Kisah Dr. Khalid Abdul Aziz Jubeir (حفظه الله)
Oleh: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)
Kisah indah berikut ini berlansung di rumah Allah antara dr. Khalid (حفظه الله) dan belia pencinta masjid (أكرمه الله). Dr. Khalid adalah seorang doktor pakar bedah jantung bertugas di Riyadh, KSA. Beliau juga adalah seorang pendakwah motivasi tersohor. Boleh dikatakan doktor unik ini, doktor pakar merawat jasmani di hospital, beliau juga doktor pakar merawat rohani di masjid. Dalam merawat pesakit, dr khalid biasanya menggunakan pendekatan perubatan bumi dan perubatan langit, secara bersepadu. Pertemuan dan perbualan ini berlangsung di masjid di Canada, sebaik sahaja mereka selesai solat Asar berjamaah. Pemuda pilihan Allah dalam kisah ini adalah penuntut yang belajar di fakulti perubatan. Ikutilah kisah unik ini, biiznillah.
Dr. Khalid Berkisah, bahawa beliau terjumpa seorang pemuda di London Ontario, Canada. Pemuda yang ibadatnya aneh luar biasa. Ketika itu kami baru selesai Solat Asar, sebaik sahaja habis salam. Beliau membuka bicara,
‘Dr, tolong doakan ayah ibu, dan saudara-saudara saya, agar mereka beroleh hidayah Allah!
Setelah saya tatap wajahnya, saya fikir beliau penduduk asli Canada. Ternyata seorang Muslim asal Arab. Saya bertanya,
‘Ahli keluarga kamu bukan Islam?
Jawabnya, ‘Mereka semua beragama Islam.’
Lalu jiran tetangga kamu, apa saja peranan mereka?
Lantas si pemuda tersebut tersenyum sinis. Akhirnya, malah saya menyesal lantaran mengajukan pertanyaan yang bersahaja tersebut.
Si pemuda ini melanjutkan kisah indahnya,
Semasa saya belajar di tahun dua sekolah menengah, saat itu saya berusia 16 tahun, tiba-tiba ada pertanyaan yang mengganja fikiran saya. Adakah saya ini Muslim atau bukan Muslim?
- Sebenarnya, pertanyaan ini mesti anda lontarkan kepada diri anda sendiri.
Betulkah saya Muslim?
Jawabannya tentu saja, Ya betul!
Jika anda memang seorang yang berakal waras, sebagaimana pemuda mulia ini berakal waras? Beliau menanya dirinya,
Apa tandanya anda Muslim?
Apakah usaha dan jerih payah saya demi agama yang kucintai?
Adakah saya bersolat?
Bagaimana nilai solat saya?
Saya bersolat bersama siapa?
Betulkah saya bergiat untuk agama Islam?
Apa peranan saya terhadap agama ini?
Adakah saya berkorban untuk agama Islam?
Apakah infaq saya?
Ataukah saya tergolong kikir?
Adakah terdapat sumbangan saya dalam Islam?
Ini semuanya adalah sebahagian tanda bukti keislaman anda.
- Bukti anda sebagai Muslim yang betul bukan identiti card atau dokumen lain.
Pemuda tersebut melanjutkan kisahnya,
‘Saya menanya diri saya. Apa bukti diri saya sebagai muslim?
Lalu saya tidak menemukan tanda bukti. Waktu itu saya tak bersolat, puasa juga tidak. Amalan yang lain jauh sekali. Lantas tergerak hati saya pergi ke Pusat Islam. Saya lalu belajar wuduk dan solat. Saya pun mula melakukan solat.
Dr. Khalid bertanya,
Kamu tinggal dimana? Rumah kamu dekatkah dari sini?
Kerana saya perhatikan selama ini pemuda mulia ini tekun dan istiqamah solat berjamaah lima waktu.
Si pemuda menjelaskan,
‘Dari sini ke Rumah kami 45 minit jika naik bas!
Lantas kamu datang ke masjid naik apa?
Suhu udara ketika itu mendekati 40 degree, memang sangat panas.
Si pemuda tersenyum.
Tahukah bagaimana dia menjawab pertanyaan saya. Beliau menjawab dengan sepotong ayat Al-Qur’an. Ini menandakan kesan al-Qur’an terhadap dirinya.
ذَلِكُ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
Demikianlah, siapa yang membesarkan syiar agama Allah tanda hatinya dihiasi sifat taqwa (QS, 32).
Kemudian dilanjutkannya,
Saya ingin membuktikan kepada Allah bahawa diri saya ini betul mencintai Allah. Oleh yang demikian, saya berkorban masa dan tenaga demi beribadat kepada Allah.
- Inilah sebenarnya, minda dan kefahaman yang ingin saya sampaikan kepada anda.
- Anda mesti berpenat lelah, membuktikan kepada Allah, bahawa anda memang betul mencinta-Nya.
- Lalu anda berqiyamul lail, anda membuktikan kepada Allah bahawa memang anda mencintai-Nya.
- Anda mendatangi masjid waktu azan berkumandang, atau sebelum azan. Jangan selepas azan.
- Anda mesti perlu membuat perubahan dan reformasi
Seterusnya saya bertanya,
‘Kamu belajar dimana?
Jawabnya,
Saya kuliah di Fakulti Perubatan.
Oh, kamu ingin mendapatkan duit yang banyak?
Jelasnya,
Ya, betul. Apa salahnya nanti suatu hari saya jadi orang berduit. Malah saya bertekad semoga Allah memilih saya menjadi pejuang Islam yang akan menjadikan agama Islam berkembang pesat berkat usaha saya, biiznillah.
Bila saya amati, ternyata di belakang pemuda pilihan Allah ini terdapat dua saf belia yang datang solat berjamaah. Mereka berusia antara 18 – 25 tahun. Berjumlah 25 orang. ‘Mereka ini ada yang muallaf, dan ada yang memang Islam IC. Tapi dengan rahmat Allah mereka kembali ke jalan hidayah, dari lembah kesesatan sepertimana dulu saya sendiri pernah hanyut dalam kesesatan’. Jelas pemuda berhati emas ini.
(Manhajuna/IAN)