Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Kisah Dilamun Rindu
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Kisah Dilamun Rindu

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Kisah Solihin Sarat Kakna

Seorang majikan membeli hamba sahaja perempuan (jariyah) dengan nilai 10 Dinar. Setelah sampai di rumah kediamannya, majikan menyediakan dan menghidangkan makanan. Si jariyah berujar ‘Tuan maafkan lah saya, di rumah kami, kami tak terbiasa makan di siang hari (boleh jadi kerana mereka melakukan ibadat puasa).’ Lantas si majikan membiarkan hamba sahaya tersebut. Pada malam harinya beliau menghidangkan makanan dan didapatinya si jariyah hanya makan sedikit sahaja.

Setelah itu, si hamba bertanya ‘Wahai Tuan, apa yang perlu saya lakukan malam ini?’ Jawab beliau ‘Malam ini tidak ada sebarang keperluan .’ Lantas si jariyah berujar ‘Baiklah, jika demikian izinkanlah saya berkhidmat (melakukan ibadat) mencari redha Majikan Yang Maha Agung, Allah SWT.’‘Baiklah, dengan penuh senang dan bahagia,’ tegas si majikan.

Si jariah pun pergi menuju penginapan yang disediakan bersolat dan beribadat. Sementara majikan juga menunaikan solat fardu Isya’ dan sejenak kemudian terus tidur berehat.

Setelah berlalu sepertiga malam pertama, si jariyah datang mengetuk pintu. Majikan bertanya ‘Adakah kamu perlu sesuatu?’ Jelasnya ‘Wahai Tuan, tidakkah Tuan teringin meraih peluang beribadat pada malam hari?’ Jawab si majikan ‘Tidak, saya ingin berehat.’ Kemudian jariah pun kembali menuju panginapannya.

Setelah berlalu separoh malam, atau persisnya pada tengah malam si jariyah untuk kedua kalinya datang mengetuk pintu kediaman majikan seraya berujar ‘Wahai Tuan, para ahli tahajud sudah bangun meraih wirid dan amalan mereka.’ Majikan berucap ‘Wahai jariyah, saya pada malam hari kaku bagaikan sepotong kayu tak bergerak, dan siang hari bagaikan sakit menderita.’

Setelah tinggal sepertiga malam terakhir, kira-kira jam 2.30 dinihari, si jariyah datang buat ketiga kalinya sembari memukul pintu dengan lebih kuat dari yang sebelumnya. Ia seraya membujuk si majikan:

أما دعاك الشوق إلى مناجاة الملك،

قم لنفسك وخذ مكانًا فقد سبقك الخُدّام،

‘Tidakkah Tuan, merasa rindu ingin bermunajat bersimpuh di hadapan Sang Raja? Bangunlah demi kemaslahatan diri Tuan sendiri; rebutlah habuanmu. Para khadam (ahli ibadat) telah  mara mendahuluimu.’

Ungkapannya ini sungguh menggugah hati; si majikan, ia pun bangkit dan berwuduk, kemudian solat beberapa rakaat. Setelah itu beliau cuba memerhatikan si jariyah. Lantas didapatinya jariyah sedang sujud sembari bercurhat, meluahkan isi hatinya di hadapan Allah:

بـِحُبِّكَ لِي إِلَّا غَفَرْتَ لَي،

‘Ya Allah, demi kecintaan-Mu terhadapku, ampunilah kiranya dosaku.’

Lantas saya tergerak bertanya:

يا جارية ومن أين علمت أنه يحبك؟

‘Wahai jariyah, bagaimana engkau tahu bahawa Allah mencintaimu?’

Beliau menjelaskan:

لولا محبته ما أنامك وأقامني،

‘Dengan kecintaan dan mahabbah-Nya lah, tuan tidur nyenyak di malam hari; dan saya nikmat berqiyam.’

Si majikan lantas berkata ‘Pergilah sesuka hatimu, engkau kumerdekakan dengan seikhlas hati, demi redha Allah yang Maha Agung.’ Si jariyah berdoa.., dan sambil pergi merakamkan ucapan perpisahan:

هذا العتق الأصغر بقي العتق الأكبر

‘Ini adalah kebebasan kecil; masih ada lagi kebebasan agung.’

IBRAH DAN IKTIBAR

  1. Peri perlunya si mukmin latihan sawm (الصوم) atau jangan makan melebihi had yang ditetapkan agama.
  2. Berlaku ihsan terhadap jariyah, menyediakan tempat, makanan, keselesaan, kebebasan berpendapat.
  3. Memberi prioriti khas bagi jariyah utk mengabdi kepada al-Khaliq (Majikan Yang Maha Agung).
  4. Si Muslim perlu merebut habuan beribadat dan bertawajuh kpd al-Mawla SWT, terutamanya pada malam hari.
  5. Pembahagian malam hari kepada tiga bahagian: sepertiga pertama, tengah malam, dan sepertiga akhir. Hal ini dapat dilihat dari pembahagian masa Nabi Daud AS.
  6. Tahajud pada zaman awal Islam termasuk wirid.
  7. Majikan perlu mengakui kelemahan di hadapan jariyah, dan memiliki emosi imani ‘Saya bagaikan sepotong kayu, kaku tak bergerak.’
  8. Termasuk sifat utama si Mukmin, kerinduan ingin bermunajat khasnya pada masa mustajab, waktu Allah turun ke langit pertama pada penghujung malam.
  9. Meciptakan roh dan semangat bersaing, muanafasah dalam diri si Mukmin dalam meraih amal salih.
  10. Si Mukmin mudah tertarik dan terpengaruh terhadap ajakan positif sahabatnya dalam rangka mengajak kepada ketaatan.
  11. Melancarkan dakwah secara bertahap, seperti yang dilakukan jariah terhadap majikannya.
  12. Kegigihan si jariyah dalam mengajak majikan, sehingga si majikan dibangunkannya tiga kali pada malam hari.
  13. Bermunajat bersimpuh di hadapan al-Mawla SWT dengan bahasa yang tersemat dalam hati nurani.
  14. Mahabbah hakiki pada pandangan salihin adalah kecintaan al-Mawla kepada hamba.
  15. Peri perlunya menyisih waktu khas untuk bertawajuh menghadap al-Mawla SWT, yakni sebaik sahaja selesai mengerjakan tugas rutin harian.
  16. Kemerdekaan terbahagi dua, kemerdekaan kecil, dan kemerdekaan agung.
  17. Sejarah salihin sarat dengan pengajaran dan ibrah.
  18. Tugas majikan terhadap amah atau jariyah merangkumi permasalahan rohani dan ubudiyah.
  19. Majikan Mukmin memiliki kepekaan keagamaan yang mulia.
  20. Perhambaan atau perbudakan tidak merupakan halangan dalam hal ubudiyah terhadap al-Mawla SWT.
  21. Keimanan dan keyakinan dapat menaikkan status dan kedudukan seseorang pada sisi Allah, al-Mawla SWT.
  22. Perjalanan hidup para salihin dituntun oleh hidayah Allah, al-Mawla SWT.
  23. Bagaimana realiti kehidupan majikan dan amah (jariyah) pada zaman kini?
  24. Apa yang menghalangi ketua keluarga dan anggota keluarga berqiyam pada malam hari?
  25. Masihkah terdapat majikan mukmin yang mengambil berat permasalahan agama amah?
  26. Masihkah terdapat amah mukminah pembawa risalah Islam dalam kerja rumah tangga?
  27. Siapakah yang masih memiliki sifat kerinduan bermunajat pada malam hari, khasnya pada penghujung malam?
  28. Peri perlunya si mukmin belajar dari sejarah solihin.
  29. Sejarah solihin membawa rahmat.
  30. Cinta duniawi penyekat rahmat.

*****

اللَّهُمَّ بِحُبِّكَ لِي يَا خَيْرَ الْمُحِبِينَ فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِ كُلَّهُ

Ya Allah, dengan kecintaan-Mu terhadapku, wahai sebaik-baik Kekasih, tutupilah semua dosaku

J’Akhir 1440 / Feb. 2019

Sumber: http://khaledaboshady.com/index.php?option=com_content&view=article&id=147&catid=37

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 185 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Rajab, Sya’ban dan Ramadhan

Manhajuna – Bulan rajab baru saja datang, dan berlalu tanpa terasa. Setelahnya adalah sya’ban, kemudian bulan …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *