Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Doa Puterinya Didengar ALLAH
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Doa Puterinya Didengar ALLAH

Diterjemahkan oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Beliau adalah seorang suami muda yang baru dianugerahi seorang cahaya mata. Beliau koma selama 15 tahun. Lantas apa yang berlaku? Yang berkisah adalah isteri setia beliau sendiri. Si isteri solehah berkisah pada tahun 1415H. Si isteri setia bercerita suamiku ketika itu masih muda belia, memiliki semangat dan motivasi yang tinggi, aktif, kacak, berbadan tegap. Beliau suami yang taat beragama, berakhlak mulia, dan taat kepada ibubapa.

Kami melangsungkan perkahwinan pada tahun 1390H. Seperti kebiasaan keluarga di Saudi Arabia kami tinggal di rumah mertua. Saya perhatikan sifat ihsan si suami terhadap kedua ibu bapanya sangat membuat daku kagum. Syukurlah Allah menganugerahiku suami ideal sebegini.

Setahun setelah melangsungkan perkahwinan kami dianugerahi seorang cahaya mata bernama Asma’. Kemudian si suami pindah kerja ke kawasan timur Saudi Arabia. Beliau bekerja satu minggu dan bercuti bersama keluarga satu minggu. Hal yang demikianlah berlalu selama tiga tahun. Puteri kami pun sudah berusia empat tahun.

Kejadian pahit itu berlaku pada 9 Ramadhan 1395 H. Pada saat itu beliau dalam perjalanan pulang ke kota Riyadh. Kenderaan yang dipandunya terbabas malah terbalik. Beliau segera dimasukkan ke hospital. Keadaan beliau koma. Para doktor spesialis mengisytiharkan keadaannya memang koma. Sel-sel otak beliau 95% tak berpungsi, atau sudah rosak. Kejadian ini sangat menyedihkan kami, khasnya kedua mertua saya yang sudah lanjut usia. Peristiwa ini semakin terasa menyedihkan saat anak kami Asma’ menanya ayah. Si ayah yang sangat menyayangi anak berjanji akan membelikan mainan kesukaan puteri kesayangan.

Setiap hari kami bergilir menjaga beliau di Hospital. Justeru keadaan beliau masih tetap seperti demikian tanpa sebarang perkembangan. Setelah berlalu lima tahun ada yang mencadangkan supaya saya lebih baik meminta talak melalui mahkamah, lantaran beliau memang tetap masih dalam kondisi koma. Malah sangat tipis sekali harapan beliau akan pulih. Justeru sebahagian ulama memang berfatwa bahawa harus hukumnya dilaksanakan talak dalam keadaan si suami sedemikian rupa.

Namun saya menolak saran atau alternatif ini sama sekali. Saya bertekad tidak akan mengajukan talak selagi suami saya ini masih berada di atas permukaan bumi. Sama ada beliau ditimbun dalam tanah jika beliau memang sudah tiada. Atau suami saya dibiarkan sahaja, semoga Allah akan memberi ketentuan yang terbaik.

Dalam pada itu saya sangat mengambil berat mengenai tarbiah anak kami yang masih kecil. Puteri tunggal ini saya masukkan ke sekolah tahfiz al-Quran. Malah Asma’ berjaya menghafal 30 juz Quran di bawah usia sepuluh tahun. Setelah itu saya memberitahu beliau mengenai kisah ayahnya. Fikirannya sering dirintangi oleh kisah dan keadaan si ayah. Terkadang airmatanya derai berlinang, dan terkadang terdiam seribu bahasa.

Puteriku ini puteri solehah. Solat tepat waktu, tekun bertahajud sejak berusia dibawah tujuh tahun.

Saya sangat bersyukur kerana Allah memberi saya taufik untuk mendidik puteri saya. Almarahum Ibu dan ayah juga turut serta dalam mendidiknya.

Terkadang saya bawa Asma’ menjenguk ayahnya. Puteri saya memang sering mendoakan ayahnya. Malah bersedekah bagi pihak beliau. Pada suatu hari pada tahun 1410H si anak ini mengemukakan gagasan: “Wahai ibuku, biarlah saya pada malam ini tidur di samping ayah”.  Pada awalnya saya dilanda keraguan. Namun akhirnya saya setuju. Si anak soleh berkisah ‘Pada malam hari saya duduk di sisi ayah sembari membaca Surah al-Baqarah. Saya membaca al-Baqarah hingga selesai. Setelah itu saya terasa mengantuk. Saya pun tidur. Malah saya mendapati seakan-akan kehidupanku diliputi senyuman indah. Hatiku pun terasa tenteram.

Setelah itu dengan taufik Allah saya terbangun dan berwuduk serta bersolat. Sesudah itu, untuk kedua kalinya saya terasa mengantuk lagi. Saya masih di atas sejadah. Lantas saya terdengar suara atau himbauan:

Bangunlah, bagaimana anda tertidur justeru Allah Maha Rahman tak tidur. Bagaimana hal ini berlaku. Bukankah ini saat mustajab, saat yang Allah tak pernah menolak doa hamba-Nya.
Lalu saya pun bangun seakan-akan saya teringat perkara yang selama ini saya terlupa. Saya menadahkan tangan sambil menatap si ayah yang koma, air mata saya pun derai belinang. Sambil bermunajat dan berdoa:

يَا رَبِّي يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ يَا عَظِيمُ يَا جَبَّارُ يَا كَبِيرُ يَا مُتَعَالٍ يَا رَحْمَنُ يَا رَحِيمُ، هَذَا وَالِدِي عَبْدٌ مِنْ عِبَادِكَ أَصَابَتْهُ الضَّرَّاءُ فَصَبَرْنَا، حَمِدْنَاكَ وَآمَنَّا بِمَا قَضَيْتَهُ لَهُ، اَللَّهُمَّ إِنَّهُ تَحْتَ مَشِيئَتِكَ وَرَحْمَتِكَ اَللَّهُمّ يَامَنْ شَفَيْتَ أَيُّوبَ مِنْ بَلْوَاهُ. وَرَدَدتَّ مُوسَى لِأُمِّهِ، وَأَنْجَيْتَ يُونُسَ فِي بَطْنِ الْحُوتِ،وَجَعَلْتَ النَّارَ بَرْدًا وَسَلاَمًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ؛ إِشْفِ أِبَّي ِمِمَّا حَلَّ بِهِ، اَللَّهُمّ إِنَّهُمْ زَعَمُوا أَنَّهُ مَيْئُوسٌ مِنْهُ. اَللَّهُمّ فَلَكَ الْقُدْرَةُ وَالْعَظَمَةُ؛ فَالْطُفْ بِهِ وِارْفَعِ الْبَأْسَ عَنْهُ.

Ayahku ini adalah salah seorang hamba-Mu. Beliau ditimpa bencana lalu kami terima dengan rela dan sabar. Malah kami hanya memuji-Mu. Kami mengimani suratan takdir-Mu ke atasnya. Allahumma ya Allah, ayahku ini dalam genggaman ketentuan dan rahmat-Mu. Allahumma ya Allah, Tuhan yang melimpahkan kesembuhan kepada Nabi Ayub dari ujian yang dihadapi baginda. Dikau jua lah yang mengembalikan semula Nabi Musa kepada ibu baginda. Dikau menyelamatkan Nabi Yunus dari perut ikan. Dikau juga yang menjadikan api sejuk dan menyelamatkan Nabi Ibrahim. Justeru, anugerahilah kesembuhan kepada ayahku dari penderitaan yang dialami beliau. Alahumma ya Allah, mereka menduga bahawa ayahku sangat tipis harapa untuk sembuh. Allahumma ya Allah, justeru kekuasan dan keagungan hanyalah milik-Mu. Kelembutan belai kasihmu yang kudambakan. Lenyapkanlah penderitaan ayahku ini.

Kemudian, untuk ketiga kalinya, saya tertidur lagi. Menjelang fajar saya terlena. Lantas saya terdengar suara sayup-sayup sampai menggamit ‘Kamu ini siapa? Apa yang kamu lakukan di sini?‘ Saya bangkit mencari sumber suara tersebut. Saya menoleh ke kanan dan kiri, namun tak terlihat seorang jua pun. Kemudian kedua kalilnya suara tersebut menggamit lagi. Rupanya, suara tersebut suara ayah sendiri. Saya sungguh terharu, tak terdaya mengawal diriku. Saya terus merangkul si ayah dengan riang gembira. Justeru si ayah menepis diriku, sembari berisighfar. Malah berujar ‘Takutlah kepada Allah, engkau tak halal bagi diriku.’ Saya pun terus membujuk manja ‘Sayalah puteri ayah, Asma.’ Si ayah pun terdiam seribu bahasa.

Lantas saya menemui para doktor menceritakan peristiwa yang berlaku. Mereka pun berkejar. Setelah melihat si ayah mereka merasa kagum keanehan. Seorang doktor warga Amerika berujar dengan nada yang gegap “Subhanallah“. Seorang doktor warga Mesir berujar:

سُبْحَانَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ

Maha Suci Allah, yang menghidupkan semula tulang belulang yang sudah hancur.

Justeru si ayah tak tahu apa yang berlaku, sehinggalah kami yang bercerita. Beliau pun menangis seraya berkata:

Allah lah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara. Allah pasti mengurus hamba yang saleh dengan baik. Demi Allah, apa yang teringat bagi saya hanya sebelum kejadian tersebut saya ingin berhendi sejenak untuk bersolat duha. Saya tak teringat, adakah saya memang bersolat atau tidak.

Ummu Asma’ selanjutnya berkisah Abu Asama’ pun pulang ke pangkuan kami seperti janji ikrar setia yang kumiliki. Usia beliau mendekati 46 tahun. Kami dianugerahi lagi seorang anak lelaki. Alhamdulillah sekarang usia putera kami masuk dua tahun.

Subhanallah, Allah yang mengambalikan si suami tercinta setelah kami 15 tahun kehilangan beliau. Allah juga memelihara puteri kami, Asma’. Allah juga memberiku taufik agar saya tetap setia terhadap si suami. Allah juga menganugerahiku keikhlasan yang murni demi suami tercinta. Malah sihingga saat ia dianggap menghilang dari dunia ini.

Oleh yang demikian, anda jangan pernah mengabaikan doa. Doa dapat menolak ketentuan, atau suratan takdir Allah. Sesiapa menjaga Allah, ia pasti dijaga Allah. Kamu jangan pernah lupa berbuat ihsan terhadap kedua ibubapa. Kita perlu menyedari, bahawa segala perubahan peristiwa adalah dalam ketentuan Allah. Tidak ada seorang pun yang memiliki ketentuan Allah.

Kisah ini sebagai bahan renungan dan iktibar. Semoga dapat dimanfaatkan seseorang yang sedang mengalami kesempitan. Khasnya bagi mereka yang bergelut dengan kemelut yang besar. Atau bagi mereka yang melihat pintu penyelesaian hidup tertutup. Atau punca keselamatan terputus. Anda hanya perlu mengetuk pintu langit dengan doa. Namun perlu diyakini doa anda akan diijabah. Penyudah doa kita adalah Alhamdulillah Rabbil ‘alamin.

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 1.000 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Khutbah Jumat di Masjidil Haram

Oleh: Ustadz Ahmad Musyaddad Bagi segenap kaum muslimin yang berada di Masjidil Haram dan ingin …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *