PESAN EMAS ALI BIN ABI TALIB
Dalam Hadis Shahih Bukhari, sahabat ternama Ali bin Abi Talib (كرّم الله وجهه) pernah berpesan,
«أَلا إِنَّ الدُّنْيَا قَدِ ارْتَحَلَتْ مُدْبِرَةً، وَالآخِرَةُ مُقْبِلَةً، وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهَا بَنُونَ فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ، وَلا تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا، الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلا حِسَابٌ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلا عَمَلٌ»
Ingatlah, dunia semakin pergi membelakang, malah akhirat semakin tiba mendekat. Masing-masing keduanya ada warga tersendiri. Justeru anda hendaklah menjadi warga akhirat, janganlah menjadi warga dunia. Hari ini amal tanpa hisab, esok hisab tanpa amal. https://shamela.ws/book/29768/5
Dalam al-Quran Allah memperingatkan,
﴿إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ﴾
Sungguh janji Allah itu pasti benar, maka kalian jangan tertipu oleh kehidupan dunia, dan jangan juga tertipu oleh juru penipu, syaitan (QS, Luqman, Ayat: 33).
Rasulullah ﷺ dalam doa majlis yang pada umumnya dibaca baginda saat bersama para sahabat, membaca doa antar lain,
ولَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، ولَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا
‘(Ya Allah), janganlah Engkau jadikan ‘dunia’ perhatian utama kami, dan jangan pula menjadi sasran utama ilmu pengetahuan kami.’ (HR Tirmizi, Nasai’, dan Tabarani).
Dalam pada itu, selain pesona dunia dan pengaruh syaitan, perlu juga diawasi pengaruh hawa nafsu, harta benda dan pengaruh manusia. Maka faktor perintang dari ketaatan adalah: keduniaan dan harta benda, manusia, syaitan dan hawa nafsu. Semua faktor ini terkumpul dalam era globalisasi dalam apa yang dikatakan media sosial (Medsos).
Pelajaran & Iktibar
1. Petikan (أَلا إِنَّ الدُّنْيَا قَدِ ارْتَحَلَتْ مُدْبِرَةً، وَالآخِرَةُ مُقْبِلَةً) dunia semakin pergi menjauh, malah akhirat semakin tiba menjelma. Usia semakin susut setiap hari. Kematian semakin mendekati anda. Maut tidak menunggu taubat. Maka sesalilah dahulu pendapatan ‘sesal kemudian tak berguna’. Dalam hal ini Abdullah bin Umar (رضي الله عنهما) berujar: ‘Jika anda berada pada pagi hari, jangan kira usia anda sampai petang. Sebaliknya, jika anda berada pada waktu petang, jangan sangka anda akan hidup sampai pagi harinya. Rebutlah peluang beramal semasa sihat sebelum sakit, beramallah waktu hidup sebelum mati.’ (HR. Bukhari).
2. Petikan (وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهَا بَنُونَ فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ) Masing-masing keduanya ada warga atau penggemar tersendiri. Justeru anda hendaklah menjadi warga akhirat Secara garis besarnya, manusia dua kategori. Warga akhirat dan warga dunia. Warga akhirat selalu ingat kematian, alam kubur, dan berbagai episod sesudahnya. Dekatilah si mukmin yang menjadikan anda sering memikirkan keakhiratan. ‘Tidak kah manusia sedar, bahawa Allah sentiasa memantau perlakuannya’ (maksud peringatan Allah ayat 15, QS, al-Insyiqaq). Warga akhirat ‘mengimani hal yang ghaib’ (QS, al-Baqarah, 3). Si mukmin yang mengimani hal yang ghaib sentiasa meraih keampunan Allah SWT. Ia sentiasa bertaubat, malah beroleh doa keampunan (QS, al-Mulk, 12), didoakan oleh para malaikat pemikul ‘Arasy (Surah Ghafir, ayat 7-9). Saat akan meninggal dunia ia akan didatangi, dihibur dan diberi motivasi oleh malaikat (QS, Fussilat, 30-32; al-Fajr: 27-30), tiada sebarang kegundahan dan kebimbangan pada hari berbangkit (QS, al-Anbiya’: 103).
3. Petikan (وَلا تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا) janganlah menjadi warga dunia. Warga dunia yang diingatnya hanyalah makan tidur, kerja, wang, keluarga, kenderaan, kediaman, dan berbagai keperluan jasadi. Tatanan kehidupan mereka tidak atau kurang memikirkan faktor kerohanian. Adakah rohaninya ketandusan dan kegersangan? Hal ini tidak menjadi perhatian. Jauhilah manusia dan media yang menjadikan perhatian anda hanya keduniaan. Jauhilah faktor dan manusia yang mengalihkan perhatian anda dari ‘Hari Pembalasan’ (QS, Taha: 15-16). Kepahitan dan penyesalan yang akan membebani warga dunia dinyatakan dalam Kitabullah, sama ada saat perpisahan roh dengan jasad (QS, al-Mukminun: 99-100; al-Munafiqun: 10) atau pada Hari Pembalasan (QS, al-Mulk: 19; al-Inshiqaq: 10-15).
4. Petikan (الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلا حِسَابٌ) Hari ini amal tanpa hisab, esok hisab tanpa amal. Era dunia negeri amal, beramallah sebanyak mungkin. Kautlah sebanyak-banyaknya kekayaan dan asset akhirat. Rebutlah amal singkat nilai berlipat. Malah raihlah amalan berkekalan nilainya setelah anda terbaring kesepian dalam liang lahad. Dekatilah rumah Allah, lubuk dan ladang amal yang tiada tara. Bacalah Kitabullah agar dosa anda terhapus, dan hati anda terawat dengan baik, kekosongan rohani terpenuhi. Jangan biarkan rumah anda menjadi kubur lantaran penghuninya hidup lalai dari zikrullah.
5. Petikan (وَغَدًا حِسَابٌ وَلا عَمَلٌ) esok hisab tanpa amal. Era akhirat negeri hisab. Di sana tak ada kesempatan beramal. Kebanyakan manusia menyesali sikap dan kecuaiannya semasa di negeri amal, lantaran ternyata hisabnya susah (QS, al-Insyiqaq:10-13; al-Kahf: 49), kebaikan sedikit, kebaikan terhebah (Hadis si muflis), malah kebaikan hangus sedemikian rupa (Hadis Thauban) dll.
*** ***
· Doa Nabawi, Agar Meraih Taraf Nafsu Muthmainnah
Untuk memberi prioritas kepada hal keakhiratan agar keduniaan bukan menjadi penghalang malah menjadi pemicu dan pendorong, maka si mukmin perlu memiliki taraf nafsu muthmainnah. Biiznillah! Berikut ini doa terkait,
«اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةٌ، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ»
Ya Allah, daku sungguh bermohon kepada-Mu agar memperoleh nafsu muthmainnah: mengimani hari pertemuan dengan-Mu, meredhai ketentuan-Mu, dan qana’ah (senang hati) menerima pemberian-Mu (HR Tabarani).
http://shamela.ws/browse.php/book-29768/page-5 https://www.islamweb.net/ar/library/index.php?page=bookcontents&idfrom=6156&idto=6157&bk_no=0&ID=3594
· Menyelamatkan diri dan kesayangan anda https://hadeethenc.com/ar/browse/hadith/3731
Faktor kesyaitanan juga termasuk yang mendominasi manusia agar memberi prioritas besar terhadap keduniaan. Akhirnya, akhirat tergadai (wal ‘iyazubillah). Malah sewaktu manusia tidur pun diolah dan dikerjakan oleh syaitan. Maka ikuti dan patuhilah tuntunan Rasulullah ﷺ,
Menurut Abi Hurairah (رضي الله عنه) terdapat Hadis menjelaskan:
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ علَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إذَا هو نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ، فَارْقُدْ فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ، انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فإنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فإنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فأصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وإلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ.
Syaitan terkutuk mengikat tengkuk seseorang sekuat-kuatnya ketika tidur sebanyak tiga ikatan. Sembari berkata (menjampi): ‘Waktu malam bagimu cukup lama, tidurlah sepuasnya.’
Jika si hamba terbangun, lalu berzikir kepada Allah, nescaya terbukalah satu ikatan. Jika ia berwuduk juga terbuka ikatan kedua. Jika ia bersolat, nescaya terbuka ikatan ketiga. Maka pagi itu si hamba akan lebih bermotivasi, tenang dan tenteram. Jika tidak dilakukan yang tiga langkah tadi, nescaya pada pagi harinya si hamba akan terasa serba salah dan malas melakukan ketaatan. (HR Bukhari Muslim).
Maka terdapat tiga cara atau kaedah membuka ikatan atau belenggu syaitan:
o Berzikir kepada Allah
o Berwuduk segera mungkin
o Shalat setelah berwuduk
Menurut penjelasan ulama waktu atau masa membuka ikatan atau belenggu syaitan ini adalah sebelum masuk waktu Subuh atau sebelum terbit fajar.
Betapa besarnya risiko jika tiga langkah atau kaedah ini tidak dilakukan.
Risalah Ma’had Darul Ikhlas (MDI),
Bersama Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis Lc, MA
14 Rajab 1447/ 03 Jan. 2026, (والله الموفق)
Manhajuna Ilmu dan Inspirasi Islam