Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Menarik Rambut Dalam Tepung
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menarik Rambut Dalam Tepung

Oleh: Dr ‘Aidh Al-Qarni (حفظه الله)

Alih bahasa: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ

Dengan berkat rahmat Allah berlembut lunak terhadap mereka. Jika engkau bersifat kasar dan berhati keras, nescaya mereka akan menjauhimu. Maka utamakanlah kemaafan, dan istighfarkanlah mereka, berundinglah dengan baik. (QS, Ali ‘Imran: 159).

Jika berlaku pertengkaran antara suami isteri, ada cara penyelesaian yang paling berkesan. Setelah mengadakan kajian yang cukup lama dan dengan usaha yang gigih, kaedah ini dirumus olah pakar Ilmu Pendidikan.

  • Caranya ialah suami isteri setiap selesai mengahadapi ketegangan, hendaklah duduk bersama. Berbincang dengan terbuka secara jujur. Dinamakan sesi ‘Berlapang Dada’.
  • Tapi dengan syarat jangan buka tv jangan main hp, dan jangan ada yang membaca, menolehkan pandangan ke taman bunga, dan sebagainya. Hanya masing-masing siap untuk mendengar dari partnernya apa yang akan diluahkan.
  • Mendengar dengan tekun tanpa menyekat perkataan partner. Jika partner selesai bercakap, anda memberi respon,
  • ‘Betullah apa yang anda cakap. Saya setuju, saya mohon maaf atas segala kesilapan saya.’

Tak perlu ditentang atau dibalas setiap kalimat yang didengarnya. Tak usah dijawab. Setelah itu majlis tersebut akan menjadi majlis saling berdamai dan saling bermaafan. Sebenarnya, 90% dari masalah rumah tangga adalah masalah kecil atau remeh, hampir tak bermakna.

Suami terlambat balik ke rumah. Sibuk dengan hp. Tamu terlalu banyak. Kurang memuji masakan isteri. Kurang membuktikan kekaguman kepada isteri saat masuk rumah. Terlambat menghidang makanan. Pakaian isteri kurang kemas. Terlupa tuala. Teh agak sejuk. Garam masakan berlebih.

Masalah ini hanya memerlukan duduk mengejut sejenak dengan berlapang dada. Dan tidak perlu apa-apa solusi. Hanya yang diperlukan mendengar dengan baik, dengan fokus, dan menganggukkan kepala tanda setuju. Setelah itu hubungan akan lebih indah dari sebelumnya. Diharapkan suami isteri tak perlu banyak bertengkar, silang pendapat, dan suka menjawab. Hal ini hanya akan menyebabkan api semakin menyala. Pernah seorang ahli hikmah ditanya,

  • Bagaimana anda menyelesaikan masalah dengan isteri anda? Jelasnya, Saya dengar dia becakap sehingga dia selesai mengeluarkan semuanya. Kemudian saya cakap, ‘Saya setuju atas apa yang diucapkannya. Saya mengaku silap dan cuai.
  • Lantas akhirnya si isteri akan menerima kesilapan saya.

Jika si suami menjawab semua perkataan isteri, dan menyalahkan si isteri, nescaya suaranya akan semakin tinggi. Dia akan memaki suami, mendustakan suami. Akan saling mencela. Akhirnya suami akan memukul, si isteri akan membalas tamparan. Malah boleh jadi jatuh talak. Lantas rumah tangga akan hancur.

  • Sebenarnya, pada umumnya masalah rumah tangga sangat mudah diselesaikan. Malah dianggap kecil.
  • Namun perlu dihadapi secara realistik, saling berlapang, atau berdada lebar, mengaku bersalah, jangan ingin menang sendiri. Dengan demikian keadaan akan baik sendirinya.
  • Kedua pasangan akan saling berlapang dada. Masalah akan hilang dengan sedemikan rupa. Segala tutur kata yang terlanjur akan berakhir dan lenyap.
  • Yang penting suami harus sering bersikap banyak diplomasi bersama isteri, biar diri kalah untuk menang berdua.
Menjinakkan hati isteri tercinta

«اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ قَلْبًا شَاكِرًا وَلِسَانًا ذَاكِرًا وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِينُ عَلَى أَمْرِ الْآخِرَةِ»

Ya Allah, kurniailah saya hati yang bersyukur, lidah yang rajin berzikir, dan ISTERI Mukminah yang membantu saya mentadbir urusan akhirat. (HR. Imam Tirmizi).

Menjinakkan hati suamiku sayang

«اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ قَلْبًا شَاكِرًا وَلِسَانًا ذَاكِرًا وَزَوْجًا مُؤْمِنًا يُعِينُ عَلَى أَمْرِ الْآخِرَةِ»

Ya Allah, kurniailah saya hati yang bersyukur, lidah yang rajin berzikir, dan SUAMI Mukmin yang membantu saya mentadbir urusan akhirat.

Tautan:

https://archive.aawsat.com/details.asp?issueno=10261&article=416620#.XrexjsBRU2x

(Manhajuna/IAN)

(Visited 16 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Lebaran dan Tradisi

Saat dahulu bekerja di Saudi, saya dan beberapa teman dai berbagai negara pernah diundang TV …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *