Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Kajian / Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Taubat yang Murni
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Taubat yang Murni

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA

Taubat ini sebenarnya wajib dilakukan pada setiap waktu; dan setiap melakukan dosa. Malah pada masa (menjelang Ramadhan) ini taubat adalah lebih penting dan lebih wajib. Kerana anda akan memasuki bulan yang mulia. Pelaku dosa dan maksiat tidak diberi “taufiq” melakukan ketaatan, dan tidak layak mendekatkan diri kepada Allah. Kerana di antara resiko negatif dosa  ialah hamba terdinding dari rahmat dan hidayah Allah; dan ia terhina dan memperoleh khizlan. [“Khizlan” : adalah lawan taufiq, yakni bahwa Allah swt tidak memberi anda bimbingan dan ‘inayah. Bahkan anda terbiar di bawah kemahuan diri anda sendiri]. Belenggu dosa akan mencegah hamba dari menempuh jalan ketaatan. Bebanan dosa menghalang hamba dari merasa “ringan” berbuat kebaikan dan dari bersegera melakukan ketaatan. Anda dapati hati hamba tersebut diliputi kegelapan; hatinya kasar, keras, gersang dan jauh dari Allah swt. Bagaiman hamba seperti ini boleh diberi taufiq melakukan ketaatan; atau bagaimana ia layak berbakti kepada Allah; bagaimana ia boleh diterima bermunajat sedang ia berlumuran kotoran dan najis dosa?. Para pelaku dosa yang berterusan bergelimang dalam dosa tidak akan diberi taufiq dalam berbuat taat. Jika ia melakukan ketaatan juga, ia akan melakukannya dengan bersusah payah; tidak merasakan kemanisan dalam beribadat. Tidak ada kelazatan; tidak ada kemurnian; tidak merasa “jinak” (dalam bermunajat) dan tidak ada keceriaan. Bahkan ia diliputi penderitaan dan kesusahan. Hal ini adalah disebabkan risiko atau bahaya dan kesan-kesan “dosa”.

Generasi awal pernah mengatakan “Aku terhalang dari melakukan qiyamullail selama satu tahun hanya disebabkan satu dosa yang kulakukan”.

Pernah orang mengadukan perihal mereka kepada Imam Hasan Basri “Kami tidak mampu melaksanakan qiyamullail”. Beliau menjelaskan “Lantaran kamu dibelenggu dosa yang banyak”.

Hamba wajib melakukan taubat nasuha dengan memenuhi   persyaratannya, termasuk mengembalikan segala hak kepada pemiliknya; serta menyatakan sikap iftiqar (sikap di mana hamba sentiasa tetap memerlukan Allah) dan menyatakan hajat dan keperluan kepada Allah swt (Yang Maha Gagah lagi Maha Pengampun). Hamba hendaklah membuktikan keinginan dan kemahuannya dengan cara berdoa dengan baik, beristighfar tanpa jemu, meminta dengan nyinyil dan dengan merendah diri kepada Allah agar ia layak diterima di sisi-Nya. Dan agar anda dijadikan-Nya ke dalam golongan hamba yang diterima Allah taubatnya sebelum Ramadhan; dan agar anda tergolong ke dalam orang yang dibebaskan Allah di akhir bulan Ramadhan dari neraka.

Dewasa ini, permasalahan tadarru’ (bermunajat dengan khusyuk dan merendah diri) dan iftiqar (sikap di mana hamba sentiasa tetap memerlukan Allah), dan bermunajat di hadapan Allah dengan penuh rasa ketergantungan dan merendah diri, permasalahan ini telah hampir lenyap. Kebanyakan hamba menduga bahawa apabila seseorang mengatakan astaghfirullah atau rabbighfirli, Allah mesti menerima doanya. Akan tetapi permasalahan ini jauh lebih berat dan besar dari apa yang diduganya. Adalah merupakan kemestian ke atas hamba membuktikan kemurnian dan keseriusan doa dan permintaannya. Kejujuran dan kemurnian doa dan permohonannya dibuktikan melalui:

  • Sikap gigih tanpa jemu;
  • Permohonan yang berterusan;
  • Istighfar yang banyak.

*  *  *

Di antara faktor yang mendorong hamba mukmin meningkatkan dan menggiatkan munajat, doa dan ibadatnya kepada Allah (menjelang Ramadhan dan di bulan Ramadhan) bahawa anda perlu ingat jika taubat anda tidak diterima Allah pada bulan suci ini dan Allah tidak menerima amal ibadat anda, ini bererti taubat dan ibadat anda boleh jadi tidak akan diterima Allah buat selama-lamanya. Anda jangan merasa aneh dalam hal ini. Kerana dalam satu hadis yang diriwayatkan Jabir bin Samurah ra Rasulullah saw bersabda “Saya pernah didatangi Jibril ia lalu berkata “Wahai Muhammad barangsiapa yang mendapati salah seorang ibubapanya lalu ia meninggal dunia dan dimasukkan ke dalam neraka (disebabkan kedurhakaannya), ia adalah terjauh dari (rahmat) Allah. (Jibril) berkata, sebutlah “Amin!”. Aku pun berkata “Amin !”. Wahai Muhammad, barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan,  lalu ia meninggal dunia, tidak diampunkan dosanya, ia dimasukkan ke dalam neraka, dan ia terjauh dari (rahmat) Allah. (Jibril) berkata, sebutlah “Amin !”. Aku pun berkata “Amin !”.   Wahai Muhammad, barangsiapa yang disebutkan orang  namaku di sisinya, lalu ia tidak berselawat ke atasku, kemudian ia meninggal dunia dan terjauh dari rahmat Allah, dan dimasukkan ke dalam neraka. (Jibril) pun berkata, sebutlah “Amin !”. Aku pun berkata “Amin!”. HR Thabarani, Al-Albani mengatakannya hadis sahih.

Dalam peristiwa di atas ini, Jibril berdoa dan Nabi Muhammad saw mengaminkannya. Apakah anda menduga bahawa ia akan ditolak oleh Allah?. Hal ini bukan dianggap satu keanehan, kerana Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya terdapat peluang emas yang paling unik sekali penuh dengan rahmat, keampunan. Faktor-faktor dan penyebab rahmat dan keampunan cukup banyak. Sahabat handai dan sanak saudara yang merangsang berbuat taat sangat banyak. Pintu-pintu syurga terbuka, tak satu pun yang tertutup. Pintu-pintu neraka tertutup, tak satu pun yang terbuka. Para ketua syaitan dibelenggu. Allah membebaskan hamba-Nya setiap malam dari neraka. Sesiapa yang tidak mendapat rahmat dalam suasana faktor-faktor yang banyak ini, bilakah lagi ia akan beroleh rahmat?. Sesiapa yang tak layak beroleh keampunan di bulan yang mulia ini bilakah lagi ia berkelayakan ? Sesiapa yang tidak dapat dibersihkan oleh lautan rahmat dan keampunan ini apakah lagi yang akan dapat membersihkannya.

إذا الروضُ أمسى مُجْدَبًا في ربيعه           ففي أي حين يستنير ويخصبُ

Andai taman atau kebun masih tetap gersang di musim bunga,

Di musim manakah taman tsb akan mekar dan menjadi subur?

Baca juga: Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang

(Manhajuna/IAN)

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA.

Dr. Ahmad Asri Lubis, MA. Alumnus S1 (International Islamic Call College, Libya), S2 Universitas Tripoli, dan S3 UPSI, Perak-Malaysia. Saat ini, Da`i asal Sumatera Barat ini berdakwah di Semenanjung Malaysia, Bandar Seri Begawan & Pensyarah (dosen) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
(Visited 207 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

Menuju Ramadhan Berkualitas dan Cemerlang: Mengurangkan Makanan

Oleh : Dr. Ahmad Asri Lubis, MA Mengurangkan makanan adalah di antara matlamat puasa, yakni …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *