Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Hadist / Zikir Yang Mengubah Kehidupan Anda dan Insan Tersayang
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Zikir Yang Mengubah Kehidupan Anda dan Insan Tersayang

Terjemah oleh: Dr. Haji Ahmad Asri Lubis

Sesuai untuk ikhtiar mencegah covid-19

تَجْرِبَـتِي مَعَ قَوْلِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ

Pengalaman indahku bersama zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ) adalah topik sorotan hari ini dalam situs (زيادة).

Ini adalah doa dan zikir yang agung malah teragung yang sepatutnya sentiasa diamalkan setiap orang. Zikir ini mengandungi pembuktian ‘kehambaan’ yang hakiki hanya kepada Allah. Dalam zikir ini kita dididik bertawassul dengan sifat-sifat Allah seperti terdapat dalam Hadis. Dikemukakan di sini pengalaman indah beberapa kisah beberapa sahabat se iman.

Kisah pertama. Saat usia saya menjangkau 28 tahun. Saya belum berkahwin. Selama ini perkara yang sangat membuat saya risau bahawa setiap peminang yang datang, sama ada ingin menjadikan saya isteri kedua, ini memang tak dapat saya terima. Atau duda yang mempunyai beberapa orang anak.

Fikiran saya memang sangat kusut. Saya cuba bekerja, namun masyarakat tetap sahaja mencela saya lantaran belum memiliki pasangan hidup.

Seorang sahabat setia cuba menasihatiku agar saya menekuni zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ). Agar saya terus menerus berzikir dengan keyakinan yang tinggi kepada belaian kasih Allah. Saya jangan kehilangan kepercayaan penjagaan Allah, meskipun saat ijabah terlambat. Justeru keterlambatan hanya kerana ada hikmah di sebaliknya. Saya mengamalkan nasihat beliau.

Selang beberapa bulan perkahwinan pun berlangsung dengan si teruna setahun lebih tua dari saya. Teruna yang belum pernah berkahwin. Bagiku beliau lah suami terbaik.

Sekarang ini saya berada pada kemuncak kebahagiaan bersama si suami tercinta. Saya masih terus menerus berzikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ). Zikir nan indah ini juga sebagai faktor pendorong bagi diriku agar tetap taat kepada Allah. Agar tidak hidup lengah dan lalai. Justeru saya merasa sangat malu jika saya berzikir berdoa tanpa membuktikan kecintaan dan ketaatan kepada Sang Kekasih, al-Maula SWT.

Kisah kedua. Seorang akhawat berkongsi cerita indah. Saya memang sangat tekun membaca (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ) lantas saya menikmati padangan hati (بصيرة) yang luar biasa. Malah seakan-akan saya ini berada di alam atau dunia lain nan indah tiada tara.

Pengalaman ketiga. Saya memang sudah lama mendengar betapa besarnya fadilat zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ). Lalu saya sangat menyukai zikir ini secara terus menerus. Akhirnya saya tak lekang dengan zikir ini. Dalam solat pun zikir ini saya amalkan selepas tasyahud sebelum salam. Sungguh zikir ini mengubah kehidupanku menuju yang terbaik. Hanyalah Dikau yang kupuji ya Allah, al-Hayyul al-Qayyum.

Pengalaman keempat. Kisah indah seorang akhawat. Suami saya meninggal dunia. Dunia yang luas terasa sempit. Khas tentang pernikahan puteri kami, memang bagi diriku sangat berat, susah dan rumit. Lantas saya berazam membaca zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ). Zikir yang teruji melenyapkan kegundahan dan melenyapkan ujian berat yang merintangi perjalan hidup.

Saya terus menerus menekuni zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ), sembari mengadu kepada Allah tentang kelemahan diriku dan daku tiada daya dan upaya. Lantas datang pertolongan Allah. Saya menjual sebidang tanah dengan harga yang memuaskan. Puteri kamu pun melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah. Saya terus menerus berzikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ) tanpa jemu.

Kisah kelima. Pengalaman seorang Muslimah yang belum menikah. Pernah terjadi masalah yang sangat berat dan rumit semasa saya bekerja. Masalah ini mungkin akan menyebabkan saya akan kehilangan pekerjaan serta merta. Ketika itu saya masih menyicil hutang-hutang saya. Memang saya sangat bimbang dibuang kerja. Lantas saya pun tekun berzikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ). Demi Allah dalam masa singkat masalah yang saya hadapi selesai dengan baik. Saya tak jadi dibuang kerja (PHK).

  • Menyingkap makna zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ)

Mengikut amalan dan pengalaman saya sendiri yang sering mengamalkan zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ), mungkin dikemukakan rumusan berikut:

Bahawa doa (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ) adalah satu pengakuan bahawa Allah, al-Maula SWT hanyalah ‘Zat Allah yang benar’ layak diibadahi. Dalam doa ini tersirat pengakuan Bahawa hanyalah Allah bersifat Rahma Rahim.

Bahawa si hamba menerima potensi dan sumber kekuatan hanya dari Allah. Si hamba juga menagih pertolongan Allah, dan mengharapkan limpah rahmat Allah.

Si hamba meminta pertolongan Allah dari sebarang bahaya mengenai urusan dunia dan agama. Justeru si hamba sentiasa berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran yang dirinya tidak mampu menghadapinya tanpa huluran bantuan belaian kasih Allah, al-Maula SWT.

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) sendiri memperingatkan:

(قَارِبُوا وَسَدِّدُوا وَاعْلَمُوا أَنَّهُ لَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِنْكُمْ بِعَمَلِهِ، قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْتَ؟

قَالَ وَلَا أَنَا، إِلَّا أَنْ يَتَغَمَّدَنِي اللَّهُ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَفَضْلٍ)

lakukanlah pendekatan ketaatan semampumu, cubalah lakukan dengan betul. Ingatlah, tidak seorang jua bakal selamat dengan amal ibadatnya. Sahabat bertanya ‘Engkau juga tidak’? jelas baginda “Saya juga tidak. Melainkan jika Allah melindungi diriku dengan limpahan rahmat dan kurnia-Nya.” (HR Bukhari Muslim).

  • Hadis (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ)

Memang terdapat doa (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ) dalam Hadis soheh daripada Anas bin Malik (رضي الله عنه), jelas Anas;

Rasulullah pernah berkata kepada puteri baginda Fatimah (رضي الله عنها) dengarlah pesanku ini. Bacalah pagi petang:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Ya Hayyu ya Qayyum, hanyalah Dikau yang kuharapkan tolonglah diriku dengan limpah rahmat-Mu. Perbaikilah segala perihalku. Janganlah Dikau serahkan diriku kepada diriku sendiri, sekejap mata jua pun. (HR Nasi’).

Dalam ungkapan (بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ), Daku hanya menagih rahmat-Mu tiada yang lain, terdapat satu pengkhususan bahawa si hamba meyakini ‘Saya tidak meminta pertolongan hanya dengan limpah rahmat-Mu, ya Rabbi. Memang inilah yang dituntut, agar si hamba berdoa hanya kepada Allah, bukan kepada manusia.

Ungkapan baginda (وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي) ini bermaksud Janganlah Dikau biarkan diriku sindiri menghadap masalah ini. Kuserahkan urusanku, perihal diriku yang lemah, dan usahaku yang tiada seberapa. Maka Dikau jangan biarkan diriku diurus oleh diri sendiri dalam segala urusanku.

Terdapat juga Hadis lain hampir sama maksudnya dengan Hadis terdahulu. Abu bakar (رضي الله عنه) berkisah bahawa Rasulullah SAW memperingatkan,

دَعْوَاتُ الْمَكْرُوبِ اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو؛ فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ.

Doa orang yang dilanda kesusahan, Ya Allah hanya rahmat-Mu yang kuharapkan. Maka jangan Dikau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekejap mata. Perbaikilah segala perihalku. Tiada ilah selain-Mu. (HR Abu Daud)

  • Huraian Hadis

Hadis ini nasihat Rasulullah kepada puteri baginda sendiri Fatimah (رضي الله عنها). Nasihat ayah kepada si anak. Sudah jelas nasihat ini berdasarkan kasih sayang.

Dalam Hadis ini Rasulullah mengawali zikir dengan memintak tolong dan bertawassul kepada Allah dengan menggunakan (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ) yang termasuk Asmaul Husna, lalu berdoa.

Ungkapan (بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ) bahawa si hamba memintak tolong kepada Allah agar diselamatkan dari pelbagai kesusahan dan permasalahan hidup.

Ungkapan (أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ) Perbaikilah semua keadaanku. Merangkumi keadaan keluarga, rumah tangga, kejiwaan. Malah juga keagamaan, dan segenap unit kehidupan.

Seterusnya (لَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ) Jangan Dikau serahkan diriku diurus oleh diriku sendiri sekejap mata jua pun.

Disini si hamba menghina diri kepada Allah, al-Maula swt. Ia menyatakan kelemahan, rasa tunduk, dan rasa ketergantungannya kepada Allah. Baik semasa susah demikian juga ketika lapang. Justeru si hamba sentiasa bergantung hanya kepada Allah.

Imam al-Manawi (رحمه الله) menjelaskan mengenai doa, bahawa doa kegundahan: Siapa yang bersaksi dan meyakini keesaan Allah dengan kehadiran hatinya, nescaya kegundahannya akan lenyap baik di dunia mahupun di akhirat.

  • Keutamaan zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ) …

Terdapat pelbagai keutamaan zikir يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ mengikut pengalaman saya. Iaitu:

  • Menurut sebahagian ulama

Seafdal-afdal doa yang sepatutnya diamalkan si muslim adalah (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ). Sepatutnya si muslim tekun membaca doa zikir ini.

Sebaiknya dibaca pagi petang. Si hamba memerlukan Allah siang malam dan pada setiap Ketika. Pada malam hari tempat berhimpun kegundahan; pada waktu siang sibuk dengan pelbagai tuntutan hidup. Kita amat perlu meminta tolong dengan (الْحَيُّ الْقَيُّومُ), lalu kita meminta apa yang dihajati sehinggalah Allah mengijabah doa. Jika kita minta tolong kepada Allah, kita mesti giat mendekatkan diri dan beribadat kepada Allah. Malah kita perlu mendekatkan diri pada setiap saat, serta menjaga ibadat dengan baik.

  • Rahsia zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ)

Ya hayyu ya qayyum termasuk nama-nama yang agung semasa berdoa dan mendambakan belaian Allah, al-Maula swt. Sungguh banyak faedah dan fadilat doa ini jika si muslim mengamalkan dan menekuninya.

Allah menjelaskan bahawa mengekali zikir akan menciptakan ketenangan jiwa (QS, al-Ra’d: 28). Maka kita perlu tekun beristighfar dan bertahmid sepanjang masa.

Termasuk zikir pilihan yang utama adalah (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ) kerana zikir doa ini merangkumi dua nama Allah. Iaitu (الْحَيُّ الْقَيُّومُ). Pada saat mengekali zikir doa ini sepanjang hari, khasnya setelah solat sunat dua rakaat Subuh, zikir ini mendatangkan ketenangan jiwa.

Seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Muhammad al-Ghauth (رحمه الله) dalam karya beliau (بالجوارح الخمس) bahawa setelah seseorang membaca doa zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ) nescaya Allah akan memelihara dirinya dari sebarang bala bencana.

Membiasakan diri mengamalkan doa ini akan melenyapkan kegundahan dan bala. Malah zikir ini mempunyai kesan yang tersendiri dalam terkabulnya doa pada sisi Allah. Maka sangat perlu setiap Muslim tekun membaca doa ini dalam ucapan dan amalannya.

  • Doa cadangan

Dicadangkan membaca doa zikir (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ) seperti berikut ini:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ يَا مُحْيِ، أَحْيِ قَلْبِي وَرِزْقِي وَدِينِي وَدُنْيَايَ، اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ يَا حَيُّ  قَبْلَ كُلِّ حَيٍّ، يَا حَيُّ  بَعْدَ كُلِّ حَيٍّ، يَا حَيُّ  مُحْيِ كُلِّ حَيٍّ، يَا حَيُّ  مُمِيتُ كُلِّ حَيٍّ، يَا حَيُّ  يَا رَازِقُ كُلِّ حَيٍّ، يَا حَيُّ  لَا يُشْبُهُهُ حَيٌّ. أَسْأَلُكَ بِحَيَاتِكَ قَبْلَ كُلِّ حَيٍّ، وَبِحَيَاتِكَ الَّتِي تُحْيِ بِهَا كُلَّ حَيٍّ، وبِحَيَاتِكَ الَّتِي تَمَّتْ بِهَا كُلِّ حَيٍّ، يَا حَيُّ  يَا قَيُّومُ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، فَرِّجْ كَرْبِي وَنَفِّسْ هَمِّي وَغَمِّي وَأَجْلِ صَدَأَ قَلْبِي وَأَغْنِ فَاقَتِي. يَا مَنْ لَا يَخْفَاهُ حَالِي، وَلَا تَعْجِزُهُ مَسْأَلَتِي، لَا إِلَهَ إِلَا أَنْتَ يَا حَيُّ  يَا قَيُّومُ عَجِّلْ لِي مَطَالِبِي وَبُلُوغَ مَأْرَبِي؛ فَقَدْ دَعَوْتُكَ بِاسْمِكَ الَّذِي نَجَا بِهِ مَنْ نَجَا وَهَلَكَ بِهِ مَنْ هَلَكَ يَا حَيُّ  يَا قَيُّومُ.

Akhir kata dalam menelusuri pengalamanku bersama zikir doa (يَا حَيُّ  يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ), ditegaskan lagi bahawa zikir doa (يَا حَيُّ  يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ) termasuk doa pilihan penting. Kerana dalam doa ini si hamba mengakui kehambaannya hanya kepada Allah. Dan si hamba hanya mendapatkan kekuatan dan tenaga daripada Allah. Si hamba meminta pertolongan Allah dari segala sesuatu. Malah si hamba meminta segala kebaikan perihal dirinya kepada Allah. Sama ada dalam urusan agama dan keduniaan.

Bagi mencegah wabak covid-19 sangat bermanfaat sekali jika sahabat se iman giat mengamalkan zikir yang sudah teruji ini dengan yakin dan tekun. Malah bagi semua yang dihajatkan, biiznillah.

(Manhajuna/IAN)

(Visited 546 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Sirah Nabawiyah – Hikmah dan Nasihat dalam Lika-liku Berumah Tangga

Sertakan aku saat kalian ‘berdamai’, sebagaimana aku disertakan saat kalian ‘berperang'” Kalimat yang sangat unik …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *