Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Mengurangkan Makanan
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Mengurangkan Makanan

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Mengurangkan makanan adalah di antara matlamat puasa, yakni di antara tujuan Ramadhan adalah agar hamba melatih diri mengurangkan makanan, untuk memberi peluang perut berehat dan  memberi peluang jiwa untuk berbuat taat. Kerana  makan yang berlebihan adalah di antara faktor utama yang menyebabkan hati jadi kasar dan keras, di mana akhirnya hati laksana batu, dan menyebabkan jiwa dan nafsu berat berbuat taat, ia juga menyebabkan hamba kurang bermotivasi dalam bermunajat di hadapan Allah.

(Orang yang tidak menghayati faedah puasa semasa berbuka atau sungkai dan di malam hari) akan memenuhi perutnya dengan bermacam-macam makanan, minuman, kueh-muih dan sebagainya. Akhirnya perutnya membesar. Ia ingin turut serta melakukan solat berjamaah. Dalam solat ia sibuk memikirkan bebanan berat dan bencana yang berada dalam perutnya dan solat Taraweh. Yakni bagaimana cara mengatasinya. Pemikirannya tertumpu agar imam dengan segera mungkin menyelesaikan solatnya, supaya ia dapat berehat meletakkan bebanan isi perutnya yang sarat. Setiap ayat yang didengarnya dibaca imam sangat menyusahkannya. Orang yang begini halnya adalah berada dalam peperangan yang sengit, bukan berada dalam solat dan munajat.

Adapun hamba yang benar-benar ingin merasakan kenikmatan solat, ia tidak akan makan terlalu banyak, malahan ia akan mengurangkan makanan.

Perlu diketahui dan diingat oleh orang yang ingin memperoleh manfaat dan faedah ibadat dan faedah munajat di bulan Ramadan, bahawa (di antara hikmat) mengurangkan makan ialah:

  • Menyebabkan hati jadi halus dan peka.
  • Memperkuat dan mempertajam daya kefahaman.
  • Menundukkan dan menjinakkan nafsu.
  • Menundukkan syahwat dan kemarahan.

Muhammad bin Wasi’ berkata “Sesiapa yang makan sedikit ia akan dapat:

  • Memiliki daya kefahaman yang baik
  • Mampu memberi kefahaman kepada orang lain
  • Memiliki fikiran jernih
  • Memiliki kehalusan hati

sesungguhnya makan yang berlebihan akan menghalang hamba dari mencapai berbagai  perkara yang diingini dan didambakannya”.

Salamah bin Sa’id berkata “Generasi awal Islam sangat mencela orang yang memiliki perut yang besar, sama halnya dengan orang yang melakukan sesuatu dosa dan kesalahan”.

Pernah seorang lelaki bersendawa di samping Rasulullah saw, Baginda lalu berkata “Jangan lah anda memperdengarkan sendawa anda kepada  kami, kerana orang yang paling lama merasa kenyang di dunia ialah orang yang paling lama lapar di hari kiamat”. H R Tirmizi.

Baca juga: Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 318 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Mengelola Waktu Dengan Baik

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA Masa adalah kehidupan anda. Masa juga adalah modal …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *