Bersama ahli hikmah
(Prof. Dr. Syeikh Muhammad Ratib Nablusi)
Alih bahasa: DR. Ahmad Asri Lubis, MA *
Sejuta kali mustahil jika anda bermaksiat lantas anda merih keuntungan. Hal ini adalah satu kepastian yang tak tergugat. Nah, terkadang manusia diuji dengan kesihatan, dengan harta benda, sanak saudara, malah terkadang dengan ahli keluarga tersayang. Demikianlah ujian dan cubaan yang berlaku. Anda perlu gagah dan ulet. Perlu menyebelahi yang haq. Biduk lalu kiambang bertaut. Sungguh mustahil jika anda melakukan ketaatan lantas anda merugi.
Cuba teliti dengan cermat, ahli bijak pandai mengatakan:
Si hamba yang cupa mendapatkan sesuatu dengan ‘kemaksiatan’ nescaya apa yang didambakan akan menjauhinya. Malah dia akan lebih dekat kepada apa yang ditakutinya.’
Si mukmin terkadang menghadapi krisis dan musibah. Namun, anda ulet dan hero jika pada saat ini anda mengatakan alhamdulillah. Jika anda mengimani dan meyakini bahawa musibah ini hanya berlaku dengan ilmu Allah, Allah Yang Maha Hakim, Yang Maha ‘Alim, Yang Maha Adil, Yang Maha Ghafur, Yang Maha Rahim. Anda perlu meyakini bahawa musibah yang menimpa anda adalah dengan ilmu Allah.
وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفو عن كثير
Setiap musibah yang menimpa kamu adalah sebab perbuatan kamu sendiri. Malah banyak yang dimaafkan Allah.
Yakinilah bahawa yang mengundang bala adalah dosa. Justeru yang akan mengangkat bala adalah taubat.
Namun, dalam segi etika jika ada saudara anda ditimpa musibah, maka anda perlu berhusnuzon. Contohnya, anda melihat bahawa ini adalah bagi kenaikan darjat saudara tersebut. Namun jika kamu sendiri yang ditimpa musibah. Mudah-mudahan Allah melindungi anda. Anda jangan ingin membela diri anda sendiri. Malah apa yang perlu ialah anda bertanya ‘Dimana silap saya?’ Dimana kelemahan diri saya?’
Pihak yang bergiat dalam bidang jenayah jika berlaku sesuatu, biasanya akan ditanya dan disiasat tentang satu pertanyaan penting ‘Cuba selidiki peranan wanita. Boleh jadi dibelakang kes tersebut ada wanita.’
Namun dari sudut pandang iman, jika suatu perkara berlaku tidak sesuai dengan kehendak anda, maka lontarkanlah pertanyaan ini dengan terang dan tegas ‘Apa silap saya. Pasti saya melakukan kesilapan. Kesilapan saya lah punca musibah ini terjadi.’
Si mukmin yang melihat hikmah Ilahi disebalik musibah, nescaya baginya musibah tersebut akan terlihat sebagai nikmat yang tersembunyi.
Allah memperingatkan:
وأسبغ عليكم نعمه ظاهرة و باطنة
Allah limpahkan ke atas kamu nikmat yang terang dan tersembunyi.
Ahli hikmat berkata:
‘Jika tersingkap bagi anda hikmah Ilahi dalam sekatan, nescaya akan terlihat bahawa sekatan adalah pemberian.’
Dari apa yang dikemukakan dapat kita buat rumusan berikut:
HAKIKAT PERTAMA. Bahawa Allah sebenarnya tidak ada keperluan mengazab hambaNya. Allah berfirman:
ما يفعل الله بعذابكم إن شكرتم و آمنتم
Allah tak perlu mengazab kamu jika kamu bersyukur dan beriman.
Maksudnya, jika anda bersyukur dan beriman, bermakna anda sendiri telah berjaya mencapat sasaran dan target kewujudan anda di dunia.
Saat Allah menciptakan anda Allah sediakan fasilitas alam ini bagi dua kegunaan utama. Taskhir ta’rif, dan taskhir takrim.
Taskhir ta’rif menuntut agar anda beriman. Taskhir takrim menuntut agar anda bersyukur.
Jika anda beriman dan bersyukur, nescaya anda telah merealisasikan target kewujudan anda.
Allah memperingatkan …
Allah tak perlu mengazab kamu jika kamu bersyukur dan beriman. Yakinilah bahawa Maha Bersyukur dan Maha Tahu persis.’
HAKIKAT KEDUA. Bahawa bala bencana adalah menghafuskan pelbagai timbunan dosa. Jika si hamba menghadapi bala atau musibah, musibah ini akan menghapuskan dosa yang bertimbun.
Justeru musibah ada lima kategori. Ada musibah yang menimpa para nabi. Musibah ini sejenis kasyf mengenai kamal yang tiada tara pada diri Rasul. Saat musibah berlaku nescaya sifat kamal baginda akan tersingkap. Rasul pernah berjalan kaki sejauh 80 km ke taif melalui jalan gunung. Rasul mengajak penduduk beriman kepada Allah. Para penduduk engkar, kufur, mengejek, mempermainkan baginda. Malah mengutus kanak-kanak melempari baginda. Lantas malaikat gunung mendatangi baginda. Seraya berkata ‘Ya Muhammad, Allah memerintah saya agar saya taat setia terhadapmu. Jika engkau menghendaki saya timpakan gunung ganang ini ke atas perkampungan masyarakat taif yang degil berkepala batu itu.’ Jela bagina ‘Jangan sampai begitu wahas saudara. ‘Ya Allah, berilah kaumku ini hidayah. Sebenarnya mereka belum tahu.’ Semoga Allah akan munculkan dari kalangan anak cuku mereka insan-insan yang mengesakan Allah.’
Jadi, musibah yang menimpa para nabi adalah musibah kasyaf, penyingkan jatidiri dan akhlakul karimah.
Bagi si mukmin, musibah yang datang adalah musibah dafa’ dan rafa’. Faktor penggerak dan pengangkat. Mungkin gerakan anda agak lamban atau lambat, anda agak meremehkan kewajiban, anda cuai. Lantas didatangkan bala agar si Mukmin tergerak dan termotivasi menuju Allah. Maksudnya agar meningkatkan kecepatan dalam menuju Allah. Sejenis ini dikatakan musibah penggerak. Terkadang si hamba mampu melakukan amal ibadat yang jauh lebih baik, lalau dia merebutnya. Maka akan naiklah statusnya pada sisi Allah. Inilah penggerak dan pengangkat.
Bagi para nabi dikatakan kasyaf. Bagi si Mukmin penggerak dan pengangkat.
Berlainan dengan non Mukmin, baginya adalah pencegah dan pemusnah. Jadi semuanya ada lima jenis musibah. Kasyaf, dafa’, rafa’, rada’, dan qasam.
فلما نسوا ما ذكروا به فتحنا عليهم أبواب كل شيء حتى إذا فرحوا بما أوتوا أخذناهم بغتة
Saat mereka melupakan apa yang pernah diperingatkan, lantas Kami bukakan ke atas mereka pintu-pintu anugerah Kami. Sehingga lah saat mereka riang gembira atas nikmat yang diberikan, lantas Kami menimpakan siksa secara tiba-tiba.
Saudara, singsingkanlah lengan bajumu. Awas dan waspada. Dunia ini negeri ujian dan cubaan. Anda diuji tentang pemberian yang diteriman. Diuji tentang sekatan yang dihadapi. Diuji saat menerima nikmat. Diuji juga saat tidak diberi. Jika terlihat bagimu hikmah Ilahi disebalik sekatan, nescaya sekatan akan terlihat sebagai anugerah pemberian.
Oleh itu, termasuk keuletan dan kegagahan si Mukmin, saat ia redha tentang ketentuan Allah.
Seoran ikhwah dokter pernah bercerita mengenai pesakit yang menghadapi penyakit kronik. Penyakitnya ini sangat dahsyat tak tertanggung. Saat berada di rumah sakit, ketika ada pelawat datang pesakit ini berujar ‘Bersaksi lah sungguh saya redha menerima ketentuan Allah. Ya Rabbi, segala puji hanya milik-Mu. Sungguh aneh. Semua penghuni rumah sakit merasa kagum. Saat dokter datang memeriksanya pasti merasa tenang berada dalam bilik pesakit ini. Justeru pesakit ini menghadapi penyakti kronik yang kompikasi. Ajalnya mungkin sudah dekat. Setiap kali pelawat datang dia bekata: ‘Bersaksilah, sungguh saya redha dengan ketantuan Allah. Ya Rabbi, hanya milik-Mu segala pujian. Tak lama sesudah itu, pesakit tersebut menghembuskan nafas terakhir. Yang jelas, beliau adalah sebagai iktibar bagi pekerja di rumah sakit tersebut. Cubalah cermati, betapa anehnya sebuah keredhaan.
Dalam pada itu, terdapat dalam satu kajian ilmiyah bahawa laluan penyakit dalam jasad ada laluan-laluan tertentu. Laluan-laluan ini jika tertutup, penyakit akat terasa lebih ringan hingga tahap 10%. Jika laluan-laluan tersebut terbuka, penyakit akan betambah sepuluh kali ganda. Penulis artikel ini jauh dari kajian agama sama sekali.
Namun pada penutup kajian ini bahawa faktor yang mendominasi pintu-pintu penyakit tersebut adalah kondisi faktor kejiwaan si pesakit. Si Mukmin yang memilik keimanan seperti pesakit di atas, pesakit yang dideritanya akah lenyap 90%. Hal ini terjadi menerusi laluan-laluan penyakit tersebut. Laluan-laluan ini sama ada terbuka tanpa kawalan atau tertutup dengan sifat redha yang unik. Alhamdulillah.
Sumber: http://nabulsi.com/blue/ar/artp.php?art=5397
(Manhajuna/IAN)