Diterjemahkan oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA
وأشهد أن لا إله إلا الله له الكبرياء في السموات والأرض وهو العزيز الحكيم
وأشهد أن نبينا وسيدنا محمدا عبدالله ورسوله اللهم صل وسلم وبارك عليه وعلى آل محمد
وعلى الصحب الكرام ومن سار على نهجهم. أما بعد
فاتقوا الله عباد الله ومن يطع الله ورسوله ويخش الله ويتقه فأولئك هم الفائزون
Mukmin yang dirahmati Allah,
Sorotan pembicaraan ialah mengenai aset dan saham ahli ilmu. Apakah gerangan yang dimaksudkan aset ahli ilmu ini? Apakah yang menjadi bisnis para ulama? Apakah pulangan yang mereka peroleh? Adakah kita berpeluang meraih seperti itu?
Saudara seiman?
Variasi Niat Aset Ahli Ilmu & Habuan Mukmin
Kegiatan dan Aset ahli ilmu ialah bisnis niat. Hal ini bermakna bahawa para ahli ilmu memiliki banyak niat dalam melakukan satu jenis amal ibadat. Lantas mereka akan mengungguli ibadat orang lain dengan mudah. Justeru bisnis niat ini bermaksud bahawa anda melakukan satu jenis amal ibadat dengan niat yang banyak. Lalu dalam satu jenis ibadat tersebut wujud nilai ketaatan yang bervariasi. Dengan satu niat pada awalnya terlahir niat yang banyak. Ini jelas akan membuahkan hasil yang banyak, sebagai anugerah Allah, Tuhan Maha Pemurah, Maha Luas Pemberian, Maha Banyak limpah kurnia-Nya.
Tempat niat adalah dalam hati. Niat inilah yang dilihat dan dinilai oleh Allah. Kewajiban si Muslim hendaklah menjaga niat. Berniat dengan ikhlas. Si Muslim perlu membaharui niat. Membaharui niat yang ikhlas. Berniat dengan niat yang bervariasi saat melakukan amal ibadat. Perkara niat ini jangan sampai terlepas dalam pikiran insan Mukmin yang berakal.
Yahya bin Kathir berujar: Kamu amat perlu mempelajari niat dengan baik. Niat ini lebih hebat dari amal ibadat itu sendiri.
Ibnu al-Mubarak berpesan ‘Terdapat amal yang dilihat kecil malah menjadi besar lantaran niat. Dan terdapat juga amal ibadat yang besar akhirnya menajdi kecil lantaran niat.’
Sebahagian generasi salaf berujar: ‘Saya memang sangat suka agar saya memiliki niat dalam melakukan segala sesuatu.’
Imam Ghazali berkata: ‘Setiap ketaatan boleh memiliki niat yang banyak. Niat yang banyak ini akan lahir dalam hati si Mukmin menurut kesungguhannya sendiri dalam meraih kebaikan, mengikut kegigihan dan pemikirannya dalam beramal. Dengan cara sebegini pelbagai amal akan berkembang dan memiliki nilai ganda.’
Saudara, mungkin anda menginginkan contoh satu amalan yang niatnya bervariasi. Hal ini termasuk kisah dialog antara Abu Musa al-Asy’ari bersama Mu’az bin Jabal (ra’ma). Kisah ini berkenaan dengan kaedah kedua-dua sahabat senior ini mengenai tilawah Qur’an. Mu’az menjelaskan: ‘Saya sendiri, saya tidur kemudian saya bangun. Saya mengharapkan tidur saya ibadat, sepertimana qiyamullail saya juga ibadat.’ (HR Bukhari-Muslim).
Imam Nawawi menjelaskan maksud ungkapan Abdullah bin Mas’ud tersebut: ‘Saya tidur dengan niat mendapatkan tenaga, membaharui semangat untuk beribadat, malah mendapatkan semangat beru untuk malakukan ketaatan. Dalam hal ini saya akan meraih ganjaran. Seperitmana saya juga meraih ganjaran semasa berqiyamullail, yakni bersolat malam.’
Sementara Ibnu Hajar memberi ulasan: ‘Bahawa Ibnu Mas’ud ingin meraih ganjaran waktu istirehat, seperti semasa berpenat lelah juga. Kerehatan yang dimaksudkan untuk supaya kuat melakukan ketaatan beribadat, juga akan menghasilkan ganjaran pahala.’
CONTOH bisnis niat:
Seorang yang bersedekah dengan niat:
– agar berpeluang bernaung di bawah naungan Allah kelak.
– agar terhubung silatur rahim.
– memberi pakaian si Muslim yang fakir.
– memberi makan si lapar.
– agar sembuh dari penyakit.
– melenyapkan kesusahan si penderita kesusahan.
– supaya kelak Allah melenyapkan keusuhannya di dunia dan akhirat.
Saudara, setiap kita sering membaca Qur’an. Jika kita cuba bertanya kepada si pembaca Qur’an ‘Mengapa anda membaca Qur’an?’ Adakah yang ditanya akan mengemukakan perkara bisnis niat atau variasi niat? Sebenarnya anda boleh saya memvariasikan niat anda saat bertilawah.
Contohnya:
– lantaran ingin merebut pahala berganda.
– supaya terbuka pintu hidayah.
– supaya hati disinari nur.
– Agar memilik pendirian yang teguh dalam beragama.
– agar ilmu, iman, dan keberkatan bertambah.
– pelenyap kegundahan dan kedukaan.
– ingin bermunajat dengan Allah.
– ingin kesembuhan dari penyakit.
– ingin berteman dengan Kalamullah.
– ingin mendapatkan syafaat Kalamullah.
– ingin meraih darjat yang tinggi di akhirat.
– ingin beroleh rahmat Arhamur Rahimin.
Termasuk contoh bisnis niat saat anda menziarahi sanak saudara, anda berniat:
– mempererat hubungan silatur rahim.
– menciptakan kegembiaraan hatinya.
– meraih ganjaran bersalaman.
– meraih ganjaran senyuman.
– bermaksud ta’awun ‘alal birri dan taqwa.
Termasuk contoh bisnis niat juga. Bahawa seorang staf saat keluar pergi kerja, ia boleh berniat:
– melakukan tugas.
– melaksanakan tanggungjawab.
– menabur salam.
– memberi kemanfaatan kepada rakyat.
– memudahkan urusan rakyat.
– bergiat mencari nafkah untuk keluarga.
Demikianlah seterusnya. Pelbagai contoh tugas harian yang kita lakukan. Insan yang bijak bestari akan memperkaya niat-niat yang baik tersebut.
(قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ )
‘Katakanlah, solatku, ibadatku, hidup matiku, adalah mencari redha Allah, Rabbul ‘alamin. (QS, al-An’am: 162). Barakallahu li wa lakum fil Qur’anil ‘azim…
KHUTBAH KEDUA.
Alhamdulillah…..
Amma ba’du, aset dan bisnis niat ini adalah aset para siddiqin. Justeru bagaimana peranan anda dalam bisnis ini, wahai umat Islam. Bisnis dan aset ini adalah gunung kebaikan yang dilupakan umat. Malah anda janganlah tergolong orang yang lupa.
Maka latihlah diri anda untuk berniat dan memvariasikan niat. Demi Allah, setiap individu pasti akan memerlukan amal kebajikan yang akan mengisi dan memberatkan timbangan amalnya, penghapus kejahatannya, teman pelipur dalam kubur, malah pemberi syafaat pada Hari Kiamat saat menghadap Allah Jalla Jalaluhu. (فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره) Mukmin yang malakukan kebaikan seberat zarah pasti akan didapatinya, kelak.’
Sumber: http://www.alukah.net/sharia/0/88435/
(Manhajuna/IAN)