Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Menjaga Kesinambungan Cinta Suami-Isteri
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menjaga Kesinambungan Cinta Suami-Isteri

Oleh: Prof. Dr. Muhammad Ratib Nablusi

Alih bahasa: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

Si Mukmin yang melayan kehendak dirinya mengikut tuntunan Allah tiada sebarang masalah. Mungkin bila sudah tiba saatnya dia akan membina rumah tangga. Maka berlangsunglah pertemuan dua insan. Namun jangan sampai ketinggalan qiyamullaiil (QS, al-Sajdah: 16). Malah sangat perlu menangis semasa bersolat tahajud (QS, al-Isra’: 119). Dengan demikian diri anda akan terselamat. Anda tidak melakukan suatu larangan Allah. Anda hanya melakukan amalan yang sesuai dengan aturan Allah. Selaras dengan suruhan dan tegahan Allah. Dalam kaitan ini Rasulullah SAW pernah bertahmid memuji Allah,

»اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَزَقَنِي حُبَّ عَائِشَةَ «

Alhamdulillah, Tuhan yang menganugerahi saya kemanisan mencintai ‘Aisyah.

Tanpa berlebih-lebihan saya perlu menyatakan bahawa pokok pangkal ajaran Islam ialah bahawa anda mencintai Allah (QS, al-Baqarah: 165). Mencintai Rasulullah adalah termasuk bahagian cinta Allah (QS, al-Taubah: 24) Seterusnya anda perlu dan mesti mencintai para sahabat baginda. Sahabat setia yang mulia (رضي الله عنهم). Anda juga perlu mencintai segenap orang beriman (QS, al-Fath: 29). Mencintai para solihin, mencintai barisan ulama ‘alamilin, dan ulama rabbaniyyin (QS, al-Nisa’: 69). Seterusnya anda juga mesti mencintai rumah-rumah Allah (QS, al-Taubah: 18). Mencintai Kitabullah, al-Qur’anul karim (QS, al-Baqarah: 121).

Termasuk pecahan cinta Allah, agar si suami mencintai isterinya. Pasangan hidup belahan jiwa anda. Allah menggesa anda agar mencintai isteri kesayangan. Rasulullah SAW sendiri mengajar umat agar mencintai isteri. Baginda berdoa,

»اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَزَقَنِي حُبَّ عَائِشَةَ «

Anda sendiri perlu mengusahakan cinta suci ini. Ketika anda masuk rumah jangan lupa mengucapkan السلام عليكم ورحمة الله Sambil melontarkan senyum kasih. Jika perlu anda sebaiknya memuji dan menilai pencapaian dan kemajuan yang dilakukan ahli keluarga di dalam pengurusan rumah kediaman yang dicinta.

Sayangnya ada setengah suami (semoga Allah memaafkan mereka), saat pulang ke rumah didapati rumah kemas, makanan siap dihidang, si isteri menunggu dengan pakaian kemas, menunggu dengan kerinduan. Si suami terus menikmati makanan tanpa ada Assalamu ‘alaikum. Tak ada Jazakillah khiara (جزا الله خيرا). ‘Saya lihat adinda ceria hari ini’. ‘Adinda adalah insan dambaan kekanda.’ Tak ada kata-kata manis penyiram cinta. (QS, al-Baqarah: 237).

Baginda Rasulullah SAW apabila masuk ke rumah sangat mudah tersenyum, ketawa ria penuh makna. Baginda mengatakan kaum wanita Adalah pelipur lara nan mahal (المؤنسات الغليات).

Pada umumnya masalah yang saya lihat menerusi panggilan telepon bahawa si suamai saat berada di rumah tiada ada masa untuk bercakap dengan ahli keluarga. Saya pernah bertukar fikiran dengan seorang pemuda yang bercerita semasa bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan, dia terkadang bebual melalui telepon dengan bakal isteri sampai melebihi sepuluh jam. Setelah dua tahun melangsungkan perkahwinan, semasa berada di rumah sunyi sepi diam seribu bahasa. Kalaupun keluar tutur katanya, mesti ada yang memulakan terlebih dahulu.

Seharusnya cinta tetap berlanjut dan berkembang. Senyum mesra, ungkapan kata nan indah menyejukkan, ucapan syukur Jazakallah khairan (جزا الله خيرا), terkadang saat diperlukan ucapan minta maaf, ma’zirah, maafkan saya.

Kunci kesuksesan dan kejayaan anda bahawa anda sukses dalam menjaga link dengan Allah, link dengan ahli keluarga, dan anak-anak belahan jiwa. Sukses dalam bidang pekerjaan. Demikian juga dalam mengurus kesihatan diri. Maka pandai-pandailah menjaga urusan empat segi ini: Allah, keluarga, pekerjaan, dan kesihatan. Anda sukses dalam ibadat kepada Allah, dalam perinteraksian dengan ahli keluarga, dalam bidang kerja, dan dalam menjaga kesihatan jasmani. Keempat-empat perkara ini saling memerlukan tidak dapat dipisah. Malah empat serangkai secara syumul.

Kesimpulannya, keinginan biologi yang diciptakan Allah dalam diri manusia ada saluran suci yang ditetapkan dalam Islam. Ini adalah termasuk limpah kurnia Allah. Tiada larangan tanpa ada penyelesaian dan jalan keluar. Biiznillah!

(Manhajuna/IAN)

(Visited 212 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%

Kajian Kisah Sholihin MASIH terasa segar kisah fakta yang terjadi lebih dua dasawarsa berlalu, persisnya …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *