Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Persiapan Amalan Puasa
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Persiapan Amalan Puasa

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Mempelajari Hukum Hakam Mengenai Puasa

Yakni mempelajari hukum hakam dan adab berpuasa. Supaya hamba dapat menyelenggarakan puasa menurut cara yang diredhai Allah. Agar ia layak beroleh balasan dan pahala, dan layak memperoleh buah yang diinginkannya dan mutiara berharga iaitu “ketaqwaan”. Berapa banyak orang yang puasa akan tetapi tidak ada nilai puasanya di sisi Allah. Disebabkan kejahilannya mengenai syarat-rukun puasa, adab berpuasa dan kewajipan yang mesti dilakukannya semasa berpuasa. Berapa banyak orang yang wajib berbuka disebabkan penyakit berbahaya atau keuzuran menurut agama akan tetapi ia masih berpuasa kerana kejahilannya lalu ia berdosa disebabkan ibadah puasa. Maka adalah satu kemestian mempelajari selok-belok dan hukum hakam puasa. Hal ini adalah fardu ain dan wajib ke atas orang yang wajib malaksanakan puasa.

*  *  *

Puasa

Terdahulu disebutkan bahawa Rasulullah saw terkadang berpuasa sebulan Sya’ban dan adakalanya Baginda berpuasa sebahagian Sya’ban sahaja. Hal ini adalah sangat mustahak sekali untuk membiasakan diri melakukan puasa sehingga apabila datang bulan Ramadhan anda telah bersiap siaga melakukan puasa tanpa sebarang kususahan dan kepenatan yang akan menghalanginya dari melakukan amal ibadat dan yang akan menghalangi hamba dari memperbanyak ibadat.

Qiyamullail

Qiyamullail adalah satu cara hidup atau sunnah yang mulia dan utama yang diabaikan umat dewasa ini. Ia adalah satu kelazatan yang luar biasa yang belum kita nikmati. Malahan ia adalah satu taman syurga mukmin dalam dunia ini, akan tetapi sungguh sangat sayang sekali kita belum cuba memasuki dan menyaksikannya. Qiyamullail adalah satu madrasah tempat melatih dan mendidik jiwa; dan tempat membersihkan hati dan melatih serta mendidik akhlak dan budi pekerti barisan para salihin. Ia adalah satu amal ibadat yang cukup berat, dan perjuangan yang hebat yang tidak mampu melakukannya kecuali para perwira barisan lelaki dan ahli ibadat barisan wanita. Yakni barisan para ahli kesabaran dan ahli yang memiliki kejujuran yang ulet… yang bermujahadah pada waktu sahur.

Qiyamullail adalah merupakan satu amalan yang telah diwasiatkan Rasulullah agar kita kerjakan. Ia adalah amalan para salihin generasi awal. Sabda Baginda “Kamu hendaklah melakukan Qiyamullail, kerana ia adalah

  • satu sunnah barisan salihin sebelum kamu;
  • ia adalah salah satu cara untuk menghampirkan diri kepada Allah swt;
  • amalan yang dapat mencegah hamba dari dosa dan maksiat;
  • ia akan menghapuskan segala dosa dan kejahatan;
  • dan ia akan mengusir dan mencegah penyakit dari jasad”. HR Imam Tirmizi.

Qiyamullail adalah di antara beberapa pintu utama rahmat dan kebajikan, sepertimana yang terdapat dalam hadis Mu’az, beliau berkata “Saya pernah bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Lalu saya mengahampiri Baginda dan berkata “Wahai Rasulullah, tunjukkan lah aku satu amalan yang akan memasukkan aku ke syurga”. Baginda berkata “Anda telah bertanya satu perkara yang besar.. .. Mahukah anda ku tunjukkan beberapa pintu kebaikan?. Puasa adalah perisai; sifat sabar adalah cahaya penerang; sedekah adalah sebagai bukti (di hadapan Allah); dan solat (Qiyamullail) yang dilakukan seseorang di tengah malam (adalah penghapus dosa).  Kemudian Baginda membaca ayat berikut  “Lambung mereka (golongan mukmin) jauh dari tempat tidurnya (mereka beribadat atau qiyamullail di waktu sahur), sedang mereka berdo`a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam ni`mat) dari perkara yang mereka sukai sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah Al-Sajadah, 16-17).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda “Seafdal-afdal puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram. Dan seafdal-afdal solat setelah solat fardu adalah Qiyamullail”. HR Imam Muslim.

Melatih dan membiasakan diri melakukan Qiyamullail adalah sangat penting sekali sebelum dan sesudah Ramadan. Qiyamullail ini adalah satu perkara yang sangat mustahak sekali dilakukan oleh setiap individu, terutama sekali para da’i dan ulama. Di dalam Qiyamullail terdapat berbagai rahsia yang dapat membuka dan menyelesaikan berbagai kerumitan yang terdapat dalam hati. Dan dapat mengungkai bermacam-macam belenggu yang meliputi hati. Lalu akan turunlah berbagai curahan rahmat dan keberkatan. Dan terbukalah ke atas hamba bermacam-macam pintu kefahaman dan keilmuan yang tidak dapat mengetahuinya melainkan Allah sahaja. Sesiapa di antara hamba yang keluar (tamat) dari “Madrasah Qiyamullail” ia akan mampu mengubah dan mempengaruhi generasi yang akan datang sesudahnya hingga jangka masa yang tidak ada batasnya. Sesiapa yang ketinggalan atau tidak memasuki “Madrasah Qiyamullail” hati orang yang memandangnya akan jadi keras dan kasar.

Basyar Al-Hafi pernah berkata “Cukuplah bagi anda (sebagai bukti) bahawa terdapat dikalangan orang yang telah mati, hati hamba akan hidup dengan mengenang dan mengingat mereka. Dan (sebaliknya) terdapat dikalangan orang yang masih hidup, hati hamba akan mati bila menatap wajah mereka”.  Dari itu wahai saudara yang dikasihi, anda hendaklah bermujahadah yakni bekerja keras dan berusaha dengan gigih dan ulet melawan kehendak nafsu agar anda dapat melakukan Qiyamullail atau solat tahajjud. Pada mulanya cubalah lakukan dulu dua rakaat. Kemudian tambah lah secara berangsur-angsur. Sehingga hijab di hati anda terbuka. Dan datang curahan rahmat Allah swt, Amin!!!.

Memperbanyak membaca Al-Quran

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Al-Quran memiliki keistimewaan yang khusus di bulan mulia ini. Rasulullah saw mempelajari Al-Quran bersama Jibril di setiap malam di bulan Ramadhan sepertimana yang terdapat dalam hadis Abdullah bin Abbas ra. Baginda juga memperbanyak membaca Al-Quran semasa solat di bulan Ramadhan sepertimana yang terdapat dalam hadis Huzaifah ra. Demikian juga generasi salaf dan barisan ulama sangat memberikan keutamaan kepada Al-Quran pada bulan mulia ini.

Zikir & Sedekah

Sepatutnya hamba mukmin membiasakan diri malakukan zikir dan sedekah sebelum mamasuki bulan suci Ramadhan agar ia dapat melakukannya dengan mudah dan bermotivasi bila sudah berada di bulan Ramadhan

Baca juga: Menuju Ramadhan 1439 H Berkualitas & Cemerlang

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 250 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Mengurangkan Makanan

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA Mengurangkan makanan adalah di antara matlamat puasa, yakni …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *