Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Niat yang Ikhlas
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Niat yang Ikhlas

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Di antara persediaan dan persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan, bahawa anda hendaklah memiliki keazaman  [1] menta’mirkan dan menyemarakkan bulan Ramadhan dengan berbagai perbuatan taat; [2] mempertingkatkan kebaikan; [3] menjauhi segala kejahatan; [4] dan berusaha dengan maksimum untuk meraih keuntungan dari setiap saat yang berlalu dalam bulan Ramadhan dalam perkara yang diredhai Allah swt.

Sebenarnya keazaman ini sangat mustahak kerana hamba mukmin tidak tahu bilakah ia akan mati atau bilakah ajalnya akan tiba. Seandainya usianya telah habis dan ketentuan Allah telah ditetapkan-Nya, dimana roh hamba kembali ke hadrat Allah swt, maka niat dan keazamannya (yang ikhlas) tersebut akan menempati kedudukan amal ibadatnya. Allah swt akan memberi hamba ganjaran berdasarkan keikhlasan niat. Dengan keazaman ini ia akan memperoleh ganjaran meskipun ia belum melakukan amal ibadat yang telah diniatkannya itu.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra (bahawa Rasulullah saw) bersabda

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Allah menerangkan (peraturan-peraturan-Nya). Sesiapa yang berazam melakukan kebaikan, justeru ia belum sempat melakukannya, Allah swt tetap menuliskan untuknya satu kebaikan yang sempurna ”. HR Bukhri-Muslim.

Baginda pernah berkata mengenai peristiwa Perang Tabuk “Terdapat sekumpulan jemaah yang kita tinggalkan di Medinah, setiap kita menempuh lorong dan lembah mereka tetap berada bersama kita, justeru mereka hanya terhalang disebabkan keuzuran tertentu (seperti faktor kewangan, kesihatan, keluarga dan lain-lain)”. HR Bukhari.

Kita sendiri tahu orang yang bersama kita pada bulan Ramadhan yang lalu, pada tahun ini mereka sudah tidak ada lagi bersama kita. Berapa banyak orang yang berhasrat melakukan puasa pada bulan Ramadhan di tahun ini, akhirnya mereka tidak dapat memenuhi harapannya kerana mereka telah barada dalam kegelapan alam kubur sebelum datangnya bulan Ramadhan. Berapa banyak orang yang menanti-nanti hari atau peristiwa tertentu ia tidak dapat menyaksikan dan menikmatinya ? Berapa banyak orang yang mendambakan masa “hadapan” ia tidak mampu mendapatinya. Sebenarnya jika anda benar-benar melihat “ajal” atau kematian dan faktor penyebabnya, niscaya anda benci terhadap sikap suka berangan-angan (kosong) dan perdaya angan-angan.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berpidato di khalayak ramai, katanya “Sesungguhnya kamu tidak diciptakan Allah dengan sia-sia, kamu tak akan dibiarkan saja sedemikian rupa. Kamu mempunyai hari berbangkit di mana Allah swt sendiri akan turun di saat itu untuk menentukan balasan dan hukuman di antara hamba-hamba-Nya. Sungguh merugilah orang yang terkeluar daripada rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu, dan merugilah orang yang tidak memperoleh syurga yang luasnya seperti langit dan bumi. Tidak kah kamu sedar bahawa anda berada di dalam himpunan orang-orang yang akan meninggal dunia; akhirnya segala-galanya akan diwarisi oleh orang lain; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah swt. Anda setiap hari menyaksikan orang yang kembali ke rahmatullah kerana ajal dan usianya telah habis, anda menyaksikan kepergiannya. Lalu ia dimasukkan ke dalam lubang bumi tanpa bantal dan hamparan; ia telah meninggalkan segala kenikmatan, berpisah dengan kekasih, bertempat tinggal di dalam tanah; dan akan menghadapi hari berhisab. Dari itu, wahai hamba yang terperdaya dengan angan-angan yang panjang; yang berasa selesa dan gembira dengan amal kejahatan, anda hendaklah menaruh takut akan mati, kerana anda tidak tahu bilakah ajal anda akan datang menyerang”.

Periksalah niat anda, periksalah keazaman anda dan periksalah keikhlasan anda.

“Sekiranya mereka memang bermaksud keluar (pergi) niscaya mereka akan mempersiapkan perlengkapan” (Surah Al-Taubah, 46).

“Sekiranya mereka bersikap benar dan jujur terhadap Allah, niscaya adalah lebih baik bagi mereka”. (Surah Muhammad, 21).

Baca juga: Menuju Ramadhan Berkualitas & Cemerlang

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 131 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Rajab, Sya’ban dan Ramadhan

Manhajuna – Bulan rajab baru saja datang, dan berlalu tanpa terasa. Setelahnya adalah sya’ban, kemudian bulan …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *