Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Kuburnya Menjadi Taman Surga
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Kuburnya Menjadi Taman Surga

Oleh: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

Dikemukakan di sini kisah solihin yang menarik sebagai bukti dan asas yang kukuh atas kewajiban menimba ilmu. Terdapat di Damaskus tanah perkuburan bernama Tanah Perkuburan al-Dahdah. Perkuburan yang sangat terkenal. Di sana terdapat kuburan para wali, ulama, mujahidin, dan syuhada. Setiap orang yang mengenali Damaskus pasti tahu Tanah Perkuburan al-Dahdah.

Pada zaman dahulu ada di perkuburan ini seorang tukang gali kubur sekaligus membantu memasukkan mayat keliang lahad. Pada suatu hari datang seorang wanita meminta digalikan kubur. Setelah sejam berselang jenazah pun tiba. Jenazah ini hanya diiringi oleh beberapa orang pengiring saja. Tidak ramai yang mengantarnya ke kubur. Maka diturunkanlah mayat keliang lahad. Peti keranda pun dibuka. Mayat diusung. Tukang galilah yang menunggu dalam kuburan. Saat beliau ingin meletakkan jenazah dalam liang lahad. Tiba-tiba kubur dilihatnya bertukar menjadi taman syurga. Suatu peristiwa yang memang benar atau realita, kisah benar berlaku. Bukan dongeng.

Lantas penggali kubur terharu malah jatuh pingsan manyaksikan keadaan aneh yang berlaku. Terlihat olehnya dua lelaki berkuda mengambil alih mayat dan terus membawanya bersama. Peristiwa ini hanya penggali kubur yang menyaksikan. Orang lain tidak melihat sama sekali.

Lalu mereka percikkan air kewajah si penggali. Mereka mengangkatnya keluar kubur. Sementara si wanita sudah pun pulang.

Apa yang berlaku?

Subhanallah, saya terlihat suatu yang sangat aneh.

Mereka menduga mungkin bayangan atau seumpamanya. Lalau mereka pun pergi, tanpa menghiraukan sama sekali.

Setelah beberapa bulan kemudian si wanita mulia tersebut datang untuk kedua kalinya. Beliau meminta penggali menyediakan kuburan lagi. Setelah kubur digali mayat pun datang. Penggali mengangkat mayat ke dalam kubur. Lantas terbuka bagi si mayat taman syurga. Si penggali menyaksikan kedatangan dua orang malaikat. Mereka mengambil alih jenazah.

Kali ini si penggali memberanikan diri. Beliau tidak pengsan seperti kali pertama. Beliau langsung keluar dari kubur. Dan cuba mengekori si wanita solehah. Beliau bertanya,

‘Puan ini siapa, dan berasal dari mana?

Wahai, si lelaki. Saya ditimpa musibah. Yang meninggal ini adalah anak kandung saya. Sebelum ini juga anak saya meninggal dunia.

Oh, jadi mayat ini anak puan?

Mengapa kamu bertanya?

Saya menyaksikan perkara yang sangat aneh. Mayat pertama, saat saya letakkan dalam liang lahad, lantas terbuka baginya taman syurga. Malah mayat yang kedua juga. Apakah gerangan amalan istimewa anak puan yang pertama dan yang kedua? Apa rahsianya, mereka dilayan oleh Allah sedemikian baiknya. Ini adalah satu karamah yang hebat dan agung.

Si ibu solehah menjelaskan,

Anak saya yang pertama adalah seorang penuntut ilmu. Sementara yang kedua adalah ‘tukang kayu’. Beliaulah yang membelanjai biaya pengajian saudaranya, si penuntut ilmu.

Demikianlah Allah membalas kedua bersaudara, penuntut ilmu, dan si penaja. Mereka mendapat layanan yang sangat baik pada sisi Allah.

Si penggali telah menyaksikan keadaan mulia kedua hamba kekasih Allah. Dan mendengar sendiri keterangan si ibu solehah. Lantas beliau meninggalkan tanah perkuburan. Lalu berhijrah dan pergi mencari masjid bernama Masjid Taubat, di Damaskus. Masjid ini hingga sekarang masih aktif dan Makmur.

Pada Ketika itu sipenggali kubur menemui Syeikh Said al-Burhani.

Beliau mendatangi Masjid Taubat ini. Menemui ulama kenamaan ini, seraya bercurhat,

‘Saya ingin menimba ilmu.’

Baiklah! Usiamu sekarang 45-50 tahun. Selama ini engkau tak ingat nak belajar. Engkau lupa perjalanan hidupmu. Sekarang baru mahu akan belajar, kenapa?

Sebabnya ialah saya telah menyaksikan dua peristiwa yang sangat aneh di perkuburan.

Baiklah, mulalah dengan berserah dan tawakkal kepada Allah.

Ambillah kitab Matan Ajurumiyah.

Kitab ini perlu dihafaz. Beliau pun belajar dengan tekun. Malah akhirnya, beliau menjadi salah seorang ulama ternama, ulama besar. Beliaulah Syeikh Abdu Rahman al-Haffar. Ulama tersohor di Damsyik, Syria. Malah, rumpun keluarga beliau juga semua ahli ilmu. Terakhir sekali, Syeikh Abdu Razzak al-Haffar. Terbilang ulama Damsyik yang tesohor.

Kisah ini disampaikan kepada kalian sebagai motivasi. Bahawa sipenuntut ilmu demikian mulia kedudukannya pada sisi Allah. Dilayan dengan sangat istimewa. Apa rahsianya? Kuncinya adalah ‘ketulusan yang murni.

  • Lalu digantungkan di dinding. Bukan untuk mencari nama supaya dikatakan orang alim. Bukan juga untuk kerja mencari duit. Hidup di dunia dengan habuan sedemikian rupa. Pelbagai matlamat yang disebutkan ini, bolehlah dijadikan matlamat terakhir sekali.
  • Justru, matlamat utama belajar adalah melaksanakan titah perintah Allah. Merealisasikan ayat pertama sekali turun.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ، خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ،

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ، الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ، عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ.

  • Belajarlah, timbalah ilmu, atas nama Allah,Tuhan Pentadbir yang menciptakan alam. Menciptakan manusia dari segumpal darah.
  • Galilah ilmu, justeru Allah, Pentadbir Maha Pemurah. Allah mengajar manusia dengan qalam. Mengajar manusia ilmu yang tidak diketahui oleh manusia. (1-5).

(Manhajuna/IAN)

(Visited 2.480 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

ETIKA MENDENGAR, KAEDAH ‘8-M’ (Tafsir Qurtubi 11/176)

Bersama Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis (غفر الله له ولوالديه وللمؤنين). Menurut Imam Qurtubi, Ibnu …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *