Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Mencegah Penyakit dengan Dzikir
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Mencegah Penyakit dengan Dzikir

Oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

Sekelumit kisah indah semasa saya bertazkirah di salah satu masjid di Bandar Seri Begawan (BSB) Feb 2019. Sesudah bertazkirah salah seorang Jemaah, kekasih Allah, menemui saya sembari bercurhat dengan linangan airmata yang tak terbendung. Beliau terharu dengan materi ceramah yang disampaikan bertajuk ‘Perubatan Alternatif Yang Didambakan’. Beliau dengan tulus berkongsi kisah suka–duka bahawa sepanjang mendengar tazkirah beliau fokus mendengar dan manghayati, malah dalam genangan air mata keinsafan.

Dalam isak tangis pencinta ilmu ini berkisah, bahawa tujuan materi ceramah sangat sesuai dengan pengalaman unik peribadi yang dilaluinya sendiri beberapa tahun lalu.

Akibat terserang gejala strok, si Mukmin ini pernah dirawat di hospital di Jakarta. Sementara itu beliau dan beberapa orang jemaah sudah bertekad berangkat ke tanah suci menunaikan ibadah umrah. Walaupun doktor tidak membenarkan pesakit ini meninggalkan hospital, namun beliau sangat yakin akan penjagaan Allah. Allah berfirman

أَنا مَعَ عَبْدِي إِذَا هُوَ ذَكَرَنـِي وِتـَحَرَّكَتْ بـِي شَفَتَاهُ

Daku bersama hamba-Ku saat ia berzikirullah, saat kedua bibirnya bergerak menyebut nama-Ku (Hadis Qudsi).

Beliau berjalan dan bergerak dengan menggunakan tongkat atau trolley. Perjalanan ke Jeddah melalui ibu negeri Kamboja, Phnom Penh. Semasa transit di Kamboja kekuatan dan tenaga beliau dibantu trolley.

Zikir mengungguli doa

Lelaki soleh ini yakin akan pertolongan Allah, Allah memberi beliau kekuatan husnu zon sejak dari Jakarta hingga ke Jeddah termasuk semasa transit di airpot Kamboja, lidah beliau tidak lekang dengan zikrullah:

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

ولا حول ولا قوة إلى بالله العلي العظيم

Subhanallah, dalam perjalanan yang melebihi 10 jam dalam pesawat Jakarta – Kamboja – Jeddah dan semasa transit beliau menikmati kemanisan dan keindahan zikrullah. Dan terus berzikir.

Subhanallah, sesampai di tanah suci si Mukmin pilihan Allah ini menikmati kesihatan yang luar biasa. Sehingga rombongan merasa kagum sembari bertasbih dan bertahmid.

Kekasih Allah ini sungguh yakin akan penjagaan Allah, bagi ahli zikir, ahli ibadat, dan ahli dakwah yang hidup hanya untuk agama Allah (QS, al-Baqarah: 207; al-Nisa’: 100). Allah akan melayan si hamba, akan mengurus kehidupannya berdasarkan keyakinannya kepada, al-Kahliq, al-Mudabbir, al-Waliy, al-Mawla, al-Nashir (النصير), al-Murabbi dsb.

Husnu zon

Husnu zon (حسن الظن) secara literal bermaksud ‘bersangka baik kepada Allah’. Maksudnya bahawa si hamba memiliki keyakinan yang mantap kepada Allah. Menurut ulama husnu zon adalah antara buah manis ma’rifah. Dari ma’rifah yang baik lahir husnu zon, cinta (محبة), takut (خوف), takut (خشية), takwa, tawakkal, dll. Malah ulama melihat husnu zon balasannya adalah Jannah. Si hamba akan dianugerahi husnu zon mengikut ma’rifah dan kedekatannya kepada Allah. Dari satu sisi si hamba yang berhusnu zon kepada Allah menyedari bahawa segala ketentuan dan ketetapan mempunyai banyak hikmah. Ketentuan dan kehendak Allah berdasarkan limu dan hikmah yang sangat kemas,  teliti, dan sempurna. ‘Sakit,’ sebagai contoh adalah termasuk azab atau ujian Allah. Maka antara faktor penyebab sakit adalah kesilapan dan dosa yang dilakukan si hamba (QS, al-Syura: 30; al-Anfal: 33).

Selain ‘sunnah berubat’, maka salah satu kaedah dan usaha ke arah kesembuhan adalah dengan memperbanyak ketaatan, zikir, istighfar, dan doa (QS, al-An’am: 43). Dengan ketaatan, dosa akan semakin berkurang. Hal ini akan menuju ke arah hilang lenyapnya penyakit yang dialami.

Dari sisi lain, zikir akan menjadikan ahli zikir dijaga Allah, di jaga malaikat, beroleh rahmat yang luas. Zikir juga mengundang rahmat, menjadikan syaitan menderita. Oleh itu syaitan berusaha agar si hamba terjauh dari zikrullah, agar kehidupan insan yg lalai dililit kerugian demi kerugian (QS, al-Mujadilah: 18), terabai oleh Allah (QS, al-Taubat: 67), dan lupa akan diri sendiri (QS, al-Hasyr: 19). Ahli zikir adalah insan yang ber husnu zon yang tinggi kepada Allah. Bahawa Allah menghendaki agar si hamba sentiasa meraih keredhaan Allah (QS, al-Zumar: 7).

Si mukmin perlu yakin dengan janji Allah, al-Maula SWT bahawa Allah akan mengingat dan menjaga ahli zikir (QS, al-Baqarah: 152). Zikir adalah tanda cinta. Insan  yg tersekat  dari zikrullah akan hidup merugi (QS, al-Mujadilah18). Malah lebih dari itu. Termasuk dalam group syaitan (wal-‘iyazu billah).

Terdapat dalam Hadis Qudsi, Allah SWT berfirman:

»مَنْ شَغَلَهُ الْقُرْآنُ وَذِكْرِي عَنْ مَسَأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ ‏أَفْضَلَ مُا أُعْطِيَ السَّائِلِينَ«

Siapa yg tekun membaca Quran dan berzikir, malah dia tak sempat berdoa, nescaya dia akan Kuberi lebih dari yg Kuberi kepada mereka yang berdoa (HR Tirmizi).

(Manhajuna/IAN)

(Visited 585 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%

Kajian Kisah Sholihin MASIH terasa segar kisah fakta yang terjadi lebih dua dasawarsa berlalu, persisnya …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *