Kami bertanya dengan kagum. ‘Untuk apa lagi kamu menghafaz Qur’an? Jelas puteri kekasih Allah ini ‘Diriku yakin bahawa Allah mencintai Qur’an. Nanti saya ingin menyatakan di hadapan Allah, ‘Ya Allah, saya berusaha mengahafaz sebahagian surah-surah al-Qur’an, demi meraih redha-Mu, kerana Dikau mencintai para penghafaz Qur’an.’

Yasmin juga rajin dan tekun melakukan solat, malah masih solat berdiri. Terkadang solat di atas ranjang. Si ayah menanya tentang solatnya. Jelas si Yasmin ‘Saya tahu bahawa Rasulullah pernah bepesan ‘Amalan yang sangat kusukai adalah solat.’ Oleh itu, saya juga teringin agar solat juga ibadat kesukaan hatiku.’

Detik-detik kepergian Yasmin pun telah pun tiba. Wajah Yasmin sangat ceria. Bibir Yasmin tersenyum lebar. Yasmin pun membaca Surah Yasin yang memang selama ini dihafaznya. Sungguh pun kelihatan Yasmin membaca dengan agak susah payah. Setelah selesai membaca Yasin, puteri kekasih Allah ini membaca al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, dan Ayat Kursi.

Lantas Yasmin bertahmid memuji Allah ‘Segala puji hanya milik-Mu ya Allah. Dikaulah yang mengajarku Qur’an, menjadikan diriku mampu menghafaz Qur’an. Memberiku kekuatan bersolat. Dikaulah Penolong diriku. Yang menerangi kehidupanku dengan berkat didikan kedua ibubapa yang tinggi komitmen Islam dan Imannya, malah penyabar. Daku memuji-Mu sebanyak-banyaknya buat selama-lamanya. Diriku bersyukur, Dikau tidak menjadikan daku sebagai wanita kafir, bukan pemaksiat, dan bukan mengabaikan solat.

Akhirnya, Yasmin merayu, Wahai Ayahanda, jauhkan lah dirimu sedikit. Atap kamar ini telah terbuka. Saya terlihat rombongan manusia melontarkan senyuman. Mereka kelihatan berpakaian serba putih. Mereka menuju ke arah diriku. Mengajak diriku pergi terbang bersama mereka menuju rahmat Allah SWT.

Sejenak kemudian Yasmin memejamkan kedua matanya sambil tersenyum dan pergi menghadap Allah, Rabbul alamin.

Sumber:
http://ameramagdy.blogspot.com/p/blog-page_21.html
http://forum.arabictrader.com/t172001.html

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 157 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Pintu-pintu Kebaikan

   عَنْ أَبِيْ مَالِكْ الْحَارِثِي؛ ابْنِ عَاصِمْ اْلأَشْعَرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ﷺ …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *