Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Sisi Keindahan Musibah
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Sisi Keindahan Musibah

Bersama Murabbi Prof. Dr. Syeikh Muhammad Ratib Nablusi
Alihbahasa: Ahmad Asri Lubis (UNISSA)

Berikut ini diskusi bernas antara pewancara atau moderator dengan ulama tersohor, Murabbi Syeikh Prof. Dr. Muhammad Ratib Nablusi (حفظه الله). Sorotan mereka mengenai hakikat dan falsafah ‘musibah’ dalam pandangan akidah yang benar. Satu perkara yang sangat perlu dihayati si Mukmin, agar melihat kehidupan ini lebih positif dan lebih indah.

Moderator: Yang Mulia Dr, sekarang ini tajuk sorotan kita mengenai ‘Pendirian yang teguh saat menghadapi musibah.’ Perkara tentang musibah ini sangat menguji keimanan ramai manusia. Adakah betul ini sesuai dengan lumrah kejadian manusia? Adakah ini tepat, atau sebaliknya?

Prof Syeikh Nablusi: Jika kita boleh membayangkan ada seorang ayah yang mempunyai kedudukan tinggi, atau seorang alim kenamaan. Beliau dikurniai seorang anak lelaki kesayangan yang sangat dicintainya. Beliau telah merancang untuk si anak agar kelak menjadi ahli ilmu. Hal ini tentu perlu kepada pembelajaran yang baik, dan prestasi akademik yang cemerlang. Malah si anak perlu meraih nilai ujian yang tinggi, memuncak. Lantas jika si ayah mendapati si anak lengah, lalai, dan terintang dari menuju objektif agung yang sudah dirancang, tentu wajar sahaja beliau menghukum si anak dengan hukuman tertentu. Hukuman ini adalah dengan tujuan agar si anak bergiat membetulkan sikap dan laluan hidupnya. Agar kembali menuju planning  masa hadapan yang indah.

Sekiranya si anak menyedari objektif si ayah yang agung yang terletak dalam kasih sayang yang indah, malah agar si ayah kelak bangga dengan kejayaan dirinya, nescaya si anak akan sangat mencintai hukuman yang dilakukan si ayah semasa kecil. Maka beginilah falsafah ‘musibah.’ Dikatakan musibah kerana bermaksud yang indah. Agar si hamba kembali pada landasan hidup yang betul, bagi menuju sasaran mulia.

Sebenarnya manusia terkadang menjauh dan lari dari aturan Allah, al-Maula SWT. Dia bergiat tanpa mengikut aturan Allah. Hilang pendirian. Malah menuruti hawa nafsu. Sebenarnya, Allah boleh sahaja membiarkan si hamba berbuat sesuka hatinya. Akhirnya, ia terjerumus ke dalam azab neraka. Namun, Allah sebagai Sang Murabbi (Rabbul ‘alamin), mendatangkan sebahagian ujian kesusahan. Kemudian Allah meringankan bebanan tersebut. Malah, Allah memberi si hamba berkenaan murshid yang akan membimbingnya menuju laluan hidup yang betul. Jika usaha pencegahan ini berjaya, jika ujian musibah ini berjaya, bermakna si hamba yang menghadapi ujian tersebut akan meraih kebahagiaan dunia akhirat. Justeru Allah, al-Maula SWT mengajar si hamba mengenai hakikat dan rahsia kewujudan si hamba di dunia ini. Yakni dengan tujuan ibtila’ atau perlu menempuh ujian:

(هو الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا).

Allah menciptakan kematian dan kehidupan dengan maksud menguji kamu. Siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amal perbuatannya? (QS, al-Mulk; 2).

Namun, saya (Nablusi) bukan pula mengatakan bahawa kehandalan seseorang tidak bermakna dia terselamat dari ibtila’ atau ujian ini.. Malah, agar anda berjaya dengan baik dalam menghadapi atau menangani ibtila’. Maka anda amat perlu melihat dan menyedari penjagaan Allah Yang Maha Rahim (الرحيم), Yang Maha Alim (العليم), Yang Maha Hakim (الحكيم). Terkadang Allah mendatangkan sedikit ujian. Hal ini hanya dengan tujuan kebahagiaan si hamba. Oleh itu ulama berkata bahawa Allah Maha Merendahkan (خافض), dan Maha Menaikkan (رافع). Bukan hanya Maha Merendahkan (خافض), Allah merendahkan lalu menaikkan si Mukmin. Allah menghina (مذل) lalu memuliakan (معزّ). Allah mendatangkan penyakit lalu Allah juga yang menyembuhkan. Demikianlah asma’, dan nama-nama Allah yang indah saling berpasangan.

Oleh itu, setiap kesusahan yang dihadapi si Mukmin akan medekatkannya kepada Allah. Setiap keadaan atau perihal yang tidak diingini si Mukmin, disebaliknya terdapat kebaikan yang banyak. Demikianlah indahnya husnu zon dan keyakinan yang indah terhadap Allah. Husnu zon inilah yang melayakkan balasan syurga. Persis betul seperti kisah si ayah penyayang dengan si anak belahan jiwa di atas.

Moderator: Adakah yang demikian satu pertanda Allah mendidik dan mentarbiyah si hamba, lantaran dirinya yang bersikap cuai?

Prof Syeikh Nablusi: Setiap musibah pasti ada disebaliknya hikmah ketentuan Allah nan indah. Ada orang yang dapat menyelaminya, ada yang tidak.

Moderator: Sangat baik sekali gagasan tersebut.

Prof Syeikh Nablusi: Pada hakikatnya Allah ingin menyingkap keperibadian dan jatidiri si Mukmin. Contohnya, Allah mengujinya dengan kemiskinan. Lalu ia tidak mahu mencuri. Tidak tega menipu. Lantas kesusahan hidup ini akan menaikkan kedudukannya pada sisi Allah.

Moderator: Adakah ini yang dimaksudkan peringatan dan firman Allah:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Pastilah Kami akan mengujimu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa, dan kemerosotan hasil buah-buahan. Justeru, berilah ungkapan penghibur kepada mereka yang bersabar (QS, al-Baqarah: 155).

Prof Syeikh Nablusi: Ya memang betul. Sebenarnya menikmati kemewahan sangat mudah. Namun, kehandalan seseorang perlu diuji. Akidah yang betul perlu dibuktikan. Keimanan yang kuat dan kukuh terbukti saat menghadapi ujian. Oleh itu, ahli hikmah berujar: Redha dengan ketentuan yang pahit adalah satu martabat keyakinan yang paling tinggi.

والله الموفق

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=rRVSXOs1jUc&feature=youtu.be

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 99 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Agar Kehidupan Terlihat Indah

Bersama ahli hikmah  (Prof. Dr. Syeikh Muhammad Ratib Nablusi) Alih bahasa: DR. Ahmad Asri Lubis, …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *