Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Siapa Saudara dan Teman Anda Sebenarnya?
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Siapa Saudara dan Teman Anda Sebenarnya?

Diterjemahkan oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

SAUDARA anda ialah insan yang menyingkap keaiban anda bagi kemaslahatan anda. TEMAN anda ialah insan yang memperingatkan anda tentang bahaya dosa.

WAHAI insan yang lengah dan lalai, seandainya anda dengar gesekan qalam saat menulis rekod namamu ketika engkau berzikrullah, nescaya engkau sangat merindui al-Maula SWT.

INGATLAH, kemuliaan terdapat dalam sifat qanaah; kehinaan dalam kemaksiatan; dan wibawa anda dalam berqiyamullail.

CAMKANLAH, sifat utama yang paling mulia adalah kebesaran dan keagungan Allah yang bersemi dalam hati anda.

Ketahuilah, jika si hamba terhindar dari kehinaan maksiat menuju kemuliaan taqwa, nescaya Allah akan menjadikan dirinya, kaya tanpa harta, mulia tanpa keluarga, dan selesa-gembira tanpa teman.

CAMKANLAH, jika pada pagi dan petang hari kesibukan dan kegundahan si hamba tertumpu untuk Allah, nescaya Allah akan mengurus segala hajat keperluannya, menyelesaikan segala kegundahan. Malah Allah jadikan hatinya fokus untuk cinta Ilahi, lidahnya tekun berzikir, dan segala anggota badan berkhidmat untuk Allah.

Ibnu Abbas (رضي الله عنه) berkata: KEBAIKAN menciptakan nur dalam hati, perhiasan pada wajah, kekuatan pada jasad, keluasan pada rezeki, dan mahabbah dalam hati makhluk.

Iblis berkata, sungguh aneh perihal Anak Adam kononnya mereka mencintai Allah, justeru mereka bermaksiat terhadap Allah. Mereka benci terhadapku, malah aku mereka patuhi.

INGATLAH, maut tak mengenal si anak dan orang tua, si kaya dan miskin, si cantik dan jelek. Justeru setiap orang perlu mempersiapkan bekal dan tunggangan. Usia ini singkat, bekalan sangat sedikit, malah perjalanan sangat panjang.

Sdr/Sdri. Cubalah semak hati anda pada tiga keadaan. Saat mendengar Quran, dalam majlis zikir, dan semasa berkhalwat. Jika hati anda ketika itu tidak hadir, maka anda perlu meminta agar Allah mengaruniai anda hati. Lantaran anda belum memilik hati.

Istiqamah, ibarat jalan. Permulaannya karamah, pertengahannya salamah, dan penghujungnya Jannah.

Sdr/Sdri. yang dikasihi, cukuplah bagimu buah manis ketakwaan, jiwa yang tenang. Sementara kepahitan maksiat adalah kegundahan dan tersekat dari rahmat Ilahi.

Sdr/Sdri. jauhilah dosa. Kerana dosa adalah sumber kegundahan dan kesedihan. Dosa juga punca bencana, malah pintu musibah.

Ibnu Dinar berujar, setiap perbuatan yang menjadikan anda membenci maut, anda perlu menjauhinya, kerana perbuatan menjauhui tersebut tidak akan merugikan anda ketika anda mati.

Ketahuilah, bahawa Allah tetap memantau anda. Anda perlu merasa malu, jika anda dilihat Allah saat malakukan larangan, dan jika Allah tidak melihat anda beribadah.

Ibnu Masud (رضي الله عنه) sesuatu yang sangat saya kesali ialah jika berlalu suatu hari matahari sudah pun terbenam, justeru usiaku susut, tapi ilmu saya tak bertambah.

Yahya bin Muaz (رحمه الله) berkata, wahai anak adam, jika kamu takut kepada neraka seperti takut jatuh pada kemiskinan, pastilah sorga akan menjadi milikmu karena akan giat beribadah.

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 661 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Membuat Anak kita Sholat TANPA Debat, Keringat, Urat dan Pengingat

Bagaimana membuat anak-anak kita Sholat dengan kesadaran. Mari kita lihat bagaimana kita bisa merubah ini semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *