Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Sukses Umroh Doanya Terkabul 100%

Kajian Kisah Sholihin

MASIH terasa segar kisah fakta yang terjadi lebih dua dasawarsa berlalu, persisnya pada tahun 2001. Subhanallah, kisah ini saya alami sendiri semasa saya, Ahmad Asri Lubis berkhidmat di Negara Brunei Darussalam.

Seorang hamba Allah yang soleh bertugas sebagai muallim atau guru baru saja pension (bersara). Semasa bertugas di sekolah beliau termasuk muallim yang disegani oleh guru-guru dan murid. Komitment dan iltizam menjalankan tugas memang dikenal dalam kalangan rakan-rakan beliau di kantor. Kantor yang terletak di Kampong Burong Pengei Ayer, Bandar Seri Begawan (BSB) persis berhampiran Masjid Kampong Ayer. Beliau termasuk tenaga pengajar yang ringan langkahnya mendatangi rumah Allah menyahut seruan azan sebaik sahaja panggilan Ilahi memecah kesunyian ruang udara BSB, khasnya saat tidak ada tugasan mengajar dan seumpamanya. Muallim yang lebih suka banyak diam dari banyak cakap ini, menjelang usia pencen sangat suka memanfaatkan masa senggangnya menikmati ‘tilawah’ (membaca) Quran, di samping mengisi kekosongan jiwa melalui  bahan bacaan agama.

Seperti kebanyakan pegawai kerajaan, muallim ini berniat menunaikan Ibadah Haji setelah memasuki usia pencen (pansiun). Beliau berhasrat ke Tanah Suci bersama isteri dan ahli keluarga. Namun sebelum itu, muallim ini berniat melaksanakan ibadah umrah terlebih dahulu. Tujuannya, supaya beliau mengetahui lokasi pelaksaan ibadah haji dan ziarah sebelum beliau menjadi pembimbing keluarga dalam perjalanan haji yang dicadangkan.

Setelah melaksanakan pendaftaran di kantor urusan haji, dan setelah mengikuti kursus dan latihan haji / umrah, muallim ini menemui penulis untuk berkonsultasi dan bertukar fikiran, beliau berujar:

‘Saya akan berangkat ke Tanah Suci melaksanakan umrah. Saya baca doa-doa di Tanah Suci dalam buku panduan haji-umrah, cukup banyak dan bervariasi. Isinya sangat baik. Namun bagi jemaah seperti saya ini, sangat susah rasanya membaca doa-doa ini. Apalagi jika dibaca teks Arab dan terjemahan Melayu. Saya harap Ustaz dapat memberi saya solusi dan pandangan bernas dalam hal ini. Saya rasa doa yang dibaca sebaiknya lahir dari hati yang ikhlas, dan dengan keyakinan Allah mendengar isi hati orang yang berdoa.’

Demikianlah kira-kira luahan isi hati atau curhat si  muallim ini saat datang di kediaman saya di Brunei. Bagi menjawab keluhan dan luahan fitrah suci hati si mukmin yang sekian tahun dilamun kerinduan ingin menziarahi Baitullah, di Makkah dan Medinah, saya dengan senang dan yakin mengatakan:

Bahwa tidak salah jika doa yang terdapat dalam buku panduan haji-umrah dibaca dan diamalkan. Dan tidak salah juga jika si mukmin membaca doa pilihan lain.

Apa yang penting khasnya semasa berada di Tanah Suci, si mukmin mesti berdoa dengan tadarruk (تضرع). Mengaku banyak dosa, banyak kelalain terhadap Allah, dan banyak kezaliman terhadap diri sendiri. Dan kedatangannya ke Tanah Suci adalah membawa kegundahan dosa yang banyak, dan mengharapkan limpah rahmat keampunan Allah. Hal ini sebaikanya disampaikan dalam munajat dan dengan perasaan hiba dan harap.

Dalam pada itu, perlu juga didoakan mengenai kemaslahatan isteri / suami, anak cucu, kedua-dua orang tua, sanak saudara dan lain-lain. Dan yang tidak kalah penting, memohon  meraih peningkatan iman dan keyakinan sekembali dari Tanah Suci, dan mendapat ‘husnul khatimah’, atau meninggal dalam ketaatan. Demikianlah yang dapat saya sampaikan kepada si hamba ini yang sekian lama merindukan bertemu Allah, Rabbul alamin ini di sisi Ka’bah.

Seterusnya, beliau mengharap supaya saya menulis apa yang saya sebutkan di atas. Hal ini bermaksud supaya memudahkan beliau berdoa dengan membaca doa tertulis dalam bahasa ibunda yang dia sendiri sudah mengerti maksud tujuan, dan asbab wurudnya (yakni cerita awal doa ini dibuat dan disusun). Dengan segala senang hati, saya cuba menulis doa tersebut, seperti terlampir dalam risalah ini.

SUBHANALLAH, TERKABUL 100%

Dengan bekalan keyakinan dari hasil konsultasi yang tulus. Muallim ini berangkat ke Tanah Suci membawa kertas doa munajat hasil tukar fikiran tersebut di atas.

Sekembali dari malaksanakan ibadah umrah, beliau berkisah bahwa selama di Makkah, Medinah dan tempat-tempat suci lain, beliau lebih menumpukan berdoa mengikut teks yang tertera dalam kertas yang dibawanya tersebut. Beliau menambahkan bahwa doa tersebut dibacanya dengan rasa hiba, yakin, dan harapan yang tinggi. Dibacanya dengan linangan air mata, malah dengan jasad yang merinding. Lidah, hati dan jasadnya berinteraksi dengan doa tersebut. Setiap kali doa dibacanya, luahan isi hatinya dibuktikan dan diiringi dengan linangan air mata keinsafan dan keyakinan. Beliau yakin rintihan munjatnya didengar dan diijabah oleh Rabbul ‘alamin, al-Maula SWT.

Subhanallah, dilihat pula realitas keadaan dan cara hidup muallim ini sekembali dari ‘umrah penjajakan’ ini, benar-benar terbukti apa yang dimintanya di Baitullah dikabulkan Allah. Termasuk perubahan besar dalam hidup beliau ialah semakin tekun dan yakin melakukan amal saleh antara lain:

  1. Solat berjamaah lima waktu.
  2. Menekuni solat sunat.
  3. Zikir dan tilawah Kitabullah.
  4. Mengisi kehausan dan kekosongan rohani melalui bahan bacaan agama yang berkualiti (mengenai kisah solihin, alam barzah, hari akhirat).
  5. Menjauhi faktor yang melalaikan (kahsnya media media elektronik).

Hal ini di samping perkara-perkara lain yang secara keseluruhannya membuktikan bahwa Allah SWT telah mengurniakan maghfirah dan keampunan dosa. Bahwa si hamba yang diampuni dosanya akan mudah melakukan ketaatan, diberi taufik menjauhi dosa dan kemaksiatan.

Meraih Husnul Khatimah

Setelah menikmati kemanisan hidup dalam ketaatan dan keredhaan Allah yang merupakan ‘balasan duniwi’ atau ‘sorga dunia’ si mukmin, tibalah saatnya hamba Allah ini dipanggil ke hadrat Allah SWT.

Subhanallah, pada pagi hari tersebut beliau dalam keadaan sehat tanpa ada gejala gangguan kesihatan. Beliau menunaikan solat fardhu Subuh berjamaah di masjid yang terletak beberapa kilometer dari rumah kediamannya. Sekembali dari masjid beliau bergaul mesra dengan isteri dan anak-anak belahan jiwa. Sebelum beliau besiap-siap menunaikan soat fardhu Zuhur di masjid yang sama, beliau memberi tahu ahli keluarga bahwa beliau ingin tidur qailulah sejenak menjelang tengah hari, beliaupun naik ke tinggkat dua rumah kediamannya. Si mukmin yang tidur qailulah dengan niat menghilangkan kepenatan, dan agar badan terasa segar semasa menunaikan ibadah solat setelah bangun, maka tidur yang dijalaninya adalah ‘tidur ibadat’. Sementara kebanyakan tidur orang awam hanyalah ‘tidur adat.’

Bagi mengabulkan doa si muallim ini semasa di Tanah Suci, yakni mengenai ‘husnul khatimah,’ maka Allah telah memilih timing atau masa terbaik bagi  ‘husnul khatimah’ ini adalah semasa tidur ibadat atau tidur qailulah mubarakah ini. Dengan demikian si muallim kembali ke rahmatullah dalam ‘tidur ibadat’. Sungguh mulia roh dan jasadmu di sisi Allah.

Semoga kita, dan pembaca yang budiman, dihimpunkan bersama kelak dalam sorga Allah ( الفردوس الأعلى), amin!‘

Husnul Khatimah’ atau meninggal dalam ketaatan adalah dambaan dan impian setiap mukmin. Di dalam sunnah Rasul ﷺ, umat dianjurkan berdoa agar meraih martabat husnul khatimah.Dengan demikian doa beliau di Tanah Suci yang tertuang atau termaktub dalam kertas yang dibacanya tanpa jemu, terkabul sepenuhnya 100 % dengan rahmat dan taufiq al-Mawla SWT.

Lampiran:

Doa di Tanah Suci Teruji Mujarrab

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياءِ والمرسلين ،وعلى آله وصحبه أجمعين،

Ya Allah, ya Tuhanku, Yang bersifat Rahman dan Rahim. Saya datang bersama beribu-ribu hamba-Mu bagi menyahut panggilan suci-Mu, لبيك اللهم لبيك  Saya dari negeri yang jauh datang ke tempat yang suci dan mulia ini, hanya semata-mata mengharapkan limpahan rahmat dan keampunan-Mu.

Saya mengakui dan menyesali betapa diriku ini banyak berbalut aneka ragam dosa, akibat kelemahan, kejahilan dan kelalaian. Dalam pada itu saya yakin dan percaya akan sifat Rahman dan Rahim-Mu. Dengan Rahman dan Rahim-Mu Engkau tidak akan menghampakan harapan setiap hamba-Mu yang menadahkan tangan dan berdoa.

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim. Curahkanlah rahmat dan keampunan-Mu ke atas kami (suami-isteri), dan kedua-dua orang tua kami, curahkanlah rahmat dan keampunan-Mu ke atas mereka seperti mereka mencurahkan kasih sayang ke atasku semasa kecil. Ampunilah kami, saya dan isteriku, demikian juga segenap anak cucu kami, kerabat dan sahabat handai kami, ya Arhamar Rahimin.

Ya Rahman, ya Rahim, saya mengaku bahwa hati saya menghadapi masalah kekotoran dan penyakit. Hanyalah kepda-Mu ya Allah tempat saya mengadukan perihal hati saya ini. Lenyapkanlah segala kekotoran dan penyakit yang terdapat di dalam hati saya ini. Jadikanlah hati saya hati yang bersih, sihat sejahtera (قلبٌ سليمٌ). Dan curahkanlah ke dalam hati saya cahaya ilmu, iman dan keyakinan serta kecintaan terhadap-Mu.

Ya Allah, al-Rahman al-Rahim, karuniailah kami keimanan dan keyakinan yang benar-benar bersemi di dalam hati. Keimanan yang merangsang kami mentaati-Mu. Ya Rahman ya Rahim, bukakanlah bagi kami pintu kejayaan dalam menempuh dan mengharungi samudera kehidupan yang luas ini.  Berilah kami husnul kahtimah dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ya Allah, saya datang dari negeri yang jauh ke tempat suci dan mulia ini, membawa seribu harapan agar Engkau meperkenankan doa saya ini. Janganlah Engkau menolak harapan saya disebabakan kelamahan dan kecacatan yang terdapa pada diri saya. Harapan saya kepada-Mu ya Allah, sungguh besar. Hanyalah Engkau yang lebih tahu tentang isi hatiku yang sebenar, kerana hatiku berada dalam kekuasaan-Mu.

Ya Allah, jika Engkau menolak permintaanku, kepada siapakah lagi aku mengadukan perihalku. Jika Engkau menutup pintu rahmat-Mu, pintu siapakah lagi yang kudatangi. Engkau adalah Tuhan Yang Pengasih, Penyayang; Tuhan Yang Maha Kaya, Maha Kuasa. Rahamat-Mu sangat luas, kekayaan-Mu tidak terhingga. Tidak mungkin Engkau menghampakan harapanku ini. Mustahil lah Engkau mengecewakan permin-taan hamba-Mu yang menggantungkan segala harapannya kepada-Mu.Ya Allah, karuniailah kami husnul kahtimah dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin!

 Catatan: Doa seperti ini boleh diaplikasi atau diamalkan bukan hanya di Tanah Suci. Kasih sayang dan rahmat Allah memberikan masa dan tempat mustajab berdoa di setiap pelosok bumi pada waktu-waktu dan kondisi yang ditetapkan dalam agama, biiznillah. Dengan arti kata, doa mustajab bukan hanya dilakukan di Tanah Suci, malah di mana saja dapat diraih, berdasarkan panduan agama Allah, terutama pada penghujung malam.

Ditulis-ulang pada 17 Julai 2017, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menyambut kedatangan Ramadhan Mubarak 1438 H.

Risalah Ponpes Darussalam, Pinaga,  18 Zulkaedah 1445 / 26 Mei 2024

Bersama Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis, Lc, MA (غفر الله له ولوالديه وللمؤنين).

(Manhajuna/IAN)

(Visited 347 times, 3 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

ETIKA MENDENGAR, KAEDAH ‘8-M’ (Tafsir Qurtubi 11/176)

Bersama Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis (غفر الله له ولوالديه وللمؤنين). Menurut Imam Qurtubi, Ibnu …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *