Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Mutiara yang Anda Cari
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Mutiara yang Anda Cari

Oleh: Prof. M. Ratib Nablusi (حفظه الله)

Alih bahasa: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ،

وَقِنَا وَاصْرِفْ عَنَّا شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي بِالْحَقِّ وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ.

·       Ya Allah, bimbinglah kami bersama orang yang Engkau bimbing.

·       (Ya Allah, berilah kami hidayah bersama orang yang Engkau beri hidayah).

·       Berilah kami keafiatan bersama orang yang Engkau beri afiat.

·       Jagalah dan sayangilah kami bersama orang yang Engkau jaga.

·       Berkatilah semua anugerah pemberianmu kepada kami.

·       Pelihara dan hindarilah kami dari segala kejahatan takdir buruk yang berlaku.

·       Engkaulah yang menentukan segala kejadian. Tiada yang berkuasa ke atas Zat-Mu.

Nikmat yang paling utama adalah Huda (Hidayah).

Cubalah teliti, nikmat yang paling agung adalah nikmat huda (هدى) atau hidayah (هداية). Tiada nikmat lain mendahului nikmat huda. Untuk lebih jelas, nikmat huda ibarat angka satu (1). Selain nikmat huda ibarat angka kosong. Jika nikmat huda ditambah dengan nikmat kesihatan, letaklah angka kosong sesudah angka satu. Akan terjumlah sepuluh, 1+0=10. Jika ditambah dengan nikmat kifayah, akan terjumlah 100. Kifayah ialah bahawa Allah memberi anda rezeki sederhana yang dapat menutupi keperluan anda. Atau anda diberi rezeki sederhana mencukupi keperluan hidup. Mungkin ditambahkan lagi nikmat-nikmat lain sebanyak-banyaknya tanpa ada had, setelah angka nombor wahid, biiznillah.

Namun perlu dipastikan bahawa nikmat huda ini adalah nombor wahid atau ibarat angka satu. Jika angka satu ini lenyap, bermakna pelbagai nikmat lain adalah kosong atau nihil belaka. Tiada bernilai sama sekali. Cuba fikirkan, jika maut datang, segala nikmat akan berakhir. Kekuatan si kuat, kelemahan si lemah, kekayaan si kaya, dan kemiskinan si miskin. Demikian juga kecantikan si cantik jelita, kejelekan si jelek, kesihatan si sihat, dan penyakit si sakit, semua akan lenyap saat maut datang.

Hal ini berbeda dengan nikmat huda, akan berkekalan sesudah tiba panggilan maut. Semua selain huda akan terputus saat ketibaan maut. Nikmat huda tetap bersinambungan setelah mati. Selain nikmat huda akan terputus dengan ketibaan maut.

  • Yakinlah, apa sahaja jenis nikmat yang diberikan Allah yang tidak dihiasi dengan nikmat huda, pasti akan berakhir saat kematian.

Malah nikmat tersebut tidak termasuk limpah kurnia Allah, kerana kenikmatan yang diberi oleh Allah, tidak mungkin akan berakhir. Nikmat Allah yang hakiki ialah yang berterusan sesudah mati.

  • Oleh yang demikian, kejayaan dan keunggulan anda, bahawa anda menikmati kesenangan yang berkekalan setelah mati.

Adapun pelbagai nikmat kehidupan dunia, memang terhitung juga sebagai nikmat, tapi akan berakhir ketika mati. Termasuk, rumah kediaman akan berakhir saat anda sudah berada dalam kubur. Demikian juga pangkat kedudukan dan segala jenis kelazatan kehidupan.

  • Hal ini berbeda dengan insan Mukmin, segala nikmat yang dimilikinya akan berpanjangan hingga setelah ia mati. Bahkan nikmat tersebut akan tetap berkembang tiada berhenti.

Maka insan yang handal dan yang diberi taufik serta kecerdasan fikiran, hanya akan bergiat mencari nikmat yang bukan berakhir saat roh berpisah dengan jasad. Segala nikmat yang bakal berakhir saat ketibaan maut, bermakna bukan termasuk nikmat yang dikehendaki Allah bagi si insan Mukmin.

Maka sangat wajarlah insan yang berakal menilai dengan akal yang jernih,

  • ‘Adakah Allah memuliakan Rasulullah SAW, atau menghina baginda ketika Allah menyingkirkan kenikmatan dunia daripada kehidupan baginda?

Jika ada yang melihat hal ini satu penghinaan, bermakna dia sudah jatuh ke lembah kekufuran. Jika dilihatnya sebagai kemuliaan, bermakna Allah menghina manusia selain Rasulullah yang diberi keluasan kesenangan dunia, tapi terhijab dari nikmat huda.

Persis sekali, dan memang betul bahawa Allah memberi kekuasaan kepada insan yang disukai Allah, dan kepada insan yang tidak disukai-Nya. Allah berikan kekuasaan kepada Nabi yang mulia pada sisi-Nya seperti Nabi Sulaiman عليه السلام. Pada masa yang lain, malah Firaun juga diberi kekuasaan.

  • Bermakna, nikmat ini diberikan kepada musuh Allah dan insan pilihan Allah. Bererti ini bukan satu ukuran kecintaan Allah.

Allah juga memberi harta kepada Qarun insan yang tidak disukai oleh Allah. Allah juga memberi harta kepada para sahabat Rasulullah SAW, seperti Khalifah Sayidina Usman bin Affan (رضي الله عنه). Maka selagi nikmat itu diberikan kepada insan kesukaan dan insan bukan kesukaan, bermakna nikmat harta tidak boleh dijadikan kayu ukur kecintaan Allah.

  • Kesimpulannya, kejayaan anda ialah jika anda berada dalam jalur hidayah atau huda. Sehingga ada yang mengatakan bahawa kesempurnaan nikmat adalah huda, atau hidayah.

(Manhajuna/IAN)

(Visited 134 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Percikan Hikmah Nablusi

Oleh: Prof. Dr. Syeikh Muhammad Ratib Nablusi (حفظه الله) Alih Bahasa: Dr. Ahmad Asri Lubis, …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *