Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Mutiara Sholat Berjama’ah
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Mutiara Sholat Berjama’ah

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Keadaan Generasi Salaf & Pencinta Solat Jamaah

Jika mereka sedang bekerja, contohnya sedang mengangkat tukul atau pemukul, lalu terdengar azan berkumandang, mereka tidak berani menjatuhkan tukul. Mereka akan berhenti.

Bahkan menurut Imam Ghazali dalam Ihya’ulumuddin, ‘Jika si Mukmin terdengar suara azan pada siang hari bagi solat Zuhur atau Asar, sepatutnya ia tidak dirintangi oleh sebarang pekerjaan. Ia hendaklah segera bergerak dari tempatnya. Ia hendaklah meninggalkan segala pekerjaan yang dihadapinya. Jika seseorang ketinggalan ‘takbiratul ihram’ bersama imam pada awal waktu, maka kerugian yang dalaminya, melebihi semua kekayaan dunia ini. Jika seseorang ketinggalan atau absent solat berjamaah, nescaya ia dikira berdosa menurut pandangan sebahagian ulama.

Generasi salaf bersaing saat azan berkumandang. Mereka membiarkan perniagaan mereka di pasar dijaga oleh anak-anak kecil atau ahli zimmah. Malah mereka membayar gaji atau upah menjaga kedai perniagaan dengan kiraan nilai tertentu semasa waktu solat.

Demikianlah cara hidup mereka. Terdapat dalam tafsir firman Allah  (لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله) [QS, an-Nur: 36-38], mereka adalah bekerja sebagai tukang. Saat mereka mengangkat tukul atau pemukul, lalu azan berkumandang, maka mereka tidak akan menjatuhkan tukul tsb.

Malah mereka akan meninggalkan tukul sedemikian rupa. Lalu mereka akan segera bersolat.

Nafi’ (ra) berkisah, ‘Bahawa Abdullah bin Umar (ra) sendiri jika beliau ketinggalan solat Isyak berjamaah, beliau akan berqiyamu lail satu malam, sebagai mengejar ketinggalan tersebut. Nafi’ juga pernah bekisah, bahawa Abdullah bin Umar (ra) jika beliau tecicir solat berjamaah, beliau akan terus bersolat hingga masuk waktu solat berikutnya. Jika yang ketinggalan itu solat Asar, beliau akan bertasbih hingga waktu maghrib.

Pernah beliau ketinggalan solat Isyak, maka beliau solat hingga terbit fajar. Abdullah bin Umar (ra) juga pernah berkata; ‘Pada zaman sahabat, jika kami mendapati seseorang tidak hadir solat berjamaah Subuh dan Isyak, maka pada pandangan kami jatuhlah  status orang tersebut.

Muhammad bin al-Mubarak berkisah, bahawa Said bin Abdul Aziz al-Tannukhi, jika beliau ketinggalan solat berjamah, beliau akan menangisinya. Imam al-Muzani (ra), murid senior Imam Syafii (ra), jika beliau ketinggalan solat berjamaah, beliau akan menggantinya dengan 25 kali solat. Pernah juga Abdullah bin Umar (ra) tercicir solat berjamaah, lantas beliau berpuasa sehari, berqiyamu lail satu malam, dan memerdekakan seorang hamba sahaya.

Rahasia kemajuan Mukmin

Terdapat dalam Hadis riwayat Imam Muslim, bahawa Rasulullah saw pernah menyaksikan para sahabat agak berlengah mengisi saf, lalu baginda menegur sahabat “Majulah, rebutlah saf pertama. Kamu hendaklah mencontohi diriku. Jemaah sesudah kamu juga perlu pula mencontohi kamu. Justeru sesiapa yang gemar terlambat meraih saf, nescaya Allah akan jadikan mereka serba ketinggalan.

Menurut Imam Suyuti (ra) sesiapa yang gemar terlambat meraih saf-saf terdepan, nescaya mereka akan diabaikan Allah dari rahmat-Nya. Atau akan ketinggalan dari pelbagai kurnia yang besar, ketinggalan dari kenaikan status, malah akan ketinggalan dari bidang keilmuan, dan seumpamanya.

Ulama melihat, oleh itu, sungguh sangat dirisaukan bahawa insan yang terbiasa lambat dalam ibadat solat, Allah akan mengazab dirinya dengan serba terlambat saat meraih pelbagai peluang kebaikan.

Anas bin Malik (ra) melihat bahawa firman Allah dalam Surah al-Hadid, ayat 21:

(سابقوا إلى مغفرة من ربكم)

‘Bersegeralah meraih maghfirah dari sisi Allah.’, bermaksud bersainglah meraih takbiratul ihram dalam solat fardhu berjamaah di rumah Allah..

Saf pertaman & takbiratul ihram

Berdasarkan keterangan terdahulu berikut ini dikemukakan perihal generasi salaf mengeni sikap mereka yang mengambil berat tentang meraih fadilat saf pertama dan takbiratul ihram.

  1. Said bin Musayyib berkisah ‘Saya tidak pernah ketinggalan takbiratul ihram sejak 50 tahun.’ Beliau juga berujar ‘Saya tak pernah melihat tengkuk seseorang dalam solat sejak 50 tahun.’ Hal ini bermaksud bahwa beliau sentiasa meraih saf pertama.
  2. Rabiah bin Yazid berujar ‘Sejak 40 tahun, setiap azan Zuhur berkumandang, saya sudah berada dalam masjid. Kecuali saat sakit atau musafir.’
  3. Muhammad bin Samma’ah al-Qadi berkisah ‘Sejak 40 tahun saya tak pernah ketinggalan meraih takbiratul ihram, kecuali hanya satu hari sahaja, saat ibuku meninggal dunia. Lantas saya ketinggalan satu solat berjamaah. Lalu saya bersolat sebanyak 25 kali dengan maksud meraih nilai berganda. Sesudah itu saya tertidur. Lantas saya terdengar seruan, berkata ‘Kamu mamang telah bersolat 25 kali, justeru bagaimana kamu akan meraih ta’min malaikat.’
  4. Ghassan berujar, anak saudara Bisyr bin Mansur berkata ‘Saya tak pernah melihat pakcik saya terlambat takbiratul ihram.’
  5. Waki’ berujar ‘Saya dapati al-A’masy pada usia hamper 70 tahun, beliau tak pernah ketinggalan takbiratul ihram. Saya sendiri pernah berulang menemui beliau selama dua tahun. Tak pernah saya lihat beliau ketinggalan satu rakaat pun.’
  6. Ibrahim al-Nakhaei berujar ‘Jika pernah kamu terlihat lelaki menganggap remeh takbiratul ihram, anda tak usah mendekatinya lagi.
  7. Waki’ ‘Insan yang tak ingin meraih takbiratul ihram, tak usah mengharapkan kebaikannya lagi.’
  8. Basyar bin Hasan Basri diberi julukan Saffi (الصفي) kerana ketekunan beliau meraih saf pertama di Masjid Basrah selama 50 tahun.
  9. Imam Ghazali berkisah ‘Generasi salaf akan berta’ziyah selama tiga hari jika mereka dapati ada yang keinggalan takbiratul ihram. Jika ketinggalan satu solat berjamaah mereka akan berta’ziyah selama tujuh hari.

Saya berdoa kepada Allah semoga memberi kita inayah dalam menghadapi diri sendiri dan dalam membaiki perihal kita, serta memberi kurnia keihklasan dalam beramal, melimpahi kita ilmu yang bermanfaat dan kekuatan beramal saleh. Amin!

Allah Mengampuni Dosanya

عن مِحْجَنَ بْنَ الْأَدْرَعِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ الْمَسْجِدَ، إِذَا رَجُلٌ قَدْ قَضَى صَلَاتَهُ وَهُوَ يَتَشَهَّدُ، فَقَالَ: ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:” قَدْ غُفِرَ لَهُ ثَلَاثًا”  رواه أبو داود والنسائي وصححه الألباني

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ya Allah, saya memohon kepada-Mu, ya Allah. Dikaulah Tuhan Yang Tunggal, Tuhan Yang Esa, Tumpuan segala hajat, Tiada beranak, dan Tiada Diperanakkan. Semoga Dikau ampuni segala dosaku. Dikau Maha Ghafur lagi Maha Rahim. (HR Abu Daud).

Tautan:

https://www.alukah.net/sharia/0/98000/
https://ihyaulumuddin.wordpress.com/page/5/

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 246 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *