Oleh: Ust. Dr. H. Ahmad Asri Lubis
- Pesan GURU buat ANAK ROHANI kecintaannya, agar si anak bertaqwa kepada Allah semasa bersendirian dan di hadapan manusia. agar menjauhui faktor penyebab si hamba terdinding dari rahmat Allah, kerana mencari ilmu tanpa ‘kesediaan’ ketaatan adalah bagaikan safar tanpa bekalan.
- Saya nasihatkan agar kamu memelihara diri, nafsu, dan anggota badan. Redha dengan apa yang ada. Tabah menghadapi kekurangan. Setia terhadap janji. Memperbanyak rukuk dan sujud. mengamalkan sunnah.
- Mencontohi barisan ulama. Mengikuti jejak ahli ibadat yang taat. Mempergauli ahli taubat yang khusyuk. Mendekati hamba yang setia dan tawaduk. Menziarahi hamba yang tekun rukuk dan sujud.
- Wahai saudaraku, engkau hendaklah memiliki ilmu yang luas. Memiliki sifat pemaaf yang agung, dan berlapang dada. Ketawamu adalah senyuman. Pertanyaanmu adalah kerana ingin belajar. Suka membimbing si lalai, dan mengajar si bodoh.
- Jangan sakiti orang yang menyakitimu. Jangan suka mencampuri urusan yang tidak perlu. Jangan suka melihat orang ditimpa musibah. Jangan kotori lidahmu dengan ghibah. Selaraskan perbuatan dengan ucapan. Sangat tabah menahan diri dalam mengahadapi perkara kesyubhatan.
- Jadi ayah bagi si anak yatim. Sentiasa berwajah ceria dan simpati. Berhati indah dan mulia. Sibuk mengurus diri, bukan mengurus orang lain. Tekun dan rajin beribadat. Suka mencari dan mengusahakan peningkatan dan ketinggian. Pendiam, dan sabar menghadapi perlakuan jahat si jahil. Pemaaf terhadap orang yang manyakiti anda. Mengasihi anak muda, dan menghormati orang tua.
- Amanah dalam menunaikan sebarang amanah. Terjauh dari sifat khianat. Sabar menghadapi cabaran. Sederhanda dan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Suka membantu orang.
- Rajin solat, tekun berpuasa. Solat kerana cinta dan takut. Saum kerana ingin redha Allah. Tekun dalam hal memelihara pandangan. Jarang berbuat silap. Rajin dan banyak beramal. beradap sopan di depan awlia. kata-katamu adalah hikmah. Pandanganmu kerana mengambil iktibar. Tidak suka mengeluh.
- Tidak mau mendedahkan kecacatan orang. Tidak bersifat hasad dengki. Giat meraih sesuatu perkara yang paling tinggi. Membangun bumi dengan jasadmu, dan membangun kubur dengan jiwa dan hatimu. Berpakaian yang tawaduk. Terhindar dari kepentingan pribadi. Dan senstiasa bertawakal kepada Allah.
Tautan: https://www.darulfatwa.org.au/ar/%D9%88%D8%B5%D9%8A%D8%A9-%D8%B9%D8%A7%D9%84%D9%85-2/
(Manhajuna/IAN)
(Visited 69 times, 1 visits today)