Oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis, MA
Semasa anda dalam pesawat anda merasa tenang dan selesa, meskipun anda tak mengenali pilot pesawat. Dalam feri juga anda menikmati keselesaan, anda tak kenal kapten kapal. Justeru mengapa anda tak menikmati keselesaan dalam hidup ini jika anda memang meyakini bahawa Juru Pentadbir kehidupan adalah Allah. Maka perbaharuilah keyakinan anda terhadap Allah. Anda jelas memiliki krisis keyakinan tarhadap Khalik, al-Maula SWT.
قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَمَّنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ
Artinya: Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Maka mereka akan menjawab: “Allah”. Maka katakanlah “Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?”
Saat kehendak Allah akan berlaku, Allah akan menciptakan sikon, Allah juga akan menciptakan asbab, Allah akan memberi ilham terhadap akal, malah Allah akan membukakan hati orang yang dipilih-Nya bagi perkara yang dikehendaki-Nya.
Seandainya anda berupaya menyelami keadaan hati manusia, akan terlihat pada setiap hati mereka penyakit rohani tertentu. Maka kita perlu saling menyayangi, agar kita dilimpahi rahmat Ilahi. Sudah lumrah bahawa niat yang baik akan menghasilkan kejutan nan indah.
Tetaplah berhati bersih dan berniat murni. Anda jangan mudah terpengaruh dengan orang lain.
Allah membantu anda saat semua orang tak menghiraukan anda. Allah menyinari anda saat anda berjalan bersendirian dalam kegelapan. Malah Allah lah sumber doa rintihan hati nurani anda.
Jadilah anda untuk Allah segala sesuatu akan jadi milikmu.
Saya sangat kagum melihat persahabatan bersahaja mereka yang hanya dalam hidup ini bangga dengan akhlak mulia. Lumrah mereka di dunia ini hanya senyuman dan merendah diri.
Setelah kesempitan pasti ada kelapangan. Jika Allah menutup satu pintu akan terbuka pintu lain yang terbaik. Jika anda menghadapi kesusahan jangan lupa bahawa ada orang lain perlu kepada apa yang anda hajatkan.
Tetaplah bertahmid, menyebut Alhamdulillah! Husnuzon terhadap Allah adalah asas utama fikiran optimis.
Inilah kekayaan hakiki yang dicari. Inilah yang diperlukan untuk mencapai kebahagiaan. Saat anda jatuh jangan terus menyerah. Bangkitlah, lakukanlah pembaikan saat anda tersalah. Jika anda gagal cuba lagi.
Jika hari yang anda lalui memaksa anda bermuram durja cubalah senyum tak usah peduli. Baharuilah harapan baik anda terhadap Allah Sekarang senyumlah.
Ingatlah nikmat Allah yang ada pada anda. Amatilah diri anda dan persekitaran anda, anda sungguh indah anda selamat sejahtera. Singkirkanlah kegundahan anda. Ini hanyalah terkait waktu. Waktu akan berlalu. Hanya anda perlu senyum. Jadilah insan nan indah nescaya anda akan terlihat keindahan hidup.
Rezeki kedua anda terkadang lebih baik dari rezeki pertama. Maka anda tak usah berputus asa. Tunggulah setiap pengagihan Allah yang indah. Anda harus optimis Anda tak perlu merasa tersakiti dengan banyak berfikir, tentang apa yang dikatakan dan yang dilakukan orang lain.
Binalah kepercayaan terhadap Allah dan terhadap dirimu. Selagi mereka insan, mereka hanya mampu berucap tak lebih dari itu. Jangan menyesali suatu yang belum anda peroleh. Jika daun usia telah gugur pasti tak akan kembali lagi. Namun pada setiap musim bunga akan muncul dedaun baru. Inilah lumrah hidup. Anda perlu menyesuaikan diri.
Beradaptasilah dengan sikon yang baru. Tak ada keadaan yang kekal. Kesedihanmu akan digulung hari. Lukamu akan diubati zaman. Kepenatan yang terasa dalam dada akan disusuli kebahagiaan akhirnya kepenatan akan sirna. Ingatlah bahawa anda akan menuai hasil sesuai dengan tahap kesabaran anda.
(Manhajuna/IAN)