Oleh: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)
Peringatan Allah dalam Qur’an, penghujung ayat 237, Surah al-Baqarah, dalam pesanan mesra, allah memberi peringatan:
وَلَا تَنسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Kamu jangan pernah melupakan jasa baik sesama kamu. Sungguh Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.
Sekurang-kurangnya, anda mendoakan mereka yang pernah menabur jasa. Jika hendak dikira manusia yang berjasa dalam kehidupan kita ini, memang tak terkira. Demikian juga jenis dan nilai jasa yang diterima. Subhanallah.
Paling kurang maka doakanlah mereka. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka, dan memberi rahmat. Mengingat jasa orang lain, sebahagian dari mengingat nikmat Allah, yang Maha Rahman Maha Rahim (الرحمن الرحيم).
*** ***
Dalam peringatan mesranya, Rasulullah SAW berpesan,
مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ
JIKA ada kamu menerima kebaikan seseorang kamu perlu membalas kebaikan tersebut. Jika kamu tidak mampu membalas kebaikannya, maka doakanlah orang tersebut. Sehingga kamu sendiri menyaksikan bahawa kamu memang telah membalas kebaikannya. (HR Abu Daud).
Jika kamu tidak mampu membalas jasa orang yang pernah melakukan kebaikan kepada kamu, sekurang-kurangnya balaslah dengan mendoakannya. Atau dengan kata-kata yang membutikan terima kasih. Contohnya,
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا – بَارَكَ اللهُ فِيكَ – أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ
dan sebagainya.
Dalam hal ini Rasulullah SAW juga berpesan
Jika kamu menerima kebaikan seseorang, lalu kamu mendoakannya
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
maka nilai pujian kamu itu sudah cukup maksimum. (HR.Tirmizi).
(Manhajuna/IAN)