Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Hikmah Kisah Sahabat Ubay bin Kaab ra, “Malah Airmatanya Membasahi Pipi”
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Hikmah Kisah Sahabat Ubay bin Kaab ra, “Malah Airmatanya Membasahi Pipi”

Oleh: Dr. Haji Ahmad Asri Lubis, Pensyarah KUPUSB, Negara Brunei Darussalam

Berbahagialah kamu dengan ilmu yang menerangi hidupmu.

Dialog Rasul (صلى الله عليه وسلم) dengan sahabat kenamaan, Abu al-Munzir, Ubay bin Kaab, al-Ansari.

Rasulullah: Ya Abu al-Munzir! Apakah ayat yang sangat agung dan paling mulia dalam Kitabullah?

Abu al-Munzir: Rasul tentu jauh lebih tahu.

Rasulullah: Apa ayat dalam Kitabullah yang paling mulia?

Abu al-Munzir: Ayat yang paling hebat adalah Ayat Kursi, (الله لا اله الا هو الحيّ القيّوم).

Rasul lantas mengusap dada Ubay (رضي الله عنه) dengan tangan baginda. Justeru sangat kagum dan iri, sembari menegaskan:

Tahniah dan syabaslah ilmu yang enkau miliki. Kamu insan yang berbahagia.

ليهنك العلم أبا المنذر.

Bahawa Rasul mengucapkan tahniah kepada Abu al-Munzir, Ubay bin Kaab, sahabat kenamaan. Beliau adalah dari puak al-Ansar, dari suku Khazraj. Beliau hadir semasa perjanjian al-Aqabah, Perang Badar, dan perang selain badar juga.

Ubay pofil sahabat yang disegani, sangat mulia, bermatabat tinggi. Umar Amirul Mukminin (رضي الله عنه) memberi Ubay julukan:

Ubay adalah Ketua kaum muslimin. (أبيّ سيّد المسلمين)

Ubay termasuk dalam baris hadapan para penulis wahyu, dan penulis surat-surat Rasulullah. Ubay tergolong yang top dalam menghafaz al-Quran, dalam mentartil, dan memahami ayat-ayat kalamullah.

Pada suatu hari Rasulullah memanggil Ubay seraya berkata: Wahai Ubay bin Kaab, saya disuruh mengemukan dan membacakan wahyu al-Quran kepadamu.

Ubay memang menyedari dan meyakini bahawa Rasulullah hanya menerima perintah melalui wahyu. Lantas beliau cuba menanya Rasulullah dengan perasan haru dan yakin;

Ya rasulullah, demi ayah dan ibuku. Adakah dalam arahan itu memang nama saya sendiri disebut?

Jelas baginda: Memang. Dengan menyebutkan nama, dan nasabmu. Tersebut di langit.

Pernah Rasulullah membawa berita gembira kepada Ubay, baginda berujar:

Allah swt menyuruh saya membacakan wahyu dan baru saya terima.

Ubay terharu: Allah menyebut namaku?

Jelas baginda, betul!

Ubay meminta kejelasan, Namaku disebut pada sisi Allah, Rabbul alamin?

Baginda meyakinkan, Ya, betul.

Lantas airmata sahabat kenamaan ini derai berlinang membasahi pipi. (HR Bukhari).

  • Ya Hayyu ya Qayyum

Menurut para ulama termasuk rahasia keunggulan dan kegungan Ayat Kursi ini adalah kerana dalam ayat ini terdapat Ya Hayyu Ya Qayyum (يا حي يا قيوم). Malah ulama berpendapat (يا حي يا قيوم) adalah termasuk Ismul A’zam. (الاسم الأعظم). Nama Allah yang agung yang sangat mustajab dibaca semasa berdoa. Biiznillah!

Bagi para kekasih Allah yang tekun berzikir (يا حي يا قيوم) sangat banyak meraskan dan mendapati hikmah dan faedahnya. Namun jangan hanya berzikir sedikit. Dalam alquran Allah memperingatkan:

Banyaklah berzikir agar kalian meraih kejayaan. (واذكروا الله كثير لعلكم تفلحون), ayat 10 Surat al-Jumuah.

Dalam Hadis Riwayat Imam Nasi’, Rasulullah pernah berkata kepada puteri baginda Fatimah (رضي الله عنها) dengarlah pesanku ini. Bacalah pagi petang:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Ya Hayyu ya Qayyum, hanyalah Dikau yang kuharapkan tolonglah diriku dengan limpah rahmat-Mu. Perbaikilah segala perihalku. Janganlah Dikau serahkan diriku kepada diriku sendiri, sekejap mata jua pun.

Namum boleh juga dibaca:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ

Atau

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Atau

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ،

Atau selengkapnya:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Menurut kemampuan dan kesediaan.

Si hamba yang berzikir akan sentiasa mendapat penjagaan khas dari Allah, al-Maula swt (QS, a-Baqarah: 152). Malah mendapat limpahan rahmat Allah, mendapat doa malaikat, dan akan terkeluar dari kegelapan hidup menuju nur yang menerangi perjalanan hidup (QS, al-Ahzab: 41-43), biiznillah!

Referensi:

https://dorar.net/hadith/sharh/5229

https://en.wikipedia.org/wiki/Ubayy_ibn_Ka%27b

https://www.sinarharian.com.my/article/23159/LIFESTYLE/Sinar-Islam/UBAI-BIN-KAAB-merupakan-antara-tokoh-yang-terawal-memeluk-agama-Islam

(Manhajuna/IAN)

(Visited 752 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

ETIKA MENDENGAR, KAEDAH ‘8-M’ (Tafsir Qurtubi 11/176)

Bersama Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis (غفر الله له ولوالديه وللمؤنين). Menurut Imam Qurtubi, Ibnu …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *