Hijri Calendar by Alhabib
Beranda / Hikmah / Sebelum Nasi Menjadi Bubur
>> Sponsorship/Donasi Website Manhajuna <<

Sebelum Nasi Menjadi Bubur

Oleh: Ust. Dr. Hj. Ahmad Asri Lubis (والله الموفق)

Termasuk pesan emas Rasulullah yang patut menjadi renungan umat pada bulan Syawal (1441 H) yang Mubarak ini, dan bulan-bulan sesudah Syawal, ialah doa safar yang terdapat dalam Kitab Soheh Muslim. Doa nan indah ini bermaksud supaya keimanan dan ketaatan si mukmin tetap bertahan dan istiqamah. Jangan mengalami kemunduran dan iman jangan lesu terutama pada bulan Syawal, setelah si Mukmin berada dan berjuang pada bulan Ramadhan Mubarak.

Doa tersebut ialah:

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدِ الْكَوْرِ

Lindungi diriku ya Allah dari kemerosotan setelah meraih kemajuan.

Selain dari doa supaya tidak berlaku kemunduran dan kemerosotan, maka dalam doa nan agung yang merupakan salah satu inti Surah al-Fatihah, terdapat doa mengenai istiqamah, malah doa agung ini wajib dibaca setiap hari. Sepatutnya dibaca dalam puluhan kali sehari. Yang wajib sahaja 17 kali dalan solat fardhu.

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Bimbinglah kami menuju jalan istiqamah

Namun demikian, malah masih ramai dalam kalangan umat Islam memiliki pemikiran yang salah, mereka beranggapan bahawa dirinya tidak perlu memiliki pendirian yang kukuh dalam ketaatan. Atau tidak perlu istiqamah dalam beramal saleh. Beberapa hari yang lalu si Mukmin menekuni bacaan dan tilawah Quran, ahli qiyamu lail, rajin bershiyam, dan tekun berzikir.

Lantas pada bulan hari raya tidak ramai manusia Muslim yang ingin bertahan dan meraih kemajuan pada bulan Syawal. Terutama sekali kerana dirintangi oleh pelbagai sarana elektronik. Dan dengan adanya aneka program, aplikasi, dan laman-laman web. Faktor-faktor perintang ini, sungguh sangat banyak jenis dan coraknya.

Akhirnya kebanyakan para belia, malah para solihin sendiri, kehidupan mereka lebih banyak dengan media-media yang kurang menguntungkan. Mereka yang ingin tetap istiqamah sesudah berlalu bulan Ramadhan Mubarak, jumlahnya sangat sedikit sekali. Dalam hal ini Allah al-Maula swt memperingatkan, antara lain:

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Sedikit sekali hamba Allah yang betul bersyukur (QS, Saba’: 13).

قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Sedikit sekali kamu yang bersyukur (QS, al-Sajdah: 9; al-Mulk: 23).

يَعْرِفُونَ نِعْمَتَ اللَّهِ ثُمَّ يُنكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ

Mereka memang mengetahui nikmat Allah itu, lalu mereka mengingkari nikmat tersebut. Justeru kebanyakan manusia kufur nikmat. (QS, al-Nahl: 83).

Kisah seorang saleh pencinta Qur’an dan perindu masjid

Pada suatu kali saya terlihat dalam masjid seorang anak muda tergolong orang soleh, dan penggemar ilmu. Semasa berada di masjid tiba-tiba azan berkumandang. Setelah azan, pemuda ini solat ringan dengan bergegas dua rakaat. Kemudian beliau mengeluarkan handphone. Lalu bermain handphone dalam rumah Allah, dan melayari laman ini dan itu. Sehingga tiba waktu iqamat, si pemuda tersebut pun solat berjamaah.

Rasulullah  صلى الله عليه وسلم dalam pesanan mesra baginda pernah memperingatkan,

Uqbah bin Amir (رضي الله عنه) berkisah, pernah Rasulullah  صلى الله عليه وسلم muncul ketika kami di Suffah. Baginda bertanya menguji para sahabat:

أيكم يحب أن يغدو كل يوم إلى بطحان أو إلى العقيق [السوقين] فيأتي منه بناقتين كوماوين في غير إثم ولا قطع رحم. فقلنا: يا رسول الله نحب ذلك. قالأفلا يغدو أحدكم إلى المسجد فيعلم أو يقرأ آيتين من كتاب الله عز وجل خير له من ناقتين، وثلاث خير له من ثلاث، وأربع خير له من أربع ومن أعدادهن من الإبل

Siapa dalam kalangan kalian yang mahu berangkat setiap pagi hari ke pasar (Bathan atau al-‘Aqiq), lalu semasa kembali dari pasar dia membawa dua ekor onta gemuk yang besar, tanpa melakukan dosa dan tidak terputusnya silatur rahmi?

Para sahabat menyahut,

Ya Rasulullah, kami semua mahu.

Lalu baginda menjelaskan,

Jika kamu berangkat pagi hari hari ke masjid, lalu kamu pelajari atau kamu baca dua ayat Qur’an. Nilai amalan ini lebih baik dari nilai dua ekor onta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor onta. Empat ayat lebih baik dari empat ekor onta. Atau jumlah lain juga, si hamba akan meraih onta sebanyak jumlah ayat yang dibacanya. (HR Muslim).

Bermakna, jika kamu baca 100 ayat kamu akan meraih 100 ekor onta. Justeru si pemuda dalam kisah di atas, jika dirinya merasakan dan mengetahui pesanan mesra baginda ini, nescaya tidak mungkin dirinya dirintangi oleh faktor yang tak bernilai sedemikian rupa. Tidak mungkin bermain handphone dalam masjid.

Betapa besarnya kerugian insan yang hatinya jauh dari masjid dan jauh dari al-Qur’an. Malah anak cucu dan ahli keluarga juga tidak tergolong pencinta dan perindu masjid penggemar al-Qur’an. Ketergantungan hati dengan pelbagai media kerugian dan media kelalaian adalah faktor utama hati jauh dan lari dari Baitillah dan Kitabullah.

  • Tak kenal maka tak sayang.
  • Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.
  • Sebelum nasi menjadi bubur. Singsingkanlah lengan baju anda.

يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ، يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

Pada hari pembalasan kelak, manusia akan teringat. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Manusia meratapi dirinya ‘Alangkah baiknya jika di dunia dahulu daku berusaha untuk persiapan pada hari ini! (QS, al-Fajar: 23-24).

(Manhajuna/IAN)

(Visited 253 times, 1 visits today)

Beri Komentar (via FB)

http://bursanurulfikri.com/

Lihat Juga:

ETIKA MENDENGAR, KAEDAH ‘8-M’ (Tafsir Qurtubi 11/176)

Bersama Buya (Dr.) Ahmad Asri Lubis (غفر الله له ولوالديه وللمؤنين). Menurut Imam Qurtubi, Ibnu …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *