Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Muslimah / Kisah Isteri Solehah Yang Bijak dan Unik
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Kisah Isteri Solehah Yang Bijak dan Unik

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Seorang belia Mukmin berkisah. Saya melangsungkan perkahwinan ikut pilihan dan arahan keluarga. Si gadis tersebut kebetulan terlihat oleh ibu saya. Lalu beliau tertarik melihatnya, kerana dia dari kalangan keluarga terpandang.

Saya juga telah melihatnya menutup aurat dengan kemas sesuai syarak. Namun saya hanya melihatnya setakat batas syarak. Saya memang turut tertarik dengannya. Dia menanya saya beberapa pertanyaan ringan. Saya tahu bahawa dia telah banyak menyiasat diri saya melalui ibu. Dia menanya saya berapa banyak saya al-Qur’an saya hafaz. Saya berterus terang bahawa saya terlalu sibuk dengan kerja. Hafazan saya sangat sedikit. Saya mengakui kecuaian saya. Namun lantaran tuntutan hidup saya terlalai.

Pada awalnya saya merasa dia akan menolak diri saya. Saya sempat juga menanyanya berapa banyak hafazan Qur’annya. Dia berkata dia hafaz Juz ‘Amma. Setelah pertemuan ini berlalu seketika saya memang menduga dia akan menolak hasrat saya. Lantas saya merasa hairan mengapa dia akhirnya menyatakan setuju. Hal ini dia menilai akhlak saya dan sifat saya yang akan tenang sederhana. Setelah melalui masa bertunang, dan setelah dilangsungkan perkahwinan, malah setelah berlalu episod bulan madu, saya pun kembali bekerja.

Pada suat hari beliau mendekati saya seraya berkata ‘Saya mahu abang membantu saya menghafal Surah Maryam.’ Saya merasa hairan, kerana dia sendiri memang tahu saya tidak hafaz Surah Maryam. Saya berterus terang ‘Tapi saya tak hafaz surah ini.’ Si isteri solehah ini mendesak juga supaya saya membantunya menghafaz Surah Maryam ini. Akhirnya saya setuju, kerana saya yakin bahawa hal ini akan menjadikan saya insan yang berbahagia. Kami pun mula sama-sama menghafaz. Akhirnya kami pun selesai menghafal surah ini.

Sesudah itu si isteri solehah ini mengajak saya menghafaz Surah Yusuf. Saya memang setuju. Demikianlah seterusnya. Dalam masa dua tahun kami pun berjaya menghafaz 30 Juz Quran. Setelah itu saya mengatakan ‘Adinda lah penyebab saya boleh menghafal Qur’an. Saya tak sangka bahawa dalam hari-hari berlalu saya sudah pun menghafaz Qur’an.

Kemudian si isteri solehah mencadangkan agar kami berdua menghafaz Kitab Soheh Bukhari. Saya pun cukup bersamangat. Kataku ‘Kekanda setuju.’

Pada suatu hari saya melawat bapak mertua tanpa pengetahui isteri. Saya bertanya ‘Berapa banyak ilmu syariah yang diketahui isteri saya ini.’ Jelas bapak mertua ‘Beliau menghafal 30 Juz Quran. Hafaz Kitab Soheh Bukhari, Soheh Muslim. Malah beliau telah banyak mengikuti kursus agama.’ Saya sungguh kagum. Saya tertanya-tanya saat saya bertanya pertama kali barapa banyak Qur’an dihafaznya, dia berkata bahawa hanya Juz ‘Amma sahaja. Bapak meruta pun pergi sejenak kemudian memperlihatkan sijil-sijil yang diperolehnya. Malah sijil-sijil peraduan yang disertainya.

Saya pun pergi. Kemudian menemui si isteri. Dia menjelaskan ‘Jika dari awal saya berkata bahawa saya hafaz 30 Juz Qur’an, mungkin kekanda fikir saya ini berlakon di hadapan kekanda. Malah jika saya berkata sedemikian rupa, tentu lah semangat kekanda untuk menghafal bersama saya akan melemah.

Sejak hari itu saya merasa dan yakin bahawa hak isteri solehah pada pandanganku adalah bagai satu perbendaharaan yang sangat mahal dalam rumahku. Malah isteri solehah adalah syurga hidupku.

***

Kisah ini bertujuan, cubalah anda ciptakan antara anda dan suami anda suasana kehidupan Islam nan indah secara tidak langsung. Agar si isteri tidak melukai atau mencarik wibawa dan perasaan si suami. Ayo, mari sama-sama kita mulakan dari zero.

Memang betul wahai saudara yang dikasihi, alangkah indahnya Kitabullah jika kita jadikan teman hidup. Sahabat dalam menempuh perjalanan hidup. Setiap kali kita mengalami kesempitan hidup kita cuba mendekati Qur’an. Kita menelusuri kehidupan bersama ungkapan Qur’an. Ayat ini menghibur. Ayat lain menyemai benih kebahagiaan. Memang kebahagiaan hidup hanyalah bersam Qur’an. Hal ini hanya dirasakan kemanisannya oleh si Mukmin yang menjadikan Qur’an sebagai panduan dan pedoman hidupnya.

Ya Allah, siramilah jiwa kami yang gersang dengan Qur’an. Jadikanlah Qur’an sebaik-baik teman dan sahabat kamiJ

Sumber: https://vb.3dlat.com/showthread.php?t=264677

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

 

(Visited 940 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Khutbah Jumat di Masjidil Haram

Oleh: Ustadz Ahmad Musyaddad Bagi segenap kaum muslimin yang berada di Masjidil Haram dan ingin …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *