Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Sejenak Bersama Ibnu Qayyim
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Sejenak Bersama Ibnu Qayyim

Oleh: Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Ungkapan indah yang akan mengubah cara berfikir anda. Berikut ini termasuk pandangan dan buah fikiran terindah Imam Ibnu Qayyim RA:

ANDA jangan melihat peristiwa secara berlebih-lebihan, lebih dari semestinya.

ANDA jangan suka mencari harga diri anda dalam penilaian orang lain. Malah carilah nilai diri anda dalam hati kecil anda. Jika hati kecil anda selesa menilai diri anda sendiri, nescaya anda akan meraih kenaikan status atau kedudukan. Jika anda memang mengenali diri anda, anda tak usah risau tentang penilaian orang lain terhadap diri anda.

ANDA jangan memikul kegundahan hal keduniaan, kerana dunia adalah milik Allah. Anda juga jangan memikul kegundahan tentang rezeki, rezeki juga dari Allah. Anda juga tak usah memikul kegundahan ‘masa depan’, ia juga di tangan Allah.

ANDA hanya perlu memikirkan satu kegundahan sahaja, tak lebih dari itu. Yaitu:
Bagaimana anda berusaha untuk menciptakan keredhaan Allah.’
Jika anda berhasil merealisasikan ‘keredhaan Allah,’ nescaya Allah akan meredhai anda. Malah Allah akan menciptakan keredhaan dan kesukaan anda. Allah akan mengurus kehidupan anda dengan baik. Allah akan menciptakan kepuasan dalam diri anda.

ANDA tak usah putus asa lantaran urusan kehidupan yang membuat air mata anda derai berlinang. Malah berdoalah:

Ya Allah, berilah saya ganti rugi yang lebih baik di dunia dan akhirat.

ANDA perlu yakin bahwa kegundahan akan sirna saat anda bersujud. Ketenangan dan kegembiraan akan menjelma dengan berdoa. Allah tak pernah lupa terhadap kebaikan yang anda tabur dan semai. Kegundahan insan yang anda lenyapkan. Insan yang diselimuti kesedihan yang hampir tak berupaya membentung genangan air matanya, lantas anda ciptakan kegembiraannya.

ANDA hanya perlu meniti kehidupan dengan prinsip:
‘Saya mesti menabur kebaikan, malah tak mesti menunggu balasannya.’ Saya melakukan hal ini bukan lantaran manusia, malah hanya kerana Allah mencintai si hamba yang rajin menabur kebaikan.

ANDA perlu menghulurkan tangan anda untuk bersedekah, nescaya Allah akan melenyapkan musibah yang anda hadapi. Anda jangan lupa bahawa keperluan anda kepada amalan bersedekah jauh melebihi dan mengungguli keperluan si penerima sedekah kepada sedekah anda.

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia.

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

tree-213980_640

Jauhi Maksiat Zina dan Riba !

Ibnu Qayyim Al Jauziyah berpetuah: Dalam kitab Ash-shahihain, diriwayatkan khutbah Nabi saw saat shalat gerhana …

Tinggalkan Balasan

Alamat surel Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *