Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Nasihat Syeikh Ahmad Khatib (1855-1906) – Mantan Imam Masjidil Haram Makkah
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Nasihat Syeikh Ahmad Khatib (1855-1906) – Mantan Imam Masjidil Haram Makkah

Ulama kenamaan Imam Hasan Basri (30-110 H) [رحمه الله] dalam peringatan mesra beliau mengungkapkan:

إِخْوَانُنَا أَحَبُّ إِلَيْنَا مِنْ أَهْلِينَا وَأَوْلَادِنَا؛ لِأَنَّ أَهْلَنَا يُذَكِّرُونَنَا بِالدُّنْيَا، وَإِخْوَانُنَا يُذَكِّرُونَنَا بِالْآخِرَةِ

Saudara kita seiman jauh lebih kita sayangi berbanding ahli keluarga dan anak-anak sendiri. Keluarga hanya mengingatkan kita hal keduniaan. Justeru saudara seiman merangsang untuk mengingat akhirat. (قوت القلوب لأبي طالب المكي (2/367).

Alhamdulillah, dalam satu kunjungan singkat ke kota Bukittinggi, Sumatera Barat, bumi bertuah tempat kelahiran sejumlah tokoh dan ulama-ulama besar Nusantara, saya sempat berkenalan dengan ahli keluarga Sheikh Ahmad Khatib (رحمه الله تعالى). Malah saya sempat diberi beberapa karya ulama kenamaan ini. Maka berikut ini dikemukakan mutiara nasihat tokoh ulama kebanggaan rantau Melayu, Sheikh Ahmad Khatib (رحمه الله تعالى) dalam salah satu karya beliau berbahasa Arab (halaman 27) yang masih berupa manuskrip. Karya ini beliau tulis pada usia senja di kota suci Makkah Mukarramah. Pertama kali saya tatap dan saya nikmati coretan pena tokoh ulama yang disegani ini, tak disedari air mata derai berlinang. Semoga bermanfaat, biiznillah!

Sheikh Ahmad Khatib (رحمه الله تعالى) berpesan:

  • Wahai anakku peliharalah solat berjamaah tiap waktu, selagi kamu sihat. Sunnah Nabi ini pasti akan membawa kebaikan di dunia dan di Jika kamu tidak meyakini hal ini, berarti kamu telah tersingkir dari jalan yang lurus. Hal ini kerana banyak faedahnya dalam Hadis Nabawi yang sahih.
  • Seperti hadis yang menegaskan bahawa, Solat berjamaah lebih baik dari solat sendirian 25 derajat. Ini bermaksud bahawa jemaah yang solat berjamaah sama nilainya dengan solat 25 kali. Malah lebih dari itu.
  • Siapa meninggalkan solat  berjamaah ia sangat rugi sekali. Tidak akan mendapatkan 25 kali lipat pahala dari suatu amalan lain.
  • Sesiapa meninggalkan sunnah ini sungguh terkira bodoh, rendah kedudukan, dan kurang kecerdasan, malah keimanannya kepada Allah dan Rasul SAW jatuh merosot.
  • Termasuk keutamaan berjamaah adalah keutamaan pertemuan. Bertemu dalam solat membawa rahmat. Terutama di rumah Allah.
  • Malah Allah SWT menerima solat yang tidak khusyuk dengan berkat solat jemaah yang khusyuk.
  • Cahaya solat jemaah yang khusyuk akan mempengaruhi cahaya solat jemaah yang tidak khusyuk.
  • Nur solat jemaah yang khusyuk akan mengalir kepada solat jemaah yang tidak khusyuk.
  • Cahaya pelbagai ibadat akan mempengaruhi dalam menerangi cahaya hati seorang yang beribadat.
  • Mengikut nur hatinya bertambahlah keinginannya dan keseriusan menghadap Allah. Sebaliknya akan kurang keinginannya untuk keduniaan.
  • Oleh itu, kamu lihat jemaah yang rajin solat berjamaah lima waktu akan bertambah ibadahnya dan lebih kosentrasi pada akhirat serta berpaling dari fatamorgana keduniaan yang semu.
  • Keutamaan berjamaah lainnya, sesiapa solat berjamaah yakin akan jumlah rakaatnya. Solat sendirian terkadang mungkin muncul keraguan tiga atau empat rakaat.
  • Keutamaan berikutnya, mungkin diantara para jamaah ada waliyullah. Maka semua jemaah yang solat termasuk ke dalam doanya. Justeru doa para wali Allah itu lebih
  • Keutamaan berjamaah juga, setiap ibadah punya cahaya sesuai keikhlasan dan khusyuknya. Dengan berjamaah berkumpullah aneka cahaya yang banyak, lantas bertambah kosentrasi kepada Allah.

Dunia adalah ladang amal untuk akhirat. Manusia yang lalai dari akhirat yang sibuk dengan tali temali keduniaan atau dengan permainan, bererti ia terintang dari ladang akhiratnya. Hatinya akan gelap malah dirinya rugi dunia-akhirat.

أما خسران دنياه فإنه قد ضيع زمانه فيما لا فائده له فيه، لا دنيا ولا آخرة، فلو [وضعه] في السعي فيما ينفعه في دنياه لتحصل على فائدته وتمتع به في دنياه. وأما خسران الآخرة فإن هذه المدة التي ضيعها في اللهو واللعب يقتدر بها أن يحصل بها القصور والنعيم والسرمدي والولدان والخدم في آخرته، وهو قد ضيعها فيما لا فائدة له فيها، بل في الهمل؛ فيخسر الخسران المبين، ويتحسر به غاية الخسر في وقت يرى العامل قبل ثواب عمله، ويحجب ويحرم هو عنه.

Rugi di dunia dalam bentuk membuang masa  dalam hal kesia-siaan. Dunia tidak mendatangkan keuntungan akhirat juga tidak. Andai digunakan untuk manfaat dunia, nescaya ia akan meraih untung. Adapun kerugian akhirat, waktu yang diisi untuk permainan ini sepatutnya digunakan untuk meraih istana, nikmat, keabadian, pelayan, pembantu di negeri pembalasan (Jannah).

Justeru dia membuang masa dalam hal yang tak berguna.  Hanya dalam kesia-siaan belaka. Bermakna ia rugi besar dunia-akhirat. Ia sendiri akan menghadapi penyesalan yang tiada tara ketika melihat jemaah yang giat beramal memperoleh balasan amalnya. Sedang dirinya sendiri tidak memperolehnya, malah dirinya tersekat dan terhalang. Akhirnya dia akan gigit jari [QS, al-Furqan: 27].

هذا إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر، وإلا فلا كلام لي معكم

Semua ini untuk orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Jika tidak, nasihat yang mahal ini hanya akan sia-sia tiada makna.

فإن قلتم: نعم إن في ملازمته الجماعة هذه الفوائد الدنيوية والأخروية ، فما لكم تاركون لها مع هذه الفوائد العظيمة ، فإن قلتم كسلا منكم ، قلنا : ينبغي لكم أن تحاربوا أنفسكم الأمارة ، وتذكروها هذه الفوائد وتدلوها على فوائدها ، وخسران تركها ؛ لأن من أهمل نفسه فقد ضيعها ، وعرضها للهلاك، كما قيل:

Jika jawabanmu:

  • Ya saya setuju, bahawa dengan menekuni solat berjamaah ini akan diperoleh pelbagai kemanfaatan dunia-akhirat.

Justeru  mengapa kamu tinggalkan faedah yang banyak ini? Kalau kamu mengatakan malas, maka perangilah nafsu ammarah yang kamu miliki. Ingatkan nafsu tersebut tentang faedah ini. Tunjuki nafsumu kemanfaatan dan kerugian meninggalkan sunnah Rasul ini. Sesiapa mengabaikan nafsu dan diri sendiri, ia berbuat sia-sia. Malah menjerumuskan diri ke dalam jurang kebinasaan. Orang bijak pandai berujar:

تَرْكُكَ نَفْسَكَ وَهَوَاهَا   تَسْعَى لَهَا فِي مَرْدَاهَا

Menyerahkan diri dikendalikan oleh nafsu,

justeru anda sendiri menempah kehancuran.

فعقلكم الذي استعملتموه في الجاري اللعب ومحاورته كان ينبغي لكم أن تستعملوه في منع نفسكم عن اتباع هواها ، بأن تدرسو به ما فيه من المنافع والمضار وتقابلوا بينها ثم تزجروا أنفسكم عن اتباع المرجوح وتسوقها إلى اتباع الراجح ، هذا شأن العاقل الذي يحب نفسه ، ويحب لها معالي الأمور.

Oleh itu, maka akal yang kamu gunakan untuk permainan, gunakan untuk menghalangi dirimu dari menuruti hawa nafsu. Pelajarilah dan bandingkan manfaat dan mudharat pemasalahan ini. Kemudian cegahlah dirimu dari mengikuti hal yang tak jelas, dan bimbinglah untuk mengikuti hal yang jelas dan pasti. Demikianlah sifat orang berakal yang mencintai dirinya dan menyukai hal-hal mulia dan yang bernilai tinggi bagi dirinya sendiri.

وخلاف ذلك يا ناقص العقل أو فاقده وساقط الهمة وهالك نفسه معرض لها للخسار والبوار، وهذا أقول لكم من صميم قلبي ودمعي على خدي جاري.

  • Wahai si kurang akal atau yang kehilangan akal, yang rendah motivasi, yang menghancurkan diri sendiri, sebaliknya kamu adalah insan yang menyiapkan dirinya untuk kerugian dan kehancuran.
  • Inilah nasihat yang lahir dari lubuk hati, malah saat menulis nasihat ini air mataku terus membasahi pipi tiada henti.

أحب منكم قبول هذا النصح من أبيكم فإن قبلتموه كان نفعه لكم تتمتعون به وتفرحوا أباكم ويدعوكم من صميم قلبه بإذن الله تعالى [أن] يسعدكم في دنياكم وآخرتكم ، وإن أبيتم إلا الاستمرار على ما أنتم عليه؛ فستحمدون ثمرة عملكم وتذكرون بعد ذلك نصيحة أبيكم في يوم لا ينفع فيه الندم والملام وكل آت قريب.

  • Ayah ingin kamu menerima nasihat ini dari Ayahmu sendiri. Jika kamu menerima nasihat ini kamu akan menikmatinya dan akan menggembirakan Ayahmu. Hati kecilnya berdoa agar kamu bahagia dunia-akhirat.
  • Jika kamu tidak menerima, tetap tidak berubah, maka kelak akan kamu lihat
  • Kamu sendiri kelak akan memuji buah manis kegigihan kamu.
  • Kamu akan teringat kelak nasihat Ayahmu ini, yakni pada hari yang tidak berguna lagi sebarang penyesalan. Saat nasi telah menjadi bubur.
  • Semua yang akan datang adalah dekat dan pasti terjadi.

*****

Allah, al-Maula SWT menyanjung hamba mukmin,

﴿وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ﴾

﴿أُولَٰئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ﴾

Orang mukmin yang melaksanakan ibadah dengan maksimum, malah hati mereka merasakan risau lantaran mereka kelak akan kembali kepada Allah. Merekalah yang akan terus bersaing merebut kebaikan, malah memiliki daya saing yang tinggi. (QS, al-Mukminun: 60-61).

Referensi:

https://midad.com/article/205232/%D9%87%D9%83%D8%B0%D8%A7-%D8%B9%D9%84%D9%85%D9%86%D8%A7-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%84%D9%81-103

http://ulama.blogspot.my/2005/03/syeikh-ahmad-khatib-al-minankabawi.html

DPKT, KUPUSB, 25 Muharram 1443 / 03 September 2021. Dr. Ahmad Asri Lubis

Bandar Seri Begawan

(Manhajuna/IAN)

(Visited 772 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Khutbah Jumat di Masjidil Haram

Oleh: Ustadz Ahmad Musyaddad Bagi segenap kaum muslimin yang berada di Masjidil Haram dan ingin …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *