Oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis, MA
Manakah yang terbaik saat saya mengatakan ‘Saya akan melakukan ini.. biiznillah, atau insya Allah.’ Mana yang terbaik?. Sama ada dalam hal keduniaan atau hal keagamaan. Atau adakah terdapat penjelasan atau huraian. Contohnya, dalam hal agama digunakan biiznillah. Dan hal keduniaan Insya Allah. Atau tak adakah perbezaan?
Alhamdulillah, pada hemat kami tak terdapat perbezaan antara istisna’ atau pengecualian dalam ungkapan anda in sya Allah dan biiznillah. Hal ini berdasarkan beberapa alasan, terutama:
Pertama: Bahawa makna dua ungkapan ini hampir sama. Ta’liq dengan masyiatillah (إن شاء الله) serupa juga dengan keizinan Allah SWT (بإذن الله). Bahawa kedua-dua penggunaan ini sama ada masyiah ‘ammah, atau keizinan kauni qadari. Dengan memandang kekhususuan sifat rububiyah yang layak bagi Khaliq Jalla wa ‘ala. Sesuatu yang dikehendaki Allah adalah yang dizinkannya juga pada hakikatnya. Sesuatu yang diizinkan Allah juga Allah menghendakinya. Allah menghendaki menjadikan sesuatu. Dengan demikian maka penggunaan dua ungkapan ini adalah sama.
Kedua: Meninjau penggunaan Quran bagi dua ungkapan ini juga hampir sama. Tidak ada perbezaan antara kedua-duanya, dalam segi makna dan konteks. Allah SWT berfirman:
وَمَا كَانَ لَنَا أَنْ نَأْتِيَكُمْ بِسُلْطَانٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ
Artinya: Kami tidak berupaya mengemukakan mukjizat tanpa seizin Allah’ (QS, Ibrahim: 11)
Allah juga berfirman:
وَمَا كَانَ لِرَسُولٍ أَنْ يَأْتِيَ بِآيَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ
Artinya: Tidak mungkin rasul mengemukakan mukjizat tanpa seizin Allah. Setiap ajal sudah tercatat’ (QS, al-Ra’d: 38)
Mengenai masyiah Allah SWT berfirman:
تَبَارَكَ الَّذِي إِنْ شَاءَ جَعَلَ لَكَ خَيْرًا مِنْ ذَلِكَ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَيَجْعَلْ لَكَ قُصُورًا
Artinya: Maha Agung Tuhan yang jika dikehendaki-Nya, Ia akan menjadikan kebaikan bagimu dari yang demikian itu, berupa syurga yang mengalir di dalamnya aneka sungai dan dijadikan-Nya bagimu mahligai nan indah (QS: Furqan:10)
Malah dalam Quran sendiri terdapat sebahagian ayat yang terdapat kedua-dua ungkapan ini menunjukkan makna makna yang berdekatan, dalam satu ayat. Contohnya firman Allah:
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا
فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ
Artinya: Tidak mungkin bagi manusia berinteraksi dgn Allah selain melalui wahyu atau di belakang hijab, atau Allah mengutus utusan. Lalu Allah memberi wahyu biiznillah tentang apa yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Agung, Maha Bijaksana. (QS: al-Syura: 51)
Firman Allah:
وَكَمْ مِنْ مَلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَى
Artinya: Banyak diantara malaikat di langit tidak berguna syafaat mereka sedikit pun. Selain setelah diberi keizinan oleh Allah bagi mereka yang dipilih dan diredhai-Nya (QS, al-Najm: 26)
Ketiga: Belum ditemukan dalam kalangan mufassrin ulama yang membezakan antara penggunaan dua ungkapan ini. Malah kita dapati ulama yang metafsirkan masyiah dengan keizinan. Tahir bin ‘Asyur berujar (رحمه الله) ‘Masyiah bermaksud bahawa Allah memberi keizinan.’ Demikianlah yang terdapat dalam al-Tahrir wa al-Tanwir, 15/296).
Ibnu ‘Uthaymin (رحمه الله) melihat bahawa ‘Keizinan Allah ada dua ketegori, kawni (كوني) dan syar’i (شرعي). kedua-dua sorotan ini sudah dijelaskan dalam tafsir firman Allah SWT:
فإنه نزله على قلبك بإذن الله
Demikianlah dinukil dari Tafsir al-Fatihah dan al-Baqarah (3/36).
Dalam kalangan fuqaha’ terdapat bab pembahasan diberi nama ‘Bab istithna’ (باب الاستثناء).
Terdapat dalam perkara yang dibincangkan ulama mengenai iman, nazar, talak, dan sebaginya. Iaitu setiap ta’liq dengan masyiatillah dan seumpamanya yang termasuk perkara yang membatalkan hukum, sepertimana terdapat dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyah (7/278). Ulama menjelaskan ‘Ungkapan anda biiznillah termasuk istithna’ juga persis seperti in sya Allah.’
Ibnu ‘Uthaimin (رحمه الله) pernah ditanya ‘Bolehkah menggunakan istisna’ dalam sumpah dengan lafaz selain in sya Allah, contohnya ungkapan biiznillah? Jawab beliau: Ya memang boleh, biiznillah sama juga dengan in sya Allah’. Demikianlah secara ringkas dinukil dari Liqa’ al-Bab al-Maftuh (Liqa’ raqam 119, pertanyaan no. 18). والله أعلم
CATATAN:
Dalam segi tulisan biiznillah lebih mudah untuk ditulis. Maka baik sekali kita membudayakan ungkapan biiznillah ini yang juga serupa maksudnya dengan in sya Allah. Bahwa anda menggantung, mengembalikan, atau menyerahkan suatu yang anda tuturkan kepada kehendak dan keizinan Allah SWT. Marilah kita tambahkan ungkapan Islamik ini dalam kehidupan kita sama ada dalam ungkapan dan dalam tulisan, sebagai usaha membudayakan ungkapan yang sangat banyak terdapat dalam Kalamullah. Dalam hal ini boleh disemak contohnya dalam firman Allah Surah Ali Imran ayat 49 (بإذن الله) dengan seizin Allah, disebutkan dalam satu ayat sebanyak dua kali. Dan Surah al-Maidah ayat 110 (بإذني) dengan seizin-Ku, disebutkan sebanyak empat kali.
(Manhajuna/IAN)