Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Alquran / ETIKA MENDENGAR, KAEDAH ‘8-M’ (Tafsir Qurtubi 11/176)
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

ETIKA MENDENGAR, KAEDAH ‘8-M’ (Tafsir Qurtubi 11/176)

Bersama Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis (غفر الله له ولوالديه وللمؤنين).

Menurut Imam Qurtubi, Ibnu ‘Atiyyah ra menyatakan: Almarhum ayahku bercerita, ‘Saya mendengar Abul Fadal al-Jauhari ra berkata ‘Saat Musa as mendengar wahyu فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَى ‘Maka dengar dan perhatikanlah dengan baik wahyu yang Kusampaikan’ (QS, 13), Nabi Musa lantas berdiri sambil bersandar di atas batu, meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya sambil menunudukkan kepala, dan berdiri mendengar dengan tekun, ketika itu pakaian yang dipakainya adalah terbuat dari bulu binatang.’

Imam Qurtubi berkata, belajar menjadi pendengar yang baik mengikut semestinya, sangat dipuji dan disanjung oleh Allah SWT dalam firman-Nya ‘Mereka yang mendengarkan perkataan, lalu mengikuti perkara yang terbaiknya. Merekalah yang beroleh hidayah Allah’. (Surah al-Zumar, 18). Allah mencela sifat dan sikap sebaliknya, dalam firman-Nya ‘Kami lebih mengetahui apa yang mereka dengar….’

Dengan demikian, Allah menyanjung si pendengar yang baik yang berusaha memerhatikan apa yang didengarnya dengan fokus dan perhatian yang tinggi. Allah menggesa hamba-Nya mengenai adab dan etika mendengar ‘Apabila dibacakan Quran maka perhatikannlah, dan dengarlah dengan fokus, agar kamu beroleh rahmat.’ Sementara dalam surah Toha ini Allah SWT berfirman ‘Maka dengar dan perhatikanlah dengan baik wahyu yang Kusampaikan’, kerana hanya dengan ‘menjadi pendengar terbaik’ si hamba akan beroleh ‘kefahaman’ dan pengertian daripada Allah SWT.

WAHAB BIN MUNABBIH (رحمه الله) berkata bahawa termasuk adab istiama’ (etika mendengar): Anggota badan hendaklah tenang jangan digerak-gerakkan, pandangan hendaklah ditundukkan atau merendah, mendengar dengan penumpuan, akal fikiran memahami dengan tekun, dan memiliki keazaman untuk mengamalkan sesuatu yang didengar. Inilah etika mendengar yang dikehendaki Allah SWT, yakni segala anggota badan diawasi supaya tidak bergerak, jangan digerak-gerakan dengan gerakan yang tidak perlu, agar ‘hati’ tidak menghadapi gangguan dalam menghadam maklumat yang didengarnya.

Mata hendaklah ditundukkan agar ‘hati’ tidak terintang dengan perkara yang dilihatnya. Akal dan hati hendklah tertumpu, sehingga jangan ada perkara lain yang terlintas dalam fikirannya. Dalam pada itu si pendengar berkeazaman tinggi ingin mengetahui dan menghayati yang didengar bagi tujuan menerap dan mengamalkannya.

Sementara SUFYAN BIN ‘UYAINAH (رحمه الله) berkata awal proses dalam belajar adalah belajar menjadi pendengar yang baik, memahami apa yang didengar, menghafaz maklumat, menerapakan dan mengamalkannya, dan bergiat menyebarkannya. Jika si hamba berusaha mendengar Kitabullah dan Hadis dengan baik, dengan niat yang ikhlas, mengikut cara dan kaedah yang disukai oleh Allah, niscaya Allah akan memberinya kefahaman seperti mana yang dikehendakinya. Malah Allah akan menciptakan nur dalam hatinya.

Berdasarkan keterangan terdahulu, boleh disimpulkan rumusan berikut, atau yang dinamakan

RUMUSAN KAEDAH 8-M:

  • Menenangkan anggota badan (relax)
  • Mengawal pandangan
  • Mendengar dengan penumpuan
  • Memahami pembicaraan
  • Membuat catatan
  • Menghafal isi kandungan
  • Menerap dan mengamalkan
  • Menyebar dan menyampaikan

(Manhajuna/IAN)

(Visited 90 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%

Kajian Kisah Sholihin MASIH terasa segar kisah fakta yang terjadi lebih dua dasawarsa berlalu, persisnya …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *