Oleh: DR. Ahmad Asri Lubis, MA *
Allah al-Maula SWT memperingatkan:
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ
‘Bumi nan subur menumbuhkan tanaman yang subur seizin Allah. Sebaliknya bumi yang gersang tanamannya juga akan terencat. Demikianlah Kami kemukakan ayat-ayat suci bagi kaum yang bersyukur (Q, 7: 58).
Lembaran emas kisah murid darjah (kelas) tiga sekolah rendah (SD). Pada suatu hari anak ini sedang berada di sekolah. Dalam satu mata pelajaran, seorang mu’allim-guru- berbicara. Lalu ia menyintuh tentang solat subuh. Mu’allim berbicara dengan bahasa dan pendekatan yang membuat anak-anak kecil merasah sedih hati. Guru berbicara tentang keutamaan solat dan kepentingan solat. Si anak ini mendengar dengan tekun. Malah ia sangat terkesan dengan apa yang dikatakan mu’allim. Justeru ia sendiri selama ini belum pernah bersolat subuh. Malah keluarganya juga belum.
Saat si anak balik ke rumah ia berfikir bagaimana caranya ia bangun pagi utk bersolat subuh keesokan harinya. Alternatif satu-satunya, ia begadang hingga pagi, malam hari tak tidur sepejam mata. Dengan niat supaya ia berpeluang bersolat subuh. Justeru si anak menerapkan apa yang terlintas dalam fikirannya. Ketika ia mendengar azan subuh memecah kesepian pagi, ia berazam berangkat utk bersolat subuh. Namun, ia menghadapi gangguan atau masalah di jalan.
Masjid agak jauh dari rumah keluarga. Ia tidak sanggup pergi seorang diri. Si anak berhati mulia ini pun menangis di hadapan pintu rumah.
Tiba-tiba ia terdengar suara atau bunyi sandal orang berjalan di hadapan rumah. Si anak memberanikan diri lalu membuka pintu. Ia keluar bergegas. lantas ia terlihat lelaki tua berzikir bertahlil menuju masjid. Si anak menatap lelaki tersebut. Beliau mengenalinya. Memang kenal betul. Kakek temannya, Ahmad, anak salah seorang tetangga. Si anak pun menyelusup dengan senyap dan tenang di belakang lelaki tersebut, agar ia tidak mengetahui si anak kecil. Kerana dikhawatiri si lelaki tua memberi tahu keluarganya, malah akan menyakiti dirinya.
Beginilah keadaan berlalu cukup lama. Namun sesuatu itu tak mungkin berjalan tanpa penghujung. Hal ini satu kemustahilan. Lelaki tua, kakek Ahmad meninggal dunia. Si anak mengetahui peristiwa ini. Ia sangat terkejut. Ia menangis sedih dan sangat terkesan luar biasa.
Akhirnya, ayah si anak merasa aneh. Lalu menanyanya. Seraya berkata : Wahai anakku, mengapa kamu sampai menangis sedemikian rupa atas kepergian kakek temanmu ini? Ia bukan sebaya denganmu. Bukan temanmu bermain. Bukan pula ahli keluargamu yang menyebabkan kamu kehilangan dalam keluarga? Si anak pun menatap wajah ayahnya. Airmata terus membasah pipi si anak. Menatap dengan pandangan sedih. Seraya berujar: Sekiranya yang mati itu kamu, bukan si lelaki tua ini, ini lebih baik dan lebih untung (ياليت الذي مات أنت وليس هو،).
Lantas si ayah berteriak dan tercengang. Kenapa si anak mengungkapkan kata-kata kesat ini. Dan dengan cara sedemikian rupa? Mengapa si anak mencintai si lelaki tua tersebut? Seterusnya si anak menjelaskan, Saya bukan kehilangan lantaran ini dan itu. Dan bukan pula sebab yang ayah nyatakan.
Ayah semakin merasa aneh. Dan tertanya-tanya, lalu kenapa hal ini terjadi? Dengan nada suara yang lantang menyatakan, Disebabkan solat. Memang lantaran solat. Selanjutnya si anak menambah dan meyakinkan: Wahai ayahku, mengapa ayah tak solat subuh? Mengapa ayak tak seperti si lelaki itu? Seperti Jemaah yang selalu saya saksikan? Si ayah bertanya, dimana kamu lihat mereka.Jawab si anak. Di masjid. Si ayah bertanya lagi, Bagaimana? Lantas si anak menceritakan kisah dari awal. Lalu si ayah terkesan dan terpengaruh dari kisah indah si anak. Kulit jasad si ayah merinding. Airmata si ayah jatuh ke dalam. Si ayah terus merangkul anaknya. Sejak peristiwa itu, si ayah tidak pernah mengabaikan solat di masjid.
TAHNIAH diucapkan kepada si ayah. TAHNIAH juga kepada si anak. Dan TAHNIAH juga kepada si mu’allim yang prihatin.
HIKMAH TERSIRAT DIBALIK KISAH TERSURAT
- Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Dibekali modal untuk beriman, menerapkan dan mencungkil potensi iman.
- Tugas institusi rumah tangga menjaga dan mengembangkan potensi iman si anak. Anak adalah amanah Khalik SWT yang wajib dijaga dengan baik (Q, al-Tahrim: 6).
- Si ayah dan ibu yang tidak peduli terhadap diri sendiri pada kebiasaannya akan mempengaruhi anak dan ahli keluaraga (Q, al-Zumar: 15).
- Dalam proses pendidikan anak, perlu kerjasama antara institusi keluarga, intitusi pendidikan, dan masyarakat (Q, al-Tawbah: 71).
- Semasa ketiadaan dan kehilangan peranan institusi keluarga dalam pendidikan anak, pihak sekolah sangat perlu melaksanakan peranan lebih agar jangan sampai si anak menjadi korban broken home.
- Jika si anak dibesarkan dalam suasana broken home, dan dalam keadaan peranan institusi pendidikan formal lemah, si anak akan terombang ambing atau hanyut tak tentu arah.
- Tenaga pengajar di sekolah sangat perlu berusaha mengembangkan bakat dan potensi keagamaan si anak didik.
- Iman yang tumbuh dengan baik akan melahirkan potensi yang luar biasa (الإيمان يصنع العجائب).
- Dalam menggapai ketinggian sangat perlu peranan teman dan sahabat baik yang mendukung.
- Mu’allim yang baik peranannya mendekati kedudukan rasul.
- Kematian teman baik yang saleh satu kehilangan besar lebih mahal dari kehilangan emas dan perak.
- Sangat luar biasa peranan masjid dalam melahirkan generasi solihin.
- Keutuhan tali hubungan ahli keluarga adalah mengikut ketaatan kepada Allah (Q,Hud:46).
- Perlunya jalinan baik dan berkesan antara teori dan praktikal dalam Islam.
- Benih atau bibit unggul boleh muncul di tengah-tengah keluarga yang broken home, jika dibantu oleh faktor luaran walaupun faktor dalaman lemah.
- Sungguh banyak potensi baik anak sirna dan lenyap disebabkan ketiadaan atau lemahnya peranan institusi rumah tangga dan sekolah.
- Sangat banyak terdapat dalam Islam nas yang menakutkan tentang rumah tangga Mukmin yang broken-home. Khususnya tentang solat fardhu di masjid dan solat malam.
- Perlunya peranan masjid dalam kehidupan si mukmin hari ini dan esok.
- Setiap keluarga perlu memikirkan dan merancang agar melahirkan anak cucu yang cinta rumah Allah (بيت ربي جنتي).
- Anak soleh adalah asset mukmin yang mengungguli nilai emas dan perak. Hasil asset ini berlanjut tanpa kekangan waktu.
- Dari kalangan rumah tangga yang broken home akan muncul keturunan yang buruk (ذرية سيئة) puncak bencana bagi keluarga, masyarakat, dan ummat.
- Anak soleh (رب هب لي من الصالحين) sumber potensi kebaikan yang bersinambungan hingga ke hari esok.
- Bukan hanya kerjasama yang baik timbal balik antara rumah tangga dan sekolah, malah para penjaga perlu menghargai sumbangan dan peranan dan jasa pendidik.
- Tujuan utama pendidikan dalam Islam ialah merlahirkan individu yang soleh (الفرد الصالح).
- Islam adalah agama syumul-sempurna pembawa kerahmatan bagi alam semesta.
- Sangat mahal nilai airmata keinsafan dalam Islam, semasa proses peralihan.
- Perlunya peranan dan pendekatan mu’allim dalam menjinaki hati anak didik sedari peringkat awal (Q, al-Nahl: 125).
- Ulama membahagi hidayah kepada dua, hidayah irsyad dan hidayah taufik.
- Pendidik yang baik memiliki wawasan jangka pendek dan jangka panjang.
- Agar terhindar dari kepahitan broken home, kehidupan keluarga perlu dekat dengan ahli ilmu.
- Broken home melahirkan ahli keluarga yang menjadi mangsa pelbagai penyakit rohani.
- Penyakit rohani penghalang utama dalam perjalanan hidup. Malah akan dibawa mati.
- Faktor nafsu, syaitan, dan faktor malaikat juga sangat penting dan perlu diperhitungkan.
- Anda jangan mengundang syaitan ke rumah. Sepatutnya ahli keluarga insan yang mesra malaikat.
- Bahtera keluarga akan ditelan arus dan gelombang jika tidak dikendalikan dengan bijak mengikut panduan Islam yang syumul.
- Perjalanan hidup sangat perlu kepada bekalan ilmu agama secukupnya. Cobaan yang dihadapi sangat dahsyat. Khasnya dalam era globalisasi yang tak menentu.
- Jagalah Allah agar Allah menjagamu. Malah membekalimu dengan pelbagai kemudahan yang sangat anda perlukan, insan tersayang juga.
- Bagaimana komitmen anda dengan solat subuh di rumah Allah?
Sumber: https://v.3bir.net/18514/
(Manhajuna/IAN)